Profil dan Hi-Tea Bersama Cik Aireen Omar Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia

Ia adalah satu penghormatan kepada saya untuk bertemu dan minum petang bersama wanita cekal dan penuh semangat iaitu Cik Aireen Omar. Menerima perkabaran dari Berita Harian bahawa beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia menggantikan Tan Sri Tony Fernandes memang saya adalah orang pertama terkejut. Hehehehe.

Hi-Tea-With-Aireen-Omar-15

Selama hari ini saya tidak pernah terfikir Tan Sri akan melantik CEO wanita pertama di Air Asia setelah beliau bertungkus lumus menaikkan syarikat penerbangan tambang murah yang kini amat diperlukan oleh rakyat Malaysia kerana kami suka melancong ke luar negara dengan kadar murah. Yehaaa! 🙂

Hi-Tea-With-Aireen-Omar-12

Hi-Tea-With-Aireen-Omar-8

Minum petang bersama Cik Aireen Omar sememangnya sesuatu yang saya tidak jangka. Perlantikan jawatan beliau masih baru dan pastinya banyak kerja yang perlu dilakukan. Tetapi beliau masih ada masa untuk sembang-sembang santai bersama blogger.

Lokasi di Majestic Hotel Kuala Lumpur menjadi pilihan dan minum petang bertemakan hi tea di dalam taman orkid. Ketibaan Cik Aireen Omar disambut mesra oleh kami semua, beliau sangat peramah dan saya suka melihat senyuman beliau. Hehehe.

Hi-Tea-With-Aireen-Omar-9

Hi-Tea-With-Aireen-Omar-7

 The emcee – Daphne. Hahaha. Teman blogger yang lama saya tak jumpa. Masa terima email ingatkan siapa lah beliau. Hello Daphne!

Hi-Tea-With-Aireen-Omar-10

Hi-Tea-With-Aireen-Omar-11

Berkongsi cerita disebalik karier, perjalanan kehidupan beliau dan kisah keluarga. Saya dapat lihat beliau seorang yang sangat beruntung kerana dilahirkan dengan penuh sokongan kekeluargaan. Beliau tahu apa yang diinginkan dan mengejar cita-cita tersebut tanpa memikirkan kepayahannya. Berusaha dan terus berusaha. Bagi beliau, semuanya adalah pengalaman untuk dirinya. Untuk berjaya, kita perlu berani menempuhi pelbagai halangan.

Bercerita tentang kisah adik beradik. Cik Aireen Omar adalah adik kepada Ahmad Izham Omar. Family tree yang mengagumkan. Syukur Alhamdulillah boleh dikatakan mereka berjaya. 🙂

PROFIL : Aireen Omar

Usia: 38 tahun

Jawatan: Ketua Eksekutif AirAsia Malaysia

Jawatan Terdahulu: Ketua Serantau Kewangan Korporat dan Perbendaharaan AirAsia, pernah berkhidmat selama sembilan tahun dalam industri kewangan antaranya di Deutsche Bank Securities Inc, New York dan Kumpulan Maybank

Pendidikan: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta Petaling Jaya, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari London School of Economics and Political Science serta Sarjana Ekonomi dari New York University.

Pencapaian di AirAsia: Bertanggungjawab mendapatkan pembiayaan pengembangan angkatan pesawat bagi kumpulan melaksanakan strategi pertumbuhan, membantu kumpulan menubuhkan pelbagai usaha sama, mengetuai struktur pembiayaan inovatif termasuk Islamic French Single Investor Ijarah yang meraih pengiktirafan global, mengendalikan rundingan bersama Airbus bagi membeli 200 pesawat Airbus A320neo yang diumumkan pada Pameran Penerbangan Paris 2011.

Hi-Tea-With-Aireen-Omar-14

Bergambar bersama blogger dan Cik Aireen Omar.

Hi-Tea-With-Aireen-Omar-6

Hi-Tea-With-Aireen-Omar-2

Hi-Tea-With-Aireen-Omar-1

Hi-Tea-With-Aireen-Omar-4

Hi-Tea-With-Aireen-Omar-5

Hi-Tea-With-Aireen-Omar-3

Terima kasih Air Asia untuk hadiah ini dan terima kasih diatas jemputan ini juga. Ingatilah saya, saya lifestyle blogger. 🙂

Ingin follow Aireen Omar?

https://twitter.com/aireenomar

http://instagram.com/aireenomar

www.airasia.com/my

 

8 comments on “Profil dan Hi-Tea Bersama Cik Aireen Omar Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia

    1. Ruby Post author

      Mas.. ya Aireen sangat humble. Hehehe. InsyaAllah ada peluang berjumpa beliau. Mungkin bila beliau ada buat talk di mana-mana conference ke. Boleh join ya.

      Reply
      1. NABILA AZMI

        salam,

        macam mana caranya nak jemput beliau ye? saya berminat untuk menjemput beliau ke majlis yang akan pihak kami adakan.

        harap boleh bantu. TQ

        Reply
    1. Rabiatul Adawiyah Post author

      Irfan Chek > Daphne join event blogger but dia keje Air Asia. Saja-saja isi masa lapang. 🙂

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge