Beramal Sambil Makan Burger Bakar Abang Burn Al-Lazat

Burger Bakar Abang Burn adalah burger yang sangat digemari ramai. Terjamin halalnya dan diseliakan oleh bumiputera Malaysa sendiri. Malam tadi bertempat di Restoran Burger Bakar Abang Burn, No 31, Jalan Dwi Tasik 2, Cheras, Bandar Seri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur telah berlangsungnya perlancaran Burger Bakar Abang Burn A-Lazat.

Beramal-Sambil-Makan-Burger-Bakar-Abang-Burn-Al-Lazat-16

En Khairul Anwar Azhari, Pengarah Eksekutif Burger Bakar Abang Burn
En Khairul Anwar Azhari, Pengarah Eksekutif Burger Bakar Abang Burn
En Sabrie Salleh, Pengarah Urusan Burger Bakar Abang Burn
En Sabrie Salleh, Pengarah Urusan Burger Bakar Abang Burn

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, Burger Bakar Abang Burn telah memperkenalkan menu istimewa iaitu Al-Lazat. Konsep Al-Lazat ini sangat bagus kerana setiap pembelian Burger Bakar Abang Burn Al-Lazat akan menyumbangkan keuntungan untuk infaq untuk anak yatim dan fakir miskin.

Konsepnya mudah, pelanggan seperti anda membeli mana-mana menu Burger Bakar Abang Burn Al-Lazat. Hasil keuntungan dari itu akan di kumpulkan dan pihak Burger Bakar Abang Burn akan membuka sebuah cawangan di Lembah Klang yang fokusnya adalah untuk Infaq. Jadi, kalau kita nak juga mendapat pahala dari usaha murni ini, kenapa tidak membantu dari mula sempena Ramadhan ini? Bulan Ramadhan ini bakal membuka peluang kepada kita untuk beramal.

Cawangan baru yang akan dibuka selepas Ramadhan adalah untuk aktiviti amal yang lebih telus. Kerana hanya 1 lokasi cawangan Burger Bakar Abang Burn sahaja akan dibuka khas untuk aktiviti amal tersebut. Maka pembelian anda terus di Infaq-kan terus kepada Anak Yatim dan Fakir Miskin.

Al-Lazat adalah gabungan percik moden dan sos timur tengah yang dihidangkan hanya ketika Ramadhan di semua 18 cawangan Burger Bakar Abang Burn.

Beramal-Sambil-Makan-Burger-Bakar-Abang-Burn-Al-Lazat-19

BBAB Al-Lazat – RM 8.50

(Roti Burger + Ayam Percik + Salad + Mayonnaise + Sos Timur Tengah)

Beramal-Sambil-Makan-Burger-Bakar-Abang-Burn-Al-Lazat-9

BBAB Al-Lazat Supremo – RM 10.50

(Roti Burger + Ayam Percik + Onion Ring + Salad + Mayonnaise + Sos Timur Tengah)

Beramal-Sambil-Makan-Burger-Bakar-Abang-Burn-Al-Lazat-10

BBAB Al-Lazat Cheesy – RM 11.50

(Roti Burger + Ayam Percik + 2 Keping Cheese + Salad + Mayonnaise + Sos Timur Tengah)

Beramal-Sambil-Makan-Burger-Bakar-Abang-Burn-Al-Lazat-20

BBAB Al-Lazat Cheese – RM 9.50

(Roti Burger + Ayam Percik + 1 Keping Cheese + Salad + Mayonnaise + Sos Timur Tengah)

Beramal-Sambil-Makan-Burger-Bakar-Abang-Burn-Al-Lazat-18

BBAB Al-Lazat Special with Beef Strips – RM 11.50

(Roti Burger + Ayam Percik + Kepingan Daging Salai + Salad + Mayonnaise + Sos Timur Tengah)

Beramal-Sambil-Makan-Burger-Bakar-Abang-Burn-Al-Lazat-12

BBAB Al-Lazat special with Salami – RM 11.50

(Roti Burger + Ayam Percik + Salami + Salad + Mayonnaise + Sos Timur Tengah)

Beramal-Sambil-Makan-Burger-Bakar-Abang-Burn-Al-Lazat-11

BBAB Al-Lazat Special with Turkey Slice – RM 11.50

(Roti Burger + Ayam Percik + Kepingan Daging Ayam Turkey + Salad + Mayonnaise + Sos Timur Tengah)

Beramal-Sambil-Makan-Burger-Bakar-Abang-Burn-Al-Lazat-5

Bagi saya, Burger Bakar Abang Burn Al-Lazat sememangnya lazat. Ini adalah kali pertama saya menikmati percik yang sangat sedap! Ayam segar dan masih terasa kemanisan ayamnya. Roti lembut dan paling best sos timur tengah yang tidak terlalu pedas, masin dan masam. Just nice. Just nice. Yummy! -ruby.my

Beramal-Sambil-Makan-Burger-Bakar-Abang-Burn-Al-Lazat-6

Sewaktu perlancaran ini, saya dapat bertemu dengan rakan blogger yang dah lama tak jumpa.  Ada yang busy study dan ada yang busy kerja. Bila bertemu mereka, dah macam blogger gathering! Ahaks!

Beramal-Sambil-Makan-Burger-Bakar-Abang-Burn-Al-Lazat-17

Beramal-Sambil-Makan-Burger-Bakar-Abang-Burn-Al-Lazat-4

Beramal-Sambil-Makan-Burger-Bakar-Abang-Burn-Al-Lazat-2

Selamat Beramal dengan Burger Bakar Abang Burn!

www.abangburn.com

www.facebook.com/abangburn

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 thoughts on “Beramal Sambil Makan Burger Bakar Abang Burn Al-Lazat

    […] pics credit from : ruby.com […]

    penaberkala

    (July 10, 2013 - 11:20 pm)

    ok, nanti kita set ye..
    ajak abang superman sekali
    kita pi makan lepas terawih, syok jugak

      Rabiatul Adawiyah

      (July 11, 2013 - 9:27 pm)

      Penaberkala > Jom!!! 🙂

    penaberkala

    (July 7, 2013 - 10:32 am)

    kagum dengan usaha team abang burn
    seb bek cawangan permaisuri dekat dgn rumah, boleh gi time bulan pose nanti

      Rabiatul Adawiyah

      (July 8, 2013 - 10:11 am)

      penaberkala > nak ikot!! ajak akak nanti.. 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.