Teknik Sikat Bulu Mata Dengan Ishizawa Lovedrops Eyelush Curler Mascara

Maskara sememangnya best friend saya. Hehehe. Kalau tiada eyeliner tetapi hanya maskara sahaja pun sudah memadai. Yelah, setiap wanita kalau boleh nak penampilan natural sepanjang masa. Saya pun begitu. 🙂

Ishizawa Lovedrops Eyelush Curler Mascara adalah maskara dari Jepun yang tidak menggunakan berus, tetapi menggunakan sikat. Seperti sikat mini gitu. Hehehe. Bayangkan di permukaan gigi-gigi sikat itu terdapat cecair maskara yang bakal melentikkan bulu mata anda dengan hanya menyikat dan kemudian voila! Siap untuk keluar bersama teman. Maskara ini juga kalis air dan hanya boleh dibasuh dengan air suam.

Ishizawa Mascara FB

Bungkusan Maskara ini juga sangat unik. Ia mengambarkan seperti sebuah buku diari yang sering bersama kita dan juga sebesar saiz telefon pintar? Kedua ini sangat penting dan wajib berada di dalam tas tangan setiap wanita. Maka, maskara Ishizawa Lovedrops Eyelush Curler Mascara ini juga pun turut penting kan?? Hehehehe.

Ishizawa-Lovedrops-Eyelush-Curler-Mascara-2

Ishizawa-Lovedrops-Eyelush-Curler-Mascara-1

Ishizawa-Lovedrops-Eyelush-Curler-Mascara-3

Ishizawa-Lovedrops-Eyelush-Curler-Mascara-4

Inilah sikat yang saya perkatakan tadi. Dengan menggunakan teknik sikat ini, setiap bulu mata anda akan diliputi sepenuhnya dengan maskara. Cepat, kemas dan mudah.

Ishizawa Lovedrops Eyelush Curler Mascara

Dibawah adalah contoh dan perbezaan kedua-dua bulu mata saya. Saya aplikasikan Ishizawa Lovedrops Eyelush Curler Mascara di mata sebelah kiri saya sahaja.

Ishizawa-Lovedrops-Eyelush-Curler-Mascara-5

Nampak tak perbezaannya? Sapuan kemas dan meliputi setiap bahagian. Natural kan? Hehehe.

Anda boleh dapatkan Ishizawa Lovedrops Eyelush Curler Mascara dalam warna Enamel Black di semua cawangan Watson’s.

Ishizawa Lovedrops Eyelush Curler Mascara (Enamel Black) beharga RM 78.90 sahaja.

Jika anda ingin tahu produk lain atau cara mekap lain, anda boleh LIKE facebook J POP Corner untuk lebih banyak informasi. 🙂

P/S : Cantik tak gambar-gambar diatas? Saya menggunakan kamera Sony NEX-3N yang bernilai RM 1,799 sahaja! Check it out http://www.sony.com.my/product/nex-3nl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge