Tips Bersihkan Pakaian Terkena Dakwat Pen Dan Putihkan Pakaian Serta Peluang Menang Besar Bersama Pencuci Vanish

Vanish sememangnya jenama yang tidak asing lagi bagi produk pencuci di seleuruh dunia. Melalui iklan yang berkesan, ramai suri rumah telah mempercayai Vanish dari dulu lagi. Tertarik dengan petikan “Yakini Merah Jambu, Lupakan Kotoran”. Al maklumlah semua wanita sukakan merah jambu.

Vanish-6

Sepanjang saya menggunakan Vanish inilah kali pertama saya nak kongsikan dengan anda cara saya membersihkan pakaian putih yang terbasuh dengan pakaian bewarna dan pakaian kerja suami yang terkena dakwat pen.

Kebiasaannya, tiada produk pencuci yang boleh menghilangkan kotoran seperti diatas dengan sekali cuci. Tetapi dengan proses rendaman sahaja ia akan berkesan.

Harga Vanish yang saya gunakan bernilai RM 13.80Vanish Power O2 Fabric Stain Remover (500 gram) yang botol bewarna pink dan Vanish Power O2 Crystal White Fabric Stain Remover + Whitener (500 gram) yang botol bewarna putih. Saya sentiasa ada dua jenis serbuk Vanish ini kerana bukannya selalu guna, jadi agak jimat juga. Guna bila ada kotoran degil sahaja. Waktu begini dua masalah itu sahaja yang saya ada untuk pembersihan pakaian. Kalau ada anak nanti, baru lah macam-macam nak kena cuci kan. Hahaha.

Okaylah untuk putihkan baju putih yang TERBASUH dengan pakaian bewarna, cara saya mudah je.

Vanish-7

1. Masukkan air ke dalam baldi.

2. Tabur 1 sudu Vanish (Vanish Power O2 Crystal White Fabric Stain Remover + Whitener) ke dalam baldi.

Vanish-14

3. Masukkan pakaian putih yang bertompok-tompok tu dan rendam semalaman.

4. Keesokan harinya, masukkan pakaian yang telah direndam ke dalam mesin basuh. Ingat pakaian sahaja ye, air rendaman sila buang ok.

5. Basuh pakaian tersebut dengan 1 sudu Vanish (Vanish Power O2 Crystal White Fabric Stain Remover + Whitener).

Vanish-10

Vanish-9

6. Bilas dan sidai di ampaian. Hehehe.

Vanish-12

7. Tadaaaa.. Siap dah. Pakaian saya sudah putih berseri kembali. 🙂

Vanish-13

Kes kedua yang jarang berlaku tetapi kalau berlaku memang menduga kesabaran. Hahaha. Iaitu kotoran pakaian kerja suami yang terkena dakwat pen. Aduhai sayang, kenapa suka letak pen di poket baju. Bawa pensil box macam perempuan tak boleh ke? Hahahaha.

Untuk pembersihan pakaian yang terkena dakwat pen juga menggunakan teknik yang sama iaitu rendam semalaman. Sebab memang ambil masa. Nak kotor sekejap je, nak bersihkan boleh tidur dulu dan esok pagi baru basuh sepenuhnya. Okaylah caranya seperti berikut.

1. Masukkan air ke dalam baldi.

2. Taburkan 1 sudu Vanish Power O2 Fabric Stain Remover ke dalam baldi.

2. Ambil pakaian yang terkena dakwat tadi, basahkan bahagian terkena dakwat dan kemudian taburkan Vanish (Vanish Power O2 Fabric Stain Remover) yang warna pink tu. Sebab baju ni baju ada jalur-jalur warna pink dan kuning cair, maka kalau guna Vanish botol putih tu, mungkin baju suamiku tidak berjalur lagi. Hahahaha.

Vanish-15

Vanish-19

Vanish-16

3. Rendamkan semalaman pakaian tersebut.

4. Keesokan harinya, ambil pakaian tersebut dan masukkan ke dalam mesin basuh. Basuh seperti biasa dan hanya tambahkan 1 sudu Vanish Power O2 Fabric Stain Remover. Waktu nak basuh pakaian ini saya sekalikan dengan pakaian lain, jimat masa. Sebab pakaian kerja lagi satu tu, dibahagian siku ada kesan kotor seperti minyak. Mungkin suamiku makan di kedai mamak kot. Meja berminyak dan baju suamiku jadi kain lap kot. Hahaha.

Vanish-18

Vanish-17

5. Bilas dan sidai di ampaian. Hehehe.

6. Voilaa siap dah. Poket pakaian kerja suamiku sudah bersih.

Vanish-21

Vanish-20

Kerja rumah menjadi mudah dengan Vanish. Kalau zaman dulu basuh berkali-kali pun tidak hilang jadi kusam lagi baju tu ada la. Dengan teknologi terkini, semua pakaian boleh berseri.

Jadi, bagaimana pula anda membersihkan pakaian anda jika menghadapi masalah kotoran degil dan kesilapan tersalah campur baju dalam pakaian bewarna sebegini? Atau anda mempunya masalah lagi besar dari masalah saya?  Hehehe.

Jika anda ingin mencuba Vanish, anda boleh dapatkan sampel Vanish PERCUMA di http://bit.ly/1aIkd2I dan daftar info peribadi anda untuk memudahkan penghantaran ke rumah atau pejabat anda.

Vanish-20

Setelah gunakan Vanish, jangan lupa sertai peraduan mudah Vanish Trick. Hanya kongsikan tips anda di laman web Vanish Trick http://bit.ly/1aIkd2I dan anda layak untuk menang besar. 🙂

Vanish-5

Mungkin anda bakal memenangi hadiah istimewa sepert Mesin Basuh, Peti Sejuk Beku, TV dan macam-macam lagi.

Vanish-3

Hadiah sangat meriah kan? 3 unit 32″ LED TV untuk Grand Prize, bermakna 3 orang boleh menjadi pemenang utama. Wah best ni. Kemudian, hadiah kedua 10 x Mesin Basuh. 10 orang pemenang!!!! Untuk Peti Ais dua pintu pula 5 orang pemenang.

Alhamdulillah jika saya menang salah satu daripada ini. Sebab saya memerlukannya. Yelah dah 9 bulan kahwin masih tiada peti ais dan mesin basuh semi pun dah rosak tak boleh nak bilas. InsyaAllah doakanlah saya menang Peti Ais ye. Amin.

http://bit.ly/1aIkd2I

Good Luck!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

6 thoughts on “Tips Bersihkan Pakaian Terkena Dakwat Pen Dan Putihkan Pakaian Serta Peluang Menang Besar Bersama Pencuci Vanish

    puanbee

    (July 16, 2013 - 4:13 pm)

    biasa guna untuk baju sekolah dan baju kerja cik abang hehe .. memang power !! nak masuk contest nyaaaa …
    puanbee´s last blog post ..Powerbank murah 20000mAh RM55My Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (July 16, 2013 - 11:23 pm)

      PuanBee > masuk kak. mana le tau akak menang. best tu hadiahnya. 🙂

    Ummi Hanie

    (July 9, 2013 - 3:10 pm)

    salam…

    sy pun mmg mncari2 vanish ni utk cuba hilangkan stain2 di pakaian dan tudung…
    Ummi Hanie´s last blog post ..Jalan-jalan Sabah – Day 2My Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (July 9, 2013 - 4:31 pm)

      Ummi Hanie > cari jangan tak cari. hehehe. 🙂

    Sunshine Kelly

    (July 7, 2013 - 3:13 pm)

    going to try this coz my dress terkena kari earlier
    Sunshine Kelly´s last blog post ..PURE + Nature Anti Aging Therapy by De Empress SecretMy Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (July 8, 2013 - 10:11 am)

      Kelly > kena cepat cuci, if not lambat bersih. 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.