Pembayang Mata Maybelline Color Tattoo

Lately ni kebanyakan tengah sibuk nak belajar mekap-mekap kan. Al maklumlah banyak betul event nak kena hadir. Majlis kahwin, majlis berbuka puasa, majlis kenduri kendara dan paling dinantikan adalah Rumah Terbuka pada Aidilfitri bulan depan. Subhanallah dah Ramadhan dan hari ini puasa kita hari ke-3. Alhamdulillah.

Bila bercerita berkenaan gincu, bedak tabur, maskara kebiasaanya masing-masing dah pandai cari dan peluk ketat-ketat jenama tersebut. Kemana pergi pasti itu yang mudah untuk anda aplikasikan. Sama ada natural atau over diva ke, makeup memang tidak boleh dipisahkan. 🙂

Maybelline-Color-Tattoo-Shades

Maybelline Color Tattoo ini adalah salah satu pembayang mata aka eye shadow kegemaran saya selepas jenama lain. Kerana tekstur yang pigmen dan thick ia tahan lama dimata saya walau apa pun terjadi. Seriously! Kelopak mata saya agak sepet dan lipatan rapat-rapat. Makanya kalau pakai eye shadow lain tetapi tidak aplikasikan primer terlebih awal, pasti eye shadow hilang dan tinggal di bahagian lipatan sahaja. Hahahaha. Kelakar! Kita hanya perasan ketidak cantikan apabila balik rumah. Sob sob sob. Kawan-kawan kita takda pun nak tegur cakap bisik-bisik “eye shadow ruby dah jadi sebaris lah”. So kita boleh pergi wash room dan touch up kan. Hmmm.. Kalau ada kawan macam tu kan best. 🙁

Tetapi tidak mengapa, Maybelline Color Tattoo kan ada. Hehehe. Kali ini nak berkongsi Maybelline Color Tattoo dalam warna Oren (Fierce and Tangy)

Maybelline-Color-Tattoo

 

Bila dah pakai macam best pula. Ingatkan oren bebenor, bila pakai dengan jari.. ia jadi seimbang dan just nice. Sukanya saya!!

Selepas ini saya akan terjah semua kiosk Maybelline untuk beli warna Bronze, Gold dan Purple. Asyik habis stock je di BSC, Wangsa Maju dan KLCC. Sob Sob Sob.

Anda boleh dapatkan semua warna Maybelline Color Tattoo di Watson’s, SaSa, Guardian dan Maybelline kiosk. Setiap satu Maybelline Color Tattoo beharga RM 19.90.

www.facebook.com/maybellinenysimplyfab

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

6 thoughts on “Pembayang Mata Maybelline Color Tattoo

    sarah mohamad

    (July 19, 2013 - 8:46 am)

    Saya pun suka pakai eyeshadow yg kira light2 je. Just nice. tak terlalu berat sangat hehehe
    sarah mohamad´s last blog post ..Rindu nak masak2My Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (July 21, 2013 - 4:53 pm)

      Sarah > Eye Shadow warna light-light ni mencirikan wajah kita suci sesuci lebaran kan. hehe. ruby kalau buat smokey eye mesti nampak garang benor. so pakai warna-warna earth dah sesuai sangat. hehe.

    Bro Framestone

    (July 12, 2013 - 4:06 pm)

    Eh mata sepek macam mu pakai pembayang mata ek… he..23x
    Bro Framestone´s last blog post ..Sembang Hartanah Bersama Penulis Buku Hartanah Best Seller MalaysiaMy Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (July 12, 2013 - 5:08 pm)

      Bro > la sebelum ni yang masa ruby tak pakai spek mata tu ada je eye shadow. bro nak pakai keee??? hahaa.

    fyna

    (July 12, 2013 - 3:53 pm)

    fyna pun suka pakai eyeliner je. ^_^
    fyna´s last blog post ..Tips Dan Panduan Menjaga Anak Kucing Baru Lahir Yang Ditinggalkan IbunyaMy Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (July 12, 2013 - 5:06 pm)

      fyna > eye shadow le. pembayang mata. hehehe… ambil color bronze, natural sangat. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.