Iftar Ramadhan Bersama Tune Group

      5 Comments on Iftar Ramadhan Bersama Tune Group

Actually semua Iftar Ramadhan yang saya hadir bukan la sederet seminggu tau. Cuma saya ambil masa sikit untuk menulis. Edit gambar lagi. Hehehehe. Kali ini jemputan Iftar Ramadhan dari Tune Group. Rasanya dah beberapa tahun ruby bekerjasama dengan Tune Group ni. Dari sini ruby berkenalan dengan Tune Hotel, Tune Talk dan Air Asia.

Walaupun dah ada ikatan utuh, itu bukanlah tiket untuk mempergunakan mereka untuk travel sana sini ye anak-anak sekalian. Saya lebih rela naikkan trafik blog ini dari bawa nama besar tapi tak kemana. InsyaAllah rezeki Allah s.w.t itu luas. Kalau tidak tahun ini, tahun seterusnya masih ada lagi untuk bekerjasama lebih berkualiti. 🙂

Lokasi kali ini adalah di Restoran Rebung Chef Ismail di Bangsar. Seriously makanan di sini enak-enak belaka. Saya suka giler dengan asam pedas Chef Ismail. Boleh mengigau nak lagi. Almaklumlah dah mengandung ni mana boleh makan pedas sangat, hari tu ambil ikan je. Kuah dia, daun kesum, bunga kantan dan kacang bende tidak dapat ku nikmati dengan gigih. Hahahaha. Pengorbanan seorang ibu. Pon boleh kan??

Berbuka-Puasa-Bersama-Tune-Group-1

Berbuka-Puasa-Bersama-Tune-Group-5

Berbuka-Puasa-Bersama-Tune-Group-6

Berbuka-Puasa-Bersama-Tune-Group-38

Semasa menghadiri Iftar Ramadhan anjuran Tune Group ni, dah jadi macam gathering kerana saya bertemu dengan ramai kenalan yang dah lama tidak jumpa. Mereka adalah blogger suatu ketika dulu meletop-letop. Blog mereka sudah tidak aktif kerana sudah bekerja pejabat sepenuh masa. 🙂

Berbuka-Puasa-Bersama-Tune-Group-37

Berbuka-Puasa-Bersama-Tune-Group-39

Simon Seow and the gang.

Berbuka-Puasa-Bersama-Tune-Group-40

 Nor Elwyn and Naim

Berbuka-Puasa-Bersama-Tune-Group-41

Jumpa pula kak Susanne dari Berita Harian, room mate masa di trip Kembara CutiCuti 1 Malaysia anjuran Gaya Travel bulan lepas. Hehehe. Cam adik beradik tak? Hehehe.

Diantara juadah Iftar Ramadhan Restoran Rebung Chef Ismail.

Berbuka-Puasa-Bersama-Tune-Group-3

Buffet Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail menawarkan banyak hidangan ala kampung yang ternyata sedap. RM 70 untuk satu orang. Sila hubungi 03-22832119 untuk tempahan ye.

Terima kasih kepada Tune Group untuk jemputan Iftar Ramadhan ini. Moga terus sukses!

www.tunegroup.com

 

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 comments on “Iftar Ramadhan Bersama Tune Group

    1. Rabiatul Adawiyah Post author

      Dkna Abza > Ni pertama kali ruby cuba makan buffet di Restoran Rebung Chef Ismail. Tak menang tangan dibuatnya.. Semua sedap-sedap.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge