Gambar Kekal Menarik Walau Kurang Pencahayaan

Seorang blogger merangkap juru foto pastinya garu kepala bila gambar yang diambil tidak menarik pada waktu malam atau kurang pencahayaan. Kadang-kadang menggunakan flash tidak membantu gambar untuk kelihatan jelas, malah menampilkan objek-objek lain lebih teserlah. Hehehe. Sebagai contoh muka yang berminyak lebih kelihatan, fokus sesuatu gambar tertuju kepada objek lain dan gambar di lokasi yang banyak lampu jadi kabur. Sangat stress bila situasi ini terjadi.

Ada kalanya hanya DSLR dapat menyelesaikan masalah ini, sebab semua moment dan kejadian adalah berlaku sekali sahaja. Tidak boleh diulang dan jika diulang, kualitinya berbeza. Melainkan gambar studio yang boleh mengarah model untuk posing macam-macam gaya.

Selama 2 minggu saya telah menggunakan satu kamera yang banyak membantu saya menangkap gambar dengan lebih santai dan kualiti ternyata sangat bagus, dengan fungsi Best Shot, Action Shot, Motion Focus, Changes Faces, Remove Moving Objects anda tangkap apa sahaja gambar pasti jadi cantik. Terutama pada waktu kurangnya cahaya. Seperti gambar di konsert, pentas peragaan fesyen, pasar malam dan restoran romantik yang mempunyai lampu malap. Heheheh.

Dalam 5 ciri-ciri tersebut. Saya ingin kongsikan satu ciri menarik perhatian saya tatkala menghadiri Anugerah Lawak Mega di Istana Budaya. Untuk pengetahuan anda semua, Istana Budaya memang tidak membenarkan mana-mana kamera telefon digunakan sepanjang anugerah atau teater berlangsung. Pastinya anda akan terkena laser hijau. Malu bila pegawai Istana Budaya dapat mengesan penggunaan telefon pintar. Melainkan jika anda media dan menggunakan kamera DSLR.

Saya telah menggunakan fungsi Best Shot sewaktu berada di Istana Budaya. Bayangkanlah jika gambar diambil tanpa “flash” dan keadaan di dalam Istana Budaya gelap gelita, hanya lampu pentas sahaja memainkan peranan.

Bezakan ketiga-tiga gambar dibawah. Tiada sebarang suntingan dilakukan untuk kesemua gambar dibawah. Selepas ambil gambar, saya terus email dan muat turun. Kemudian muat naik dari laptop ke wordpress. 🙂

WP_20130420_023

Gambar diambil ketika waktu rehat 5 minit, lampu dipasang dan masih tidak kelihatan jelas skrin pentas.

WP_20130420_046

scene : back light

iso : auto

exposure value : -2

white balance : fluorescent

WP_20130420_047

Pastinya anda tertanya-tanya apakah gadget yang saya gunakan.

Nokia-Lumia-925

Jika anda ingin mencuba dan ketahui banyak lagi gambar menarik yang diambil dari peranti telefon pintar ini, sila klik link facebook dibawah dan teka apakah peranti tersebut. Mungkin anda pemenang bertuah untuk memiliki peranti telefon pintar ini. 🙂

  https://www.facebook.com/NokiaMalaysia

Nantikan blog post seterusnya 🙂

10 comments on “Gambar Kekal Menarik Walau Kurang Pencahayaan

  1. Pingback: Menang Nokia Lumia 925 Untuk Kategori Best Blog Write Up

  2. Pingback: Cipta Kenangan Dan Nikmati Gaya Hidup Anda Bersama Nokia Lumia 925

    1. Rabiatul Adawiyah Post author

      MrJocko > Ha’ah. Saje je try dalam Istana Budaya, sekali boleh pula fokus macam ni. Teruja giler. Hehehe.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge