Rezeki Tiap Manusia Pasti Ada, Cuma Berlainan Cara

Tiba-tiba hari ini tajuk blog post macam pasrah kan. Padahal berlambak lagi blog post pending ni. Hahaha. Disamping blog berkenaan perkara yang mengujakan, pasti ada sisi-sisi kehidupan yang perit kita perlu lalui diantaranya pencarian rezeki.

Ramai blogger mengeluh kesah susah nak dapat income. Mungkin sebab tak berapa mesra dengan PR atau ada yang dengki dengan kemampuan anda? Kerjaya sebagai blogger ini tidak lah berbeza sangat persekitaran bekerja di pejabat atau di  pasaraya. Sama je. Anda akan berhadapan dengan orang yang suka cakap belakang dan macam-macam lagi lah. Lebih kurang je situasi kan? Anda kerja pejabat, ada orang dengki. Kerja sebagai blogger sepenuh masa pun tidak lari untuk orang dengki.

Tetapi, bersyukurkah anda apabila anda melompat pekerjaan dengan berhenti kerja pejabat dan kemudian menjadi blogger sepenuh masa tetapi memiliki rezeki lebih banyak dari bekerja di pejabat yang menunggu waktu office untuk rehat dan balik? (sila baca senafas.. ahahahaha)

Dalam dunia blogger ini tidak terlepas juga susah senang, jerit perih untuk mencari rezeki halal. Jika anda seorang blogger yang tidak kisah halal haram, banyak je tawaran advertorial / travel / event dari syarikat alkohol. Tahukah anda penyumbang utama dalam ekonomi adalah alkohol? Berapa ramai orang Malaysia minum alkohol? Kita kan masyarakat berbilang kaum, jadi alkohol memang paling tinggi dapat untung. Maka blogger non muslim dengan mudah je boleh join pergi perlancaran produk di Singapore, party di Penang. Semua fully sponsored dari mereka. Tetapi walau pun mereka mendapat jemputan sebegitu yang kita lihat dengan mata kasar seronok. Bagi blogger beragama islam seperti anda, janganlah duduk di dalam kotak dan tak nampak peluang yang lain. Ada banyak syarikat di Malaysia yang boleh memberikan rezeki kepada blogger. Jika niat ingin rezeki halal, pasti Allah s.w.t bantu walaupun lambat. Biar lambat tetapi berlanjutan. 🙂

Saya pernah menjadi seorang blogger yang setia dengan satu syarikat pengiklanan, saya bersama-sama mereka untuk promosi kan syarikat tersebut. Saya pergi setiap acara, saya pergi movie screening setiap kali ada tayangan perdana, saya terima berapa sen bayaran advertorial dari mereka. Saya terima semuanya kerana saya ingin sangat bersama mereka sehingga ke akhirnya. Tetapi apabila saya tunggu dan tunggu dan tunggu lagi, maka saya sedar saya tiada rezeki disitu lagi. Mungkin saya ni batu loncatan kepada blogger lain. Saya tidak kisah semua itu, cuma saya terkilan sahaja. Saya slow down sertai event dari syarikat tersebut, saya mula mencari acara dari blogger lain. Saya berkawan dengan ramai blogger sehinggakan jemputan acara dari mereka menjadikan saya list untuk hadir event. Kemudian PR berkenalan dan ambil name card saya. Maka dari situ caranya saya kumpulkan isi kandungan blog.

Blog tidak semestinya mudah dapat advertorial, dengan isi kandungan percuma promosi pelbagai jenama dan produk pun boleh. Pasti ada rezeki lain hadir. Tips saya “jangan dengki dengan rakan blogger lain, konsisten dengan apa yang anda lakukan, pasti Allah s.w.t beri rezeki”.

Jadilah diri sendiri dan berkawan dengan semua orang walau dari pelbagai bangsa dan cara mencari rezeki. Berkawan dengan orang yang ingin berkawan dengan anda. Yang ingin berkongsi cara mencari rezeki dalam dunia blog. Seperti kak red, abang budiey, abang MB, abang denaihati, abang eizil dan ramai lagi.

Rezeki yang halal pasti ada, bergantung kepada niat masing-masing.

xoxo!

sign5.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

16 thoughts on “Rezeki Tiap Manusia Pasti Ada, Cuma Berlainan Cara

    […] sifu saya memang sentiasa menjadi rujukan saya dalam menulis. Eyriqazz, Denaihati, Yanmie, Kujie, Ruby dan lain-lain. Mungkin mereka tidak perasan kewujudan saya, namun blog mereka sentiasa saya baca […]

    amirnawawi

    (June 11, 2013 - 2:14 pm)

    Arghh! Betul apa aka cakap tuh. Terjentik hati saya akan hal sebegini. ermm. Merenung sejenak..
    amirnawawi´s last blog post ..#amirmakan- Spageti Bolognese BajetMy Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (June 11, 2013 - 11:28 pm)

      Amirnawawi > Takpelah pengalaman mengajar kita. Hehehe.

    ciklaili.com

    (June 11, 2013 - 5:03 am)

    rezeki setiap orang pasti berbeza. jangan lupa ucapkan syukur kepada-Nya kerana dengan bersyukur rezeki kita akan bertambah-tambah.
    ciklaili.com´s last blog post ..Peluang Menjadi Penulis Jemputan ciklaili.comMy Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (June 11, 2013 - 12:12 pm)

      Cik Laili > ya, Alhamdulillah. Pastikan rezeki halal yang kita cari, sebab dunia ini banyak lakonannya. Kekadang sedih juga. 🙁

    Aina

    (June 10, 2013 - 6:37 pm)

    banyak nak kena belajar untuk jadi blogger yang berjaya, apatah lagi kalau nak buat duit dengan blog. Makin banyak di baca makin banyak rasanya yang tak tahu.

    Tahniah sebab beralih arah dari amkan gaji ke jadi bos sendiri. Teringin tapi akak ni boleh ke? Haissshhh…tak kuat pulak hati ni. Lagipun blogger2 pompuan yg ada nama kebanyakannya cun2 ada rupa!
    Aina´s last blog post ..Tip Menangani Anak Lambat BelajarMy Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (June 11, 2013 - 12:13 pm)

      Aina > believe in yourself. Itu je tips yang terbaik. Sebab ada rupa yang lawa tapi tidak hormati orang lain pun kurang network juga. Yang tiada rupa tetapi penulisan bagus cuma tiada trafik. Maka kena luaskan rakan-rakan blogger. 🙂

    akubiomed

    (June 10, 2013 - 4:37 pm)

    Tiada jalan sikat. Bantuan dari rakan blogger membantu rakan lain dengan menemukan Advertiser yang sesuai. Cuma apabila dibantu berilah penuh komitmen untuk melaksanakan tugasa yang diberikan. barulah dapat kepercayaan untuk tugasa pada masa akan datang.
    akubiomed´s last blog post ..Mencari si comel Hello Kitty di Sanrio Hello Kitty TownMy Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (June 11, 2013 - 12:15 pm)

      Akubiomed > Tiada jalan singkat dan tiada jalan mudah, cuma kena terus berusaha untuk menulis dengan konsisten. Kemalasan melanda rezeki pun malas nak masuk. 🙂

    ejam

    (June 10, 2013 - 1:27 pm)

    luahan perasaan yang penuh inspirasi, rezeki ada di mana-mana saja dalam pelbagai rupa datangnya.
    hargailah rezeki yang ada kan…senyum 🙂
    ejam´s last blog post ..Al-Fatihah – Sudah 9 Tahun.My Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (June 11, 2013 - 12:18 pm)

      Ejam > luahan, sebab peluang tidak ada, tetapi bila fikir balik. Allah tidak pernah putus beri rezeki lain. Alhamdulillah. Kadang-kadang manusia terlupa sejenak. Moga penulisan ini membuat saya undur sedikit kebelakang agar ingat tujuan asal dan bagaimana saya bermula dengan blog. Hmmm.. Payah juga tu. Bila blogger baru bertanya macam mana itu, macam mana ini. Bukan taknak share cuma susah nak explain. Hanya pengalaman mengajar kita. 🙂

    amirnawawi

    (June 10, 2013 - 1:02 pm)

    Amat bersetuju kak dengan penulisan ini. Membuatkan saya terfikir sejenak apa tujuan asal saya berblogging
    amirnawawi´s last blog post ..#amirmakan- Spageti Bolognese BajetMy Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (June 11, 2013 - 12:22 pm)

      Amirnawawi > Kekadang akak pun terlupa tujuan asal. Ada satu masa dulu event di Club, akak dah jejak kaki pastu tetiba akak ter flash back. Aku kesini untuk cari rezeki macam ni ke??? Tapi aku tidak dibayar pun. Apa aku buat disini? Eh apa aku nak sebenarnya ni. Nak enjoy di club ke? Masa tu lah baru buat keputusan. Takkan aku dapat rezeki berada di Club melainkan jadi batu loncatan kepada sesetengah pihak. Itu perlunya kita pandai berdikari dalam blog. Bukannya kita tidak boleh berkawan dengan mereka yang sosial atau minum atau merokok atau kaki clubbing. Tapi pokok pangkal dari diri kita. Berkawan biar beribu asalkan pandai bawa diri dan rezeki Allah s.w.t itu pasti jika berusaha. 🙂

    […] dengan entri salah seorang rakan blogger, Rezeki Tiap Manusia Pasti Ada, Cuma Berlainan Cara . Tertarik dengan ayatnya ini […]

    Faris Al-Muhandisu

    (June 8, 2013 - 8:29 pm)

    optimis sahaja insyaAllah. ingat balik kenapa nak blogging. Hehe. terbaek! 🙂
    Faris Al-Muhandisu´s last blog post ..Renungan Peristiwa Isra’ Mi’rajMy Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (June 9, 2013 - 4:48 pm)

      Fariz > InsyaAllah pasti ada. Nawaitu baik, pasti rezeki halal. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.