AirAsia Raya Meal Combo Dan Menu Baru Dalam Penerbangan

Selepas sahaja selesai semua kamu lelaki menunaikan solat jumaat, saya terus bergegas ke AirAsia Akademi di Sepang sekitar jam 2.30pm dari KL Sentral bersama abang wan. Perjalanan ke sana sangat jauhhhhhh. hahaha. Kalau tiada abang wan, pastinya saya tidak akan sampai di AirAsia Akademi dengan menaiki bas ke lcct. Bas dari KL Sentral ke LCCT memang masalah besar dengan faktor ketepatan masa. Selagi tidak penuh bas, jangan mimpi akan bertolak. Sob sob sob.

Jika anda yang biasa menaiki penerbangan AirAsia pastinya Pak Nasser’s Nasi Lemak menjadi kegemaran. Hehehe. Sedap memang sedap dan selalunya kalau tidak pre-book awal-awal pastinya sekejap je habis. Langkah berjaga-jaga lebih baik pra-tempah, nanti kelaparan pula.

AirAsia-Hari-Raya-Inflight-Menu-1

 

Cik Aireen Omar (AirAsia CEO) bersama dua pramugari mempromosikan menu baru AirAsia Cafe iaitu Nasi Hujan Panas bersama Rendang Daging dan Wajik.

AirAsia-Hari-Raya-Inflight-Menu-20

Nasi Hujan Panas bersama Rendang Daging & Wajik + Pilihan minuman jus oren, kopi dan teh - RM 19
Nasi Hujan Panas bersama Rendang Daging & Wajik + Pilihan minuman jus oren, kopi dan teh – RM 19

Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma, AirAsia telah memperkenalkan menu dalam penerbangan yang baru. Ia tidak menggantikan mana-mana menu, tetapi menambah 1 menu baru yang sangat hebat. Nasi Hujan Panas + Rendang Daging + Wajik dan pilihan minuman jus orange, teh atau kopi.

Jika anda pra-tempah awal 24 jam sebelum penerbangan, diskaun sebanyak 20% akan diberikan untuk setiap menu pilihan.

Sebagai contoh :

Jika anda menempah Nasi Hujan Panas bersama Rendang Daging & Wajik secara automatik anda hanya perlu bayar RM 15 sahaja. Tiap pre-tempah dalam talian akan menerima 100ml mineral water.

Jika anda membeli makanan sewaktu penerbangan tanpa menempah terlebih dahulu Nasi Hujan Panas bersama Rendang Daging & Wajik. Anda akan diberi pilihan minuman jus oren, kopi dan teh tetapi ia beharga RM 19

Kebiasaannya jika tidak pra-tempah awal, pasti makanan ini habis cepat. Tidak kira berapa banyak kuantiti dibawa ke dalam penerbangan oleh AirAsia.

Selain dari menu baru Nasi Hujan Panas dan rendang daging, menu dibawah juga turut disediakan.

Vegetable Manchurian Rice - RM 15
Vegetable Manchurian Rice – RM 15
Uncle Chin's Sweet and Sour Chicken Rice - RM 15
Uncle Chin’s Sweet and Sour Chicken Rice – RM 15
Spicy Fish Fried Rice - RM 15
Spicy Fish Fried Rice – RM 15
Yam Cake - RM 10
Yam Cake – RM 10
Lamb Kathi Kebab Wrap - RM 10
Lamb Kathi Kebab Wrap – RM 10
Chicken Mayo with Apple Sandwich - RM 10
Chicken Mayo with Apple Sandwich – RM 10
Samosa with Mint Chutney - RM 10
Samosa with Mint Chutney – RM 10

Gambar di sekitar waktu perlancaran AirAsia Raya Meal Combo Dan Menu Baru Dalam Penerbangan. Staff AirAsia pun ada bakat terpendam dalam bidang nyanyian. Hehehe. Best betul tengok keseronokan mereka. Rasa tidak sabar untuk menyambut bulan Ramadhan dan Syawal.

AirAsia-Hari-Raya-Inflight-Menu-14

AirAsia-Hari-Raya-Inflight-Menu-18

Hidangan yang saya nikmati sewaktu perlancaran AirAsia Raya Meal Combo Dan Menu Baru Dalam Penerbangan. Nasi hujan panas, rendang daging, ayam masak sweet sour dan hidangan vegetarian pun sedap. Seakan seperti bergedil tapi ada sos. Yummy!

AirAsia-Hari-Raya-Inflight-Menu-15

AirAsia-Hari-Raya-Inflight-Menu-16

AirAsia-Hari-Raya-Inflight-Menu-17

AirAsia-Hari-Raya-Inflight-Menu-19

Selepas tamat majlis perasmian AirAsia Raya Meal Combo Dan Menu Baru Dalam Penerbangan, saya berkesempatan melawat di dalam AirAsia Akademi. Terima kasih Kak Tasha! Hehehe.

AirAsia-Hari-Raya-Inflight-Menu-29

AirAsia-Hari-Raya-Inflight-Menu-24

AirAsia-Hari-Raya-Inflight-Menu-36

Bersama kak Tasha di lokasi dimana para pilot training. Hehehe. Kalau nak guna flight simulator ini, kena booking awal 3 bulan tau. Rezeki kami dapat mencuba pada hari tersebut tanpa booking. Lepas tu ada pilot yang nak training siap tunggu kami diluar. Kesian mereka nak training diganggu pula. Walau apa pun terima kasih kerana beri kami peluang nak berangan bawa kapal terbang A330. 🙂

AirAsia-Hari-Raya-Inflight-Menu-34

Pramugara AirAsia dibelakang saya, Shakiddo. Hahahaha.

AirAsia Flight Simulator Experience
AirAsia Flight Simulator Experience bersama Kapten Azwan Anuar. Hahaha.

Terima kasih AirAsia untuk jemputan ini. See you on board. 🙂

www.airasia.com

www.facebook.com/AirAsia

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

6 thoughts on “AirAsia Raya Meal Combo Dan Menu Baru Dalam Penerbangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.