Perasmian Little Red Cube dan Carnival di Nusajaya, Johor

| |

Johor, kepesatan pembangunan di Johor dapat saya rasakan setelah banyak lokasi menarik terletak di sana. Terutamanya di Nusajaya. Kalau siap semua pembinaan dan pokok membesar dengan baiknya, maka faktor cuaca panas tidak akan menjadi masalah.

Saya berkesempatan ke Nusajaya, Johor untuk perlancaran Kompleks Hiburan Terkini – Little Red Cube. Kenapa ia dinamakan Little Red Cube? Cuba anda teka? Adakah ia stratergi pemasaran atau menggambarkan sesuatu? Bagi saya sesuai sangat la Little Red Cube kerana disini syurga kanak-kanak. Little Girl dan Little Boy. Kita dulu masa kecil pun tahu kartun animasi Hello Kitty, Lat, Bob The Builder, Barney, Pingu, Angelina Ballerina dan Thomas & Friends.

Kartun Pingu tu sampai kini saya tonton di televisyen, walaupun hanya membebel macam tu je, saya faham. Hahahaha.

Syukur ke hadrat Allah kerana pihak DRH sudi menerbangkan saya dari Kuala Lumpur ke Johor. Seawal jam 4.30 pagi saya sudah bertolak ke KLIA bersama Anne. Jam 5.50 pagi sampai di KLIA terus saya self check in. Flight jam 7.30 pagi. Tiba di Senai International Airport sekitar jam 8.30 pagi. Tiba sahaja di sana, kami semua dibawa ke Traders Hotel, Puteri Habour. Ia adalah hotel yang paling dekat dengan Little Red Cube dan jika anda ingin ke Legoland Malaysia pun boleh. Sangat dekat! Nusajaya area semua dekat-dekat je dengan Traders Hotel, Puteri Harbour ni.

Little-Red-Cube-Nusajaya-Johor-19

Little-Red-Cube-Nusajaya-Johor-17

Little-Red-Cube-Nusajaya-Johor-18

Perlancaran Little Red Cube diadakan sekitar jam 10 pagi, sementara nak menunggu waktu tersebut, kami semua sarapan pagi di Traders Hotel, Puteri Harbour. Banyak sangat pilihan makanan! Sampaikan dah tidak tahu nak cuba makanan apa lagi. Paling saya suka bahagian Jus. Ada jus guava, orange, belimbing, tembikai dan macam-macam lagi. 🙂

Selesai sarapan pagi, kami pun berjalan-jalan sekitar Little Red Cube dan Carnival. Macam-macam ada, sepanjang perjalanan dipenuhi dengan aktiviti dan makanan. Hahaha. ABC pun ada. Ais Batu Campur kalau dinikmati waktu cuaca panas memang sangat nikmat!

Gambar Sekitar Perlancaran Kompleks Hiburan Terkini – Little Red Cube

Little-Red-Cube-Nusajaya-Johor-1

Terima kasih Little Red Cube kerana menyediakan goodies bag yang sangat istimewa. Siap ada nama saya lagi. Hehehe.

Little-Red-Cube-Nusajaya-Johor-2
Little-Red-Cube-Nusajaya-Johor-5

Perlancaran Little Red Cube oleh Dato’ Eddy Leong, COO, DRH.

Little-Red-Cube-Nusajaya-Johor-6

Little-Red-Cube-Nusajaya-Johor-7

Little-Red-Cube-Nusajaya-Johor-8

Peragaan pakaian PONEY dari adik-adik comel.

Little-Red-Cube-Nusajaya-Johor-9

Little-Red-Cube-Nusajaya-Johor-12

Dato' Eddy Leong, COO of DRH
Dato’ Eddy Leong, COO of DRH

Dato’ Eddy Leong selaku Chief Operating Officer, DRH merasmikan Little Red Cube dan Carnival yang berlangsung dari 5 Jun hingga 23 Jun 2013 yang bakal memberi keseronokan kepada setiap yang hadir.

Diantara aktiviti menarik di Karnival adalah:

PAINTING SUNCATCHER
Kanak-kanak berpeluang untuk mengekspresi kreativiti mereka dengan mewarna aksesori.

CLOWNING ENSEMBLE
Kanak-kanak akan dihiburkan oleh badut kami yang sentiasa bersiar-siar di sekitar Karnival.

INFLATABLE CASTLE
Kanak-kanak melompat-lompat di “istana” belon bewarna warni.

HELIUM REMOTE CONTROL FISH
Terpesona dengan ikan terbang menggunakan gas helium kerana ia boleh terapung melalui Little Red Cube.

JUMBO SUMO WRESTLING
Bersedia untuk bertumbuk seperti jaguh SUMO.

Karikatur
Lihat lukisan anda dari pelukis yang berbakat.

TREASURE HUNT
Teroka Little Red Cube berpandukan pencarian harta karun. Berseronok mencari harta karun bersama anak-anak anda.

LIVE ENTERTAINMENT
Terdapat kumpulan rock yang akan menghiburkan anda pada waktu malam di Olive Tree.

Hello-Kitty-Town-Johor-2

Hello-Kitty-Town-Johor-1

Hello-Kitty-Town-Johor-3

Hello-Kitty-Town-Johor-4

Hello-Kitty-Town-Johor-5

Little-Big-Club-1

Little-Big-Club-5

Little-Big-Club-6

Little-Big-Club-4

Lat-Places-1

Little Red Cube,Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour,

79000 Nusajaya, Johor Darul Takzim

25 minit memandu dari Senai International Airport Johot Bahru

20 minit memandu dari Singapore via Malaysia – Singapore Second Link

5 minit berjalan kaki dari Puteri Harbour International Ferry Terminal

3 1/2 jam memandu dari Kuala Lumpur via North South Highway

Selain dari Hello Kitty Town, di Little Red Cube juga terdapat Toy’R’Us, Poney, Avenue Kids, Olive Tree Kitchen & Bar, Crepe Signature, Shihlin Taiwanese Street Snacks, House of Mini Cupcakes, Caring Pharmacy dan MyNews.Com. Ini semua telah dibuka dan yang akan datang pula adalah Starbucks, Sushi King, Brussels Cafe’, Chatime, WorldSpan dan banyak lagi!!!

Bagi anda yang ingin menginap di Traders Hotel, Puteri Harbour. Satu malam di sini bernilai RM 380 Deluxe Room yang meliputi buffet breakfast untuk 2 orang. Servis internet PERCUMA turut disediakan di setiap sudut hotel. Ha.. Bagi blogger sekalian, anda boleh ambil angin di kolam renang atas bumbung sambil kemaskini blog. Pergghh bestnya! Selain itu, shuttle service ke Legoland Malaysia dari Traders Hotel, Puteri Harbour turut disediakan secara PERCUMA. Wah sangat mudah!

Traders-Hotel-Puteri-Harbour-Johor-2

Traders-Hotel-Puteri-Harbour-Johor-7

Traders-Hotel-Puteri-Harbour-Johor-8

Jom ke Little Red Cube! Sempena cuti sekolah ni, apa lagi jom la berhibur di sini.

LRC Carnival Map

LRC Carnival

LIKE FB www.facebook.com/littleredcube

Lawat Laman Sesawang www.littleredcube.com

Purchase Ticket Puteri Harbour Family Theme Park www.playtime.com.my

P/S : Kalau dapat melawat Puteri Harbour Family Theme Park pada waktu kesemua maskot Hello Kitty, Lat, Bob The Builder, Barney, Pingu, Angelina Ballerina dan Thomas & Friends keluar kan bagus. Boleh ambil gambar pelok-pelok dengan Hello Kitty. Hehehehe.

xoxo!

sign5.png

Previous

Lingham Konvoi Ke Seluruh Negara Sempena Ulangtahun ke-100

Buffet Ramadhan 2013 – Park Royal Kuala Lumpur Hawker Temptations Ramadhan Feast RM 98

Next

6 thoughts on “Perasmian Little Red Cube dan Carnival di Nusajaya, Johor”

  1. Saya jumper blog awak bila cari event red cube ni, dan ye saya jumper semua maklumat saya nak.. Thanks..
    Tapi sebenarnya saya lebih teruja dengan blog awak daripada cerita pasal red cube ni.. Hehe..
    Saya respect kepada full time bloggers.. Saya kagum dgn blog awak.. :))
    Kerana saya mmg minat dunia bloggers, cuma saya x der banyak masa dan saya rasa saya kurang kreatif..
    Hehe..
    Saya berminat untuk belajar lebih pasal dunia blogger.. Tp mungkin bukan sekarang.. Lapang2 nanti la..

    Good luck for u..
    Lupa lak.. Tahniah atas ikatan perkahwinan awk.. 🙂

    Reply
    • Hafiz > amboi panjang berjela komen. heheheehe. terima kasih hafiz.. bila ada masa terluang tu, rajin2 la menulis ye. mana tau bleh cari site income dari situ. 🙂

      Reply
      • Baru tahu yang sis Ruby ni full time dalam bidang blog.

        Itulah cita cita saya. Insyaallah kena rajin update blog dan blogwalking. Sambil sambil baca ni

        Belajar cara blogger berpengalaman sampaikan mesej. Memang best.

        Terima kasih sis Ruby

        Reply
  2. seronoknya rasa macam kembali ke zaman kanak2 pula.
    rancang nak bawa anak pergi legoland pun belum kesampaian lagi, lepas wife bersalin anak kedua InsyaAllah akan cuba rancang agar dapat juga pergi.

    Reply
    • Ejam > bawa la mereka bercuti nanti. lagi ramai lagi meriah. hehehe. tapi cuaca panas sikit sana, pokok masih renek-renek lah. takut anak demam nanti. Menginap di Traders Hotel lah. Kurang sikit penat. Hehehe.

      Reply

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.