Impian Menjadi Pereka Fesyen Dan Peragawati Hijabi Bersama Sunsilk Hijabku Gayaku

Fesyen Muslimah kini semakin menjadi tumpuan pada masa kini. Kekurangan idea untuk menutup aurat dalam gaya terkini menjadi bualan pada suatu ketika dahulu kerana kurangnya fesyen muslimah yang betul-betul menutup aurat dan dalam masa yang sama mainan warna yang tidak menyerlah. Maka kini lahirlah pereka fesyen muda yang bertudung dan memahami kehendak syariat Islam.

Sunsilk-1

Sunsilk-2

Adakah anda salah seorang daripada muslimah yang menggayakan fesyen Hijabi terkini dan mengikut syariat Islam? dan adakah anda pereka fesyen muslimah yang ingin melihat tiap wanita muslimah kelihatan cantik, bergaya dan berkeyakinan?

Sunsilk-3

Jika anda adalah salah seorang daripada itu, sertailah Sunsilk Hijabku Gayaku yang bakal memberi peluang kepada anda untuk mengekspresikan fesyen muslimah anda dan bagi anda yang menyukai bidang peragawati hijabi, anda berpeluang untuk menjadi model kepada rekaan terkini dari pereka fesyen tersebut.

Seronok kan? Peluang hanya datang sekali dan anda hanya perlu berusaha untuk berani mencuba! Kejayaan tidak datang bergolek. 🙂

Sunsilk-4

10 orang pereka fesyen dan 10 orang peragawati hijabi diperlukan. Jika anda terpilih, anda akan diberi peluang untuk mempamerkan rekaan dan peraga fesyen tersebut di Islamic Fashion Festival (IFF) pada akhir tahun ini. InsyaAllah impian anda menjadi kenyataan! Siapa kata, rekaan busana muslimah berhijab tidak boleh melangkah jauh dan siapa kata apabila bertudung tidak boleh menjadi peragawati. Tidak kira rupa paras anda bagaimana. Pastikan anda berkeyakinan. 🙂

Sahut panggilanku dan atur langkahmu untuk mencapai impian yang terpendam lama. Biar pereka fesyen mahupun peragawati hijabi, langkahmu bermula di sini bersama Sunsilk.

 Tempoh peraduan hingga 31 Julai 2013

 Ingin sertai Sunsilk Hijabku Gayaku? Anda boleh daftar penyertaan anda di www.facebook.com/SunsilkMalaysia

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.