Resepi Nasi Beriyani Jasmine Basmathi King

      2 Comments on Resepi Nasi Beriyani Jasmine Basmathi King

Selepas kejayaan kenduri doa selamat, kali ini saya nak share resepi Nasi Beriyani menggunakan beras Jasmine Basmathi King. Resepi ini simple dan mudah. Ia adalah resepi dari mak ruby. Mak memang tukang masak di restoran. Jadi, dia masak memang confirm sedap dan jika anda mencuba resepi ini, pasti jadi! Hahahaha.

Jasmine-Beras-Basmathi-King-12

Resepi Nasi Beriyani (10 orang)

Bahan-bahan :-

1 kg Beras Basmathi King

Segenggalm Kacang Gajus

Segenggam Kismis

Segenggam Kacang Almond

4 ulas Bawang putih

1/2 inch Halia

5 biji Bawang Besar

3 batang Cili Merah

3 batang Cili Hijau

4 biji Tomato

2 helai Daun Pandan

1’2 cawan Susu cair

1 tin kecil Minyak Sapi

Cara memasak Resepi Nasi Beriyani Jasmine Basmathi King.

1. Masukkan minyak sapi

2. Goreng Kismis, Kacang Gajus dan Kacang Almond. Kemudian angkat dan letakkan di dalam mangkuk.

3. Masukkan bahan blander seperti halia, bawang putih dan bawang besar ke dalam lebihan minyak sapi tadi.

4. Masukkan beras Jasmine Basmathi King yang telah dicampur bersama susu cair.

5. Masukkan Bahan Goreng tadi, cili besar, tomato dan daun pandan.

6. Tutup periuk, kemudian gaul-gaul dan voilaa.

P/S : Saya masak atas dapur, so cepat sikit masak. hahaha.

Nasi Beriyani Jasmine Basmathi King

Resepi Nasi Beriyani Jasmine Basmathi King

Selamat Mencuba!

www.jasmine.com.my

2 comments on “Resepi Nasi Beriyani Jasmine Basmathi King

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge