Kenny Rogers Roasters Perkenalkan Menu Baru BBQ Go Spicy

Bersempena bulan Ramadhan dan Syawal bakal menjelma. Kenny Rogers Roasters telah memperkenalkan menu baru sepanjang bulan mulia ini iaitu BBQ Go Spicy. Menu ini terdiri dari Nasi Tomato Beraroma, 1/4 ayam panggan yang disaluti BBQ Sos Pedas, 1 pilihan side dish dan 1 muffin pandan. Harga untuk hidangan ini hanya RM 19.50.

Kenny-Rogers-Roasters-BBQ-Go-Spicy-10

Pilihan side dish terdiri dari Macaroni & Cheese, Coleslaw, Garden Pasta Salad, Golden Corn & Carrot, BBQ Baked Bean, Mashed Potato & Gravy, Potato Salad, Crisp Garden Salad, Aromatic Rice dan Fresh Fruit Salad. Kalau set BBQ Go Spicy tu kan dah ada Nasi Tomato, jangan lah anda pilih side dish Aromatic Rice tu. Banyaknya lah karbo. Hahaha. Macam saya ambil side dish Crisp Garden Salad. Ngam sangat dengan Nasi Tomato Beraroma dan Ayam panggang bersos BBQ!

Kenny-Rogers-Roasters-BBQ-Go-Spicy-2

 

Cool Down with Minty Passion Mocktail RM 7.90

Kenny-Rogers-Roasters-BBQ-Go-Spicy-4

BBQ Go Spicy – Nasi Tomato Beraroma, 1/4 ayam panggan yang disaluti BBQ Sos Pedas, side dish – Crisp Garden Salad dan 1 muffin pandan – RM 19.50

Kenny-Rogers-Roasters-BBQ-Go-Spicy-3

 

 

Setelah menikmati hidangan BBQ Go Spicy, saya dapat rasakan keenakan nasi tomato beraroma dan ayam panggang tersebut sangat harmoni. Sesuai dimakan walau waktu lunch, makan malam atau waktu berbuka puasa. Hidangan ini sangat lengkap kerana ada muffin pandan sebagai pembuka selera. Seleksi side dish juga memainkan peranan penting. Bagi anda yang sukakan sos BBQ pedas ini, pastinya side dish seperti sayuran dan kentang amat sesuai. Kalau ada kentang goreng memang best giler cicah dengan sos BBQ pedas. Potongan ayam bahagian kepak menjadi pilihan sebab banyak isi di bahagian dada iaitu sangat berkhasiat! -ruby.my

Kenny-Rogers-Roasters-BBQ-Go-Spicy-9

 

Sewaktu program food review Kenny Rogers Roasters BBQ Go Spicy sedang berlangsung, mereka telah adakan pertandingan Instagram dengan menggunakan hashtag #BBQGoSpicy. Walaupun pada mulanya saya give up sebab smartphone rosak dan yang ada ni smartphone HTC Aria cenonet tu. Gigih la menaip dengan jari besar ni kan. Sampaikan tukang ambil gambar untuk pertandingan ini adalah shakiddo kena take time sebab style kamera kena kita duk diam dalam 10 saat. kalau tidak gambar blur. Lepas tu si yana suruh ambil gambar pun boleh saya hold sebab nak menaip sangat ambil masa. Huwaaa.. Tapi alhamdulillah saya menang pertandingan tersebut dan dapat 2 voucher Kenny Rogers Roasters. Hehehehe. Alhamdulillah. Terima kasih KRR, Shakiddo dan Yana! Sabar je lah!

Kenny-Rogers-Roasters-BBQ-Go-Spicy-8

Muka happy giler sampai senyum mata pun tutup. hahaha.

Kenny-Rogers-Roasters-BBQ-Go-Spicy-1

Terima kasih Kenny Rogers Roasters!

www.krr.com.my

www.facebook.com/krr.my

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Kenny Rogers Roasters Perkenalkan Menu Baru BBQ Go Spicy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.