Perasmian Floria 2013 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14

Pada 22 Jun 2013 telah berlangsungnya perasmian Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2013 di Persisiran Tasik Presint 2 Putrajaya. Acara ini dikenali sebagai Floria Putrajaya. Floria Putrajaya telah dianjurkan oleh PPj sementak tahun 2007 dan ia dijadikan sebagai acara tahunan. Floria bagi tahun 2013 dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 iaitu Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. 

Perasmian-Floria-2013-1

Perasmian-Floria-2013-2

Perasmian-Floria-2013-3

Perasmian-Floria-2013-5

Perasmian-Floria-2013-6

Gimik Perasmian Floria 2013, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menuang air ke dalam mangkuk saluran tersebut dan skrin layar akan terpapar video Floria 2013.

Perasmian-Floria-2013-7

Perasmian-Floria-2013-8

Gambar ketika Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah menandatangani The Malaysia Book of Records.

Perasmian-Floria-2013-20

Saya berkesempatan meneroka di sekitar Floria 2013, walaupun cuaca agak berjerebu di ketika itu, tetapi ia adalah tempat menarik untuk dikunjungi. Ramai pengunjung hadir memeriahkan Festival Bunga & Taman Putrajaya 2013. Hehehe.

Perasmian-Floria-2013-31

Perasmian-Floria-2013-32

Perasmian-Floria-2013-9

Perasmian-Floria-2013-10

Perasmian-Floria-2013-11

Perasmian-Floria-2013-12

Perasmian-Floria-2013-4

Sewaktu berjalan saya tertarik dengan pintu gerbang Taman Diraja. Ibarat puteri raja masuk ke taman dan menikmati keindahan alam. Hanya dirinya dan alam sekitar. Air terjun berdesir, kicauan unggas dan landskap yang cantik membuatkan rasa tenang.

Tetapi, disebabkan taman syurga saya ni berada di Floria 2013, makanya ramai lah pengunjung masuk. Hahahhaaha.

Perasmian-Floria-2013-33

Perasmian-Floria-2013-13

Perasmian-Floria-2013-14

Perasmian-Floria-2013-15

Diantara bunga Orkid yang menarik perhatian saya. Yelah ada 5000 spesis semuanya, tak cukup blog post nanti. Hahahahaha.

Perasmian-Floria-2013-17

Perasmian-Floria-2013-18

Perasmian-Floria-2013-19

Diantara taman-taman dan landskap dari pelbagai organisasi sama ada di dalam negara tau dari luar negara. 🙂

Perasmian-Floria-2013-23

Perasmian-Floria-2013-21

Perasmian-Floria-2013-24

Di Floria 2013 juga terdapat tapak jualan. Pelbagai jualan ada, bunga orkid, benih pokok, bunga palsu, pakaian batik, cenderahati dan macam-macam lagi. Aktiviti untuk anak-anak juga ada disini seperti mencanting batik, membuat aksesori dan beberapa aktiviti lain.

Perasmian-Floria-2013-25

Perasmian-Floria-2013-26

Perasmian-Floria-2013-27

Perasmian-Floria-2013-28

Perasmian-Floria-2013-29

Perasmian-Floria-2013-30

Okaylah dah penat pusing satu Flora 2013, jika anda dahaga atau lapar banyak kedai, gerai dan lori macam dibawah ni di dalam dan di luar kawasan Floria 2013.

Perasmian-Floria-2013-22

Floria Putrajaya  2013 akan dibuka kepada lawatan umum mulai 22 Jun 2013 hingga 30 Jun 2013 dari 9:00 pagi – 10:00 malam (Isnin hingga Khamis) dan dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).  Masuk adalah PERCUMA.

Jika anda ke Floria 2013, sila upload gambar ke segala medium social media yang anda ada. Jangan lupa follow saya dan Floria Putrajaya serta hashtag agar kami akan insta repost atau retweet. Hehehe.

instagram.com/rubydotmy

instagram.com/floriaputrajaya

#floria2013 #FloriaPutrajaya2013

www.ppj.gov.my/putrajayafloria

Floria Putrajaya Kembali Lagi!!

P/S : Cantik tak gambar-gambar diatas? Saya menggunakan kamera Sony NEX-3N yang bernilai RM 1,799 sahaja! Check it out http://www.sony.com.my/product/nex-3nl

2 comments on “Perasmian Floria 2013 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge