World Marketing Summit Malaysia 2013 – Project “Hope”

Banyak perkara di dalam dunia ini kita boleh dan mampu lakukan. Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang tidak mampu melakukan kerana tiada sesiapa boleh dijadikan idola. Untuk mendapat idola, bagaimana kita ingin cari? Bagi memupuk semangat untuk meneruskan kehidupan dan mempunyai arah tuju kehidupan.

Teringat saya pada suatu masa dahulu, sewaktu saya kecil. Saya tidak tahu apa perlu dilakukan kerana hanya tahu bermain bersama-sama kawan sahaja. Sehinggalah keputusan UPSR keluar dan saya ditanya oleh seorang guru. “Bila sudah dewasa Adawiyah ingin jadi apa?” Masa tu saya terfikir, perlukah saya beritahu jawapan apa yang saya ingin jadi pada masa akan datang sedangkan saya tidak tahu perjalanan saya bagaimana. Ibu bapa bercerai dan kewangan tidak kukuh. Jika saya ingin menjadi ahli perniagaan, mampukah keluarga ku menanggung segala perbelanjaan sesi pembelajaran, universiti dan kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negara?. Tetapi jangan salah sangka, bahawa saya hanya senyap tanpa jawapan ketika guru bertanya.

Jadi dari situ saya memerlukan seorang mentor atau lebih sedap dipanggil sebagai idola. Tercetusnya siapa menjadi idola saya adalah pada waktu saya sudah belajar di universiti dan masa itu boleh dikatakan agak lewat kerana saya baru sedar yang saya suka bidang perniagaan. Saya mengambil Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar sebagai idola saya. Dalam beliau berniaga, membina banyak aset dan hartanah, beliau juga tidak lupa untuk membantu mereka yang memerlukan.

Tetapi tidakkah ia terlalu lambat? mengetahui apa yang saya ingin jadi tatkala masa itu saya belajar bidang Teknologi Maklumat. Saya hanya mengikut sahaja hala tuju kemana dan apa yang dunia tawarkan.

Ketika ini, saya terfikir bahawa saya masih beruntung kerana boleh belajar walaupun saya tidak pasti. Bagi kanak-kanak yang tiada ibu bapa kandung dan dijaga oleh penjaga rumah anak-anak yatim, mereka pasti sukar mencari apa yang mereka inginkan bila dewasa. Apa yang boleh kita beri semangat kepada mereka adalah belajar elok-elok. Dapatkan A dalam setiap mata pelajaran. Apabila anda faham kesemua subjek yang anda belajar, pasti mudah untuk meneruskan kehidupan yang fana ini.

Project “Hope” dengan usaha sama World Marketing Summit membuka mata saya bahawa setiap manusia di dunia ini masih ada mempunyai banyak peluang. Pendidikan kita masih lagi PERCUMA, manfaatkannya walau silibus tidak berapa kehadapan seperti negara lain. Kita perlu fikir, tidak ramai anak-anak kecil yang pandai sangat pun. Yang bersekolah swasta pun mungkin pandai beberapa langkah dari anak-anak di pendalaman. Tetapi peluang bukan sering datang untuk membantu kita. Walau pendidikan FREE, cuba dapat no 1 di dalam kelas tanpa gagal!

Pada 11 June 2013, 40 orang kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Tambunan, Sabah telah diterbangkan dari Kota Knabalu ke Kuala Lumpur oleh Air Asia. Usaha ini agar dapat memberi peluang kepada anak-anak kecil merasai pengalaman menaiki pesawat dan dalam masa yang sama dapat merialisasikan hasrat melancarkan Project Hope di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Dr. Marceline Lemarie
Dr. Marceline Lemarie

Selaian Rumah Anak Yatim Tambunan, rumah anak-anak yatim di Semenanjung Malaysia juga turut hadir. Rumah Charis, Rumah Kebajikan Anbu Illam dan Rumah Anak Kesayanganku.

Penaja-penaja yang terlibat di dalam Project Hope adalah dari pelbagai sektor dan hasrat ini adalah untuk melaksanakan 8 Milennium Development Goals iaitu dalam bahasa singakatannya adalah 8MDG. Sebanyak 189 negara asing turut serta melaksanakan kempen tersebut termasuklah Malaysia.

