World Marketing Summit Malaysia 2013 – Project “Re-thinking Actions”

World Marketing Summit Malaysia 2013 (WMS 2013) adalah bertujuan mengubah cara kita berfikir, hidup dan bertindak sebagai seorang individu dan di kalangan komuniti, negara kita serta dalam konteks global. Ia adalah satu kolubrasi pemasaran global yang bertujuan mendefinisi semula masa depan pemasaran dengan mewujudkan pendekatan pembangunan baru melalui pemasaran.

Summit ini adalah legasi guru pemasaran paling berpengaruh di dunia iaitu Dr Philip Kotler, dengan wawasan bahawa ia akan menjadi perhimpuan tahunan yang merangkumi para pemikir, aktivis sosial, kapten korporat – agen-agen perubahan sosial dari negara maju dan membangun untuk bekerjasama bagi menangani dan mewujudkan penyelesaian keberkesanan.

Anak-anak ini akan mengadili inisiatif CSR daripada syarikat-syarikat seperti Maybank, Badan Warisan Malaysia, Green Technology dan beberapa syarikat lain. Projek Re-thinking Actions mendapat sumbangan besar dari Pusat Sains Negara, Petronas, Staedtler, F&N, Volkwagen Group Malaysia, Manoah Consulting, Alcom, BMI Research, Columbia Asia, Jim Liaw Photography Studio, AOS Conventions & Events, Dream Asia dan Asian Football Confederation.

WMS2013-Project-Re-thinking-Actions-1

WMS2013-Project-Re-thinking-Actions-12

 

 

Dr. Marceline Lemarie

WMS2013-Project-Re-thinking-Actions-4

 

85 orang anak yatim berusia 13 tahun hingga 17 tahun dari segenap pelusuk di Malaysia termasuk 23 dari Miri, Sarawak telah diperkasakan sebagai hakim bagi inisiatif CSR untuk lapan buah syarikat bagi menangani salah satu dari Lapan Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs) iaitu Menjamin Kelestarian Alam Sekitar (MDG7) Bangsa-Bangsa Bersatu di “Project Re-thinking Actions” World Marketing Summit Malaysia 2013 (WMS2013)

WMS2013-Project-Re-thinking-Actions-5

WMS2013-Project-Re-thinking-Actions-6

Diantara slot yang menarik perhatian saya adalah slot dari Zainal Abidin kerana pendekatan yang digunakan adalah melalui apa yang beliau minati dan seterusnya di ekspresikan melalui lagu dan bait-bait lirik flora dan fauna.

WMS2013-Project-Re-thinking-Actions-8

WMS2013-Project-Re-thinking-Actions-7

 

Selain daripada perkongsian bagaimana Zainal Abidin berjaya dan bagaimana beliau bermula. Beliau juga turut berbesar hati memberi buah tangan kepada adik-adik ini.

WMS2013-Project-Re-thinking-Actions-10

Summit bagi tahun 2013 akan berlangsung dari 28 September 2013 hingga 20 September 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Dijangka seramai 2,500 orang delegasi dari senarai pemimpin besar yang sangat dikagumi. Maklumat berkenaan WMS 2013 boleh diperolehi di www.wmsmalaysia.org

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “World Marketing Summit Malaysia 2013 – Project “Re-thinking Actions”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.