L’Occitane Rose 4 Reines Velvet Hand Cream

Baru-baru ini saya berkesempatan ke L’Occitane One Utama New Wing, sebenarnya nak cari 100% Shea Butter product je. Sekali terjebak dengan beberapa krim tangan dan lip balm. Hahahaha. Okay posting kali ini berkenaan L’Occitane Rose 4 Reines Velvet Hand Cream 75ml.

L'Occitane-Rose-4-Reines-Velvet-Hand-Cream-1

L'Occitane-Rose-4-Reines-Velvet-Hand-Cream-2

Konsep tiub L’Occitane Rose 4 Reines Velvet Hand Cream ini sangat mudah. Tidak perlu membuka penutup, tetapi pusingkan sedikit mengikut arah “ON” dan “OFF”.

L'Occitane-Rose-4-Reines-Velvet-Hand-Cream-4

Krim tangan L’Occitane Rose 4 Reines Velvet ini pada mulanya saya ingatkan ia berair dan lambat meresap di sekitar permukaan kulit, tetapi ia cepat meresap walaupun tekstur seperti itu. Jika sekali pam dan sapu di semua permukaan tangan, ia sangat praktikal untuk mereka yang bekerja dengan waktu yang limited menjaga kesihatan tangan. Bau dia wangi sangat, saya suka haruman ros. Relax dan menenangkan. 🙂 -ruby.my

Diperkaya dengan Mentega Shea dan Vitamin E, krim ini menyuburkan, melindungi dan membantu pembaikan tangan daripada aktviti harian.

Tangan lembap dan halus wangi dengan aroma yang segar baldu dari bunga ros Grasse, ros Bulgaria, ros Maghribi dan ros Turki.

L’Occitane Rose 4 Reines Velvet Hand Cream 75ml – RM 80.00

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.