Christian Rehren - Ambassador of Chile to Malaysia, Donne Ray Radford - The Platters, Kapten Chee - MAS Pilot
Mr Christopher Huehn – Chief Executive Officer Staedler Malaysia, Wakil dari Dato’ Tom Abang Saufi – Malaysian Fashion Designer, Christian Rehren – Ambassador of Chile to Malaysia, Donne Ray Radford – The Platters, Capten Wee Eng Lee – Air Asia Pilot

8 Milennium Development GoalsSelain dari penerangan tentang Project Hope oleh Dr Marceline, kami juga turut dihiburkan oleh Donne Ray Radford. Saya memang tidak berapa cam muka Donne Ray Radford sehinggalah beliau tiba-tiba menyanyi. MasyaAllah sangat seronok melihat beliau menyanyi secara live. Terus menusuk kalbu dan mengalir air mata. Hmmm.. Tidak berkesempatan bergambar bersama beliau. Hampa. Sob sob sob.

Donne Ray Radford
Donne Ray Radford
Donne Ray Radford
Donne Ray Radford

Mr Bean “clone” pun turut hadir. Hahahha. Manalah mereka jumpa Mr Bean ni, pandai betul berlakon dan sebut “Bean” pun sama style dengan Mr Bean yang asal. Hahaha.

World-Marketing-Summit-Project-Hope-5

Kita semua sedia maklum bahawa rakyat di South Afrika sangat memerlukan bantuan dari pelbagai perkara. Walaupun anda atau saya tidak mampu membantu keseluruhannya, tetapi usaha sedikit ini memberi impak besar kepada mereka.

Saya tergamam melihat video dari Mr Bobby Sager. Video yang dipaparkan sangat telus dan menusuk hati. Video ini tentang bola. Errmm.. Anda tahukan anak-anak kecil mahupun remaja dari negara mana pun suka bermian bola kan. Bobby Sager melalui The Sager Family Foundation telah mencipta satu bola yang sangat lasak dan tidak boleh pecah. Layankan video di bawah.

World-Marketing-Summit-Project-Hope-6

World-Marketing-Summit-Project-Hope-7

World-Marketing-Summit-Project-Hope-8

World-Marketing-Summit-Project-Hope-9

Para Penaja bergambar bersama beberapa anak-anak yatim. 🙂

World-Marketing-Summit-Project-Hope-10

World Marketing Summit Malaysia 2013 mendapat sokongan dari pelbagai syarikat besar dalam membantu merialisasikan Projek Hope.

From left Mr Ng Ghim Hwa - Deputy Chairperson WMSM 2013, Dr. Marceline Lemarie - Chairperson WMSM 2013, Mr Fabian Nesas Selva - Head Strategic, Partnership WMSM 2013
From left Mr Ng Ghim Hwa – Deputy Chairperson WMSM 2013, Dr. Marceline Lemarie – Chairperson WMSM 2013, Mr Fabian Nesas Selva – Head Strategic, Partnership WMSM 2013

Pertandingan mencanting batik turut diadakan dan anak-anak ini sangat kreatif dalam mewarna batik.

World-Marketing-Summit-Project-Hope-12

World-Marketing-Summit-Project-Hope-13

World-Marketing-Summit-Project-Hope-14

Tatkala melihat anak-anak ini saya rasa sebak hati kerana saya mula terfikir bahawa kehidupan saya lebih bermakna bila mak berada di sisi walau abah tiada. At least saya ada mak. Bagi anak-anak yatim pula bagaimana? Saya rela dimarah emak kerana kenakalan saya dari orang lain. Jika Project Hope memerlukan volunteer, saya ingin sertai.

Banyak cara untuk membantu, walau tiada wang ringgit. Kerahlah badan yang ada. 🙂

www.facebook.com/WMS2013

www.wmsmalaysia.org

xoxo!

sign5.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “World Marketing Summit Malaysia 2013 – Project “Hope”

    titan

    (June 17, 2013 - 6:27 pm)

    fuuhhh..macam best aje projek ni.
    titan´s last blog post ..Keputusan Rasmi Contest Review Tak TerkalahMy Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (June 28, 2013 - 1:39 pm)

      Titan > best juga, charity project yang banyak giler company sponsor. perghh.. semoga anak-anak ini manfaatkannya. 🙂

    KiD

    (June 16, 2013 - 11:43 pm)

    projek ni memang terbaik dan sepatutnya mendapat sokongan pelbagai pihak. seronok tengok mereka yang kecil itu bergembira dan DIHARGAI..
    KiD´s last blog post ..Buffet Ramadhan Rajang Hall G Tower HotelMy Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (June 28, 2013 - 1:40 pm)

      Kid > tapi sedih kan melihat mereka. wuwuwuwu. mengenang nasib.. nasib baik saya ada mak.. 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.