Ulangtahun Ke-2 Restoran Songket

Songket adalah kain tenunan esklusif yang sering digayakan sewaktu majlis keramaian. Istilah sedemikian membawa kepada nama Songket diangkat menjadi restoran. Tidak semestinya nama restoran songket dan ia dipenuhi dengan hiasan dekorasi songket semata. Tetapi tiap yang hadir ke restoran songket pasti pulang dengan senyuman.

Konsep restoran Songket menerapkan cara pemakanan fine cuisine tetapi dengan mengaplikasikan hidangan menu masakan melayu asli. Malah, tatkala lidah merasa kesemua hidangan di restoran Songket terasa berada di kampung halaman. “Sedap seperti masakan bonda”.

Bersempena ulangtahun ke-2 restoran Songket saya dijemput untuk meraikannya bersama rakan-rakan blogger dan media yang lain. Maaf diatas kelewatan mengemaskini cerita tentang Ulangtahun ke-2 Restoran Songket. Hehehe.

Songket-Restaurant-2 Songket-Restaurant-3 Songket-Restaurant-6 Songket-Restaurant-7

Songket-Restaurant-4 Songket-Restaurant-1 Songket-Restaurant-Rojak-Buah-Otak-Otak-Pegedil Songket-Restaurant-Ikan-Tenggiri-Masak-Asam-Keladi Songket-Restaurant-Rendang-Kambing Songket-Restaurant-Kerabu-Pucuk-Paku Songket-Restaurant-Hong-Kong-Kailan-Goreng Songket-Restaurant-Daging-Salai-Masak-Lemak-Cili-Api Songket-Restaurant-Ayam-Rempah-Bertumis Songket-Restaurant-Brulee-Jagung-Kristal

 

Walaupun ini kali pertama saya ke Restoran Songket, terima kasih diucapkan kerana sudi menjemput blogger. Lokasi Restoran Songket agak ke dalam sedikit tetapi bersesuaian sangat dengan konsep restoran yang menggunakan hiasan interior buluh dan ala-ala kampung. Jadi, tidak terganggu dengan kesibukan kota. Ibarat kita makan di suatu tempat yang esklusif tetapi menu bonda. Sedapp.

Keseluruhan taraf restoran adalah seperti berikut :

(1-Kurang Memuaskan, 2-Selesa, 3-Terbaik, 4-Harmoni, 5-Saya Paling Suka):

Kebersihan : 5
Lokasi : 3
Hiasan Dalaman : 5
Penyediaan Makanan mengikut masa : 4
Kreativiti Penyediaan Makanan, Rasa, Tekstur & Kuantiti : 5
Lokasi :
No. 29, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone : 
03-2161 3331
 
Email : 
info@songketrestaurant.com
Website :
http://www.songketrestaurant.com
 
Waktu Beroperasi :
Mon – Fri: 12:00 – 15:00, 18:00 – 23:00
Sat – Sun: 17:00 – 23:00
 
FB : www.facebook.com/songketrestaurant

Selamat Ulangtahun Ke-2 Restoran Songket!

xoxo!
sign5.png

 

2 thoughts on “Ulangtahun Ke-2 Restoran Songket”

  1. biasa je mskn,sama mcm buffet2 yg sy dh pergi,kelainan masi belum jelas,harap lbihkan lagi menu,,skill menu very simple,rasa mskn ok,hope cari lagi masakan kg yg ssh nk dpt d kl

    • Fridah > Ini salah satu restoran yang menyediakan masakan melayu di KL. Rasa sangat sedap dan lidah tidak menipu. Mungkin pada ketika puan datang ke Songket, hidangannya tidak sedap. Mungkin juga perlu dinyatakan kepada chef agar menjaga kualiti rasa makanan agar pelanggan berpuas hati sama ada pelanggan baru atau yang sedia ada. Baru-baru ini saya ke Songket, hidangannya tidak sesedap semasa event ini. Agak kecewa juga pada asalnya. Jika anda tahu mana-mana restoran yang ingin pihak kami buat food review sila nyatakan.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.