Man Of Steel

Superman
Superman

Assalamualaikum semua, mesti kita pernah tengok filem superman return. Kali ini Kostum Man Of Steel dah lain lebih elegan, lebih macho, lebih hensem. chewah.

Man Of Steel ini mengisahkan planet Krypton musnah, seorang saintis Jor-El menghantar anak dia Kal-El yang disuntik untuk mengekalkan genetik Kryptonian. Kal-El atau Clark Kent di besarkan oleh Jonathan dan Martha Kent. Semasa kecil Clark menunjukkan ciri-ciri yang berbeza daripada manusia biasa sampaikan dia bingung, akhirnya ibu bapa Clark menceritakan bahawa Clark Kent adalah mahkluk asing. Apabila mengetahui perkara sebenar Clark Kent takut menghadapi masyarakat sekiranya mereka tahu mengenai dia. Setelah kematian bapanya, Clark hidup merantau denga mengunakan pelbagai identiti.

Setelah saintis berjaya mengesan kapal dari Krytopian di Artic, Clark seludup masuk dan berjaya mengaktifkan hologram Jor-El. Lois lane seorang jurnalis dari Daily Planet turut mengekori Clark dan cedera tetapi diselamatkan oleh Clark, lantas memberi nama Superman. Apakah yang akan terjadi pada Clark Kent? Adakah Lois lane akan terpikat kepada Superman? Apa yang terjadi kepada Superman selepas in? Kalau anda meminati francais Superman ini, jom la kita memeriahkan panggung wayang.hehehe.

Dari segi pembikinan filem ramai nama yang biasa kita kenal iaitu Christopher Nolan yang berjaya menaikkan nama Batman, memang tidak disangkalkan lagi filem Superman berjaya mengambil hati peminat dengan jalan cerita yang kompak dan jitu.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.