Saluran Lifetime™ Astro 709

      2 Comments on Saluran Lifetime™ Astro 709

Baru-baru ini saya ziarah rumah adik saya, beliau menunjukkan siaran Lifetime™ 709 yang dirakam oleh beliau. Rumah saya memang tiada saluran Lifetime™ kerana tidak melanggan pakej Variety. Saya pun baru tahu kemunculan saluran ini. Hahaha. Selama hari ini saluran kegemaran adalah 701 AXN. Hehehehe.

Lifetime

Memandangkan saya sedang mengandung, kami menonton One Born Every Minute UK. Perggghhh selama hari ini saya duk ber-youtube untuk melihat pengalaman wanita bersalin. Kali ini saya dapat menonton di televisyen. Dari awal mereka masuk ward sampai la bersalin saya dapat saksikan di saluran Lifetime™ 709 ini. Bahagian kangkang tu mereka blur kan lah, tetapi bayi lahir berdarah atau dipenuhi air pun saya dapat lihat. Pelbagai komplikasi cara bersalin ada. Macam-macam gaya si ibu cuba menahan sakit bersalin. Ada yang terjerit-jerit, ada yang relax. Ada yang bayi keluar mudah, ada yang terbelit. Sememangnya cara setiap wanita bersalin berbeza walaupun anak keberapa pun.

Rancangan One Born Every Minute UK sangat membantu saya dalam ilmu bersalin dan kaedah bersalin. Hehehe. Seronok tengok bayi lahir uwekkk.. uwekkk nangis. Ajaibnya cipataan tuhan. 🙂

One-Born-Every-Minute-UK

Selain dari rancangan One Born Every Minute, saya suka lagi dua rancangan dari Lifetime™ 709 iaitu The Week The Women Went dan MasterChef Australia 4.

The-Week-Women-Went

The Week The Women Went memang best bila beberapa orang isteri pergi bercuti selama seminggu dan si suami mengambil alih segala urusan yang dilakukan si isteri sepanjang menjadi suri rumah tangga. Sama ada memasak, menjaga anak, memberi makan kepada anak, membasuh baju dan apa-apa sahaja berkaitan kerja dirumah akan di lakukan oleh si suami.

Macam mana perangai anak-anak yang nakal dan sukar ditegur juga akan dilalui oleh si bapa.

Bila menonton rancangan ini, saya teringat zaman kecil saya yang mak selalu marah. Bila abah balik dan adik saya nakal ntah apa sebab dan mak pun marah lah adik saya tu. Kemudian abah pula “protect” adik saya tu dan memarahi emak saya. Rancangan The Week The Women Went patut abah saya rasa kerana adik saya tu nakal nak mampus. Baru abah tahu perangai anak kesayangan dia. Masa tu mesti adik saya kena rotan macam dia selalu main-main masa sekolah. Wakakakaa!

MasterChef-Australia-Amina

MasterChef kalau dari mana-mana negara pun saya suka tonton. Tetapi MasterChef Australia ni lagi banyak warna warninya kerana di Australia ramai tukang masak dari pelbagai etnik. Seriously rasa macam tak sangka boleh masak pelbagai dish dengan satu jenis sayuran. Ada kalanya saya terfikir lada benggala tu makanan biasa-biasa je. Tetapi mereka boleh jadikan variety dalam makanan. Awesome!

Selamat menonton!

www.facebook.com/LifetimeMalaysia (Bahasa)

www.facebook.com/LifetimeAsia (English)

www.lifetimeasia.com

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 comments on “Saluran Lifetime™ Astro 709

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge