Selesa Beraya Bersama Scholl Dan Koleksi Terkini Scholl Musim Luruh / Sejuk 2013

Kecantikan tidak akan hadir jika anda tidak selesa dengan apa yang anda sarungkan. Ibarat menyarungkan selipar kepada kaki yang aktif, maka langkah anda juga terbatas.

Jenama kasut Scholl sememangnya tidak asing lagi. Mudah didapati dan selesa dimiliki. Rangkain kasut-kasut Scholl terdiri dari sandal, kasut tinggi, kasut pejabat, loafers dan flats. Semuanya selesa. Seingat saya, suatu ketika dulu rekaan Scholl agak menuju ke wanita 40 tahun ke atas. Tetapi kini Scholl mengeluarkan rekaan yang sangat trendy. Pasti dapat menarik perhatian semua lapisan umur. Lelaki dan perempuan boleh memiliki Scholl bila-bila masa. 🙂

Terima kasih diucapkan kepada Scholl Malaysia kerana sudi belanja saya dua pasang kasut raya. Saya sangat teruja tatkala Butterfly Malaysia memilih saya sebagai salah seorang blogger untuk mengulas kasut berjenama Scholl.

Kegembiraan menyapa secara kebetulan kerana saya hamil. Saya sememangnya ingin mencari kasut yang sesuai untuk ibu hamil. Yelah kalau nak guna kasut tinggi memang tidak boleh sekarang ni. Kasut yang sesuai adalah flats je. Rekaan flats pula tidak banyak variasi dan kebanyakannya tidak mempunyai sokongan tapak kaki seperti Scholl. Lagi pula, saya nak juga beraya dengan kasut baru. Hahaha.

Scholl-Collection-2013-1

Jadi sewaktu berada di Scholl cawangan Sunway Pyramid, lebih kurang 2 jam juga saya mencari dan mencuba pelbagai rekaan kasut Scholl. Hahahaha. Lama betul, sehingga saya rambang mata.

Scholl-Collection-2013-2

Scholl-Collection-2013-4

Setelah lebih dari satu jam cuba dan cuba dan cuba lagi. Maka saya memilih Loafers dan Sandals je. Selesa yang teramat sangat okay. Al maklumlah bila hamil ni kaki sering juga sakit-sakit lepas tu kepala pening jalan pun tak stabil lagi tu. Bila ada kasut Scholl ni, teratur juga lah perancangan perjalanan nak kemana-mana. Hehehe.

Scholl-Collection-2013-3

 Scholl dari rangkaian Arch Support. Desiree – bernilai RM 208.

Scholl-Evon-Collection-2013

Scholl-Collection-2013-5

Scholl dari rangkaian Massage support. Evon RM 158 / RM 168 (bertali)

Saya telah menggunakan kasut Scholl selama 2 minggu lebih. Ke masjid, rumah saudara mara, rumah terbuka, membeli belah dan kemana sahaja dengan sandals dan loafers dari Scholl. Kaki tidak lenguh lagi dan selesa sepanjang hari. 🙂

Variasi kasut Scholl yang menarik perhatian saya. Lepas habis pantang, pasti saya akan beli. Hahahaha.

Scholl-Evonnia-Collection-2013

Scholl Arch Support. Evonnia – RM 280

Scholl-Collection-2013-6

Musim perayaan sekarang ni, pasti anda sibuk membuat persediaan untuk ke rumah terbuka dan mungkin menganjurkan rumah terbuka di rumah anda sendiri. Sudah pasti kita akan bergegas ke sana sini untuk menjalankan pelbagai urusan, seperti menghias rumah dan membeli-belah barangan keperluan makanan untuk rakan-rakan dan keluarga. Pada masa sama, sudah tentu anda ingin mendapatkan kasut tumit tinggi cantik menawan yang sudah diperhatikan sejak sekian lama bagi melengkapkan gaya penampilan diri yang baru!

Namun perlu diingat, apabila kita sibuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, kaki kita yang akan menanggung bebannya. Selepas banyak berjalan sepanjang hari untuk menjalankan pelbagai urusan termasuk membeli-belah, kaki pasti akan mula terasa lenguh dan sakit, terutama sekiranya kita bergerak dengan memakai kasut bertumit tinggi.

“Semakin ramai wanita pada hari ini yang mengalami masalah kaki seperti pembesaran tulang atau tisu di bahagian sendi ibu jari kaki (hallux valgus), sakit di bahagian depan tapak kaki (metatarsalgia) dan kecacatan kecil lain pada ibu jari kaki (lesser toes deformity), iaitu antara yang biasa berlaku. Selalunya, masalah ini terjadi disebabkan oleh pemakaian kasut yang tidak sesuai untuk jangka masa yang panjang, terutamanya kasut bertumit tinggi dan stileto. Kasut jenis ini mungkin kelihatan cantik dan bergaya, namun kenyataannya kebanyakan kasut itu tidak memberi sokongan secukupnya yang diperlukan kaki. Bagaimanapun, jika anda perlu juga memakai kasut bertumit tinggi, apa kata cuba tukar kasut yang mempunyai tumit sehingga lima inci kepada kasut yang bertumit lebih rendah dan lebar supaya kaki lebih stabil. Ataupun sarungkan terlebih dulu kasut yang lebih selesa dengan ketinggian tumit sekurang-kurangnya antara setengah hingga satu inci dalam perjalanan ke destinasi yang dituju, dengan membawa bersama stileto anda. Sebaik tiba ke destinasi untuk menyertai acara keraian yang diadakan, barulah tukar kepada kasut bertumit tinggi. Terdapat banyak jenis kasut yang bergaya di pasaran yang dapat memberi keselesaan serta sokongan yang cukup kepada kaki. Ingatlah bahawa kasut yang bergaya tidak semestinya kasut yang bertumit tinggi. Kaki adalah bahagian tubuh yang sangat penting dan kita perlu menjaganya sebaik mungkin,” kata Dr. Chua Yeok Pin, Pakar Bedah Ortopedik mengkhusus dalam pembedahan kaki dan buku lali, dan Pensyarah Kanan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Dalam membantu anda menjaga kaki dengan lebih baik, Scholl memperkenalkan Koleksi Kasut Musim Luruh/ Musim Sejuk 2013 yang menawarkan penyelesaian tepat kepada anda supaya dapat terus kelihatan bergaya dan pada masa sama menjaga kaki anda dengan baik sepanjang hari. 

Kenapa perlu memilih Scholl? Kerana ia menepati kepuasan dimana anda akan berasa selesa dan kaki sihat. 🙂

Scholl-Massage Scholl-ArchSupport Scholl-Memory-Cushion Scholl-Bioprint Scholl-SoleSupport Scholl-Gelactiv Scholl-Biomechanics Scholl-Starlit

Julai 2013 – Koleksi Musim Luruh / Sejuk Scholl

 Scholl-Eilina-Collection-2013

Eilina – RM 208  / RM 218 (bertali)

Dengan pelancaran rangkaian Eilina pada Julai ini, kaki anda boleh diumpamakan bagai berkenalan dengan rakan baik baru. Ini kerana dengan reka bentuknya yang kukuh, ia sangat selesa untuk dipakai dalam tempoh lama termasuk ketika melakukan aktiviti membeli-belah dalam membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi! Didatangkan dalam warna asas seperti beige, biru, perang dan hitam, membuatkan Eilina mudah dipadankan dengan pakaian anda. Tidak kira sama ada anda memilih gaya sarung atau bertali di bahagian belakang kaki, rangkaian ini akan tampak cantik dipadankan dengan skirt, seluar panjang, malah tetap cantik biarpun digayakan bersama gaun, menjadikan koleksi ini ideal sebagai keperluan utama pakaian anda pada musim perayaan ini.

September 2013 – Koleksi Musim Luruh Sejuk Scholl

Pada September pula, bagi mereka yang menyambut Hari Raya Haji pada bulan berikutnya atau sedang membuat persediaan untuk Deepavali, mereka boleh memilih kasut dari dua rangkaian Koleksi Kasut Musim Luruh/ Musim Sejuk 2013 – Eliza dan Edge.

Scholl-Eliza-Collection-2013

 Eliza – RM 198 / RM 218  (bertali)

Rangkaian Eliza yang memberi pilihan kasut tertutup atau terbuka di bahagian jari kaki mampu memberi keselesaan terbaik ketika anda menziarahi rakan-rakan dan keluarga di rumah mereka. Kasut yang terbuka di bahagian jari kaki itu menawarkan warna hitam, merah dan beige, manakala kasut sarung bertutup datang dalam warna coklat gelap, kelabu tua dan hitam. Anda juga boleh memilih kasut bertutup yang mempunyai tali dalam warna coklat gelap, merah atau hitam bagi menambah gaya menawan pada penampilan anda. Rekaan Eliza dilengkapkan dengan Arch Support, bagi memastikan mereka yang mempunyai tapak kaki rata, lemah atau lengkungan tapak kaki yang jatuh, mendapat sokongan sepanjang kasut disarungkan. Permukaan tapak kasut bagi rangkaian ini juga mampu membantu mengurangkan bebanan kaki, seterusnya membolehkan anda melawat sebanyak mana rumah yang dimahukan tanpa membuatkan kaki terasa penat atau lenguh.

Scholl-Edge-Collection-2013

Edge – RM 268

Koleksi kasut Edge menjadikan aktiviti membeli kasut untuk ahli keluarga lelaki menjadi lebih mudah. Ini kerana koleksi ini tampak kemas dan bergaya di majlis makan malam, sama ada si pemakai menggayakan jenis sarung atau yang bertali, dalam warna hitam, perang atau kelabu gelap. Malah koleksi ini mampu menjaga kaki anda dengan baik menerusi permukaan tapak kasut Massage. Tapak berkenaan mampu memperbaiki peredaran darah dan menghilangkan tekanan sambil pemakainya berjalan, beramah mesra dengan rakan dan bertemu kenalan baru.

Oktober 2013 – Koleksi Musim Luruh Sejuk Scholl

Scholl-Evelyn-Collection-2013

 Evelyn – RM 178 / RM 188 (bertali)

Mempersiapkan rumah untuk menyambut keraian juga bermakna anda perlu sering keluar berjalan untuk ke kedai perabot dan fabrik, selain menyinggah ke pasar raya untuk membeli barangan seperti makanan dan minuman. Oleh itu, sandal Evelyn dari Scholl yang diperkenalkan pada Oktober ini adalah pilihan tepat bagi menjaga kaki anda sepanjang kesibukan mencari barangan keperluan. Direka khusus bagi memudahkan pergerakan anda, sandal ini menawarkan pilihan jenis sarung atau bertali di bahagian belakang kaki dalam beberapa warna iaitu untuk kelabu, hitam, hijau, kuning, coklat dan krim. Malah pemakaian sandal ini seumpama bersenam kerana ia diperlengkapkan dengan permukaan tapak kasut Sole Support yang melatih dan membentuk otot jari kaki supaya mempunyai cengkaman lebih kuat ketika berjalan. Ia juga memberi sokongan tambahan kepada tulang metatarsal di bahagian lengkungan tapak kaki yang lemah supaya bahagian bola pada tapak kaki dilindungi dan tidak lenguh.

Scholl-Darren-Collection-2013

Darren 2 – RM 178

Jika aktiviti membeli–belah anda ditemani pasangan, tentu dia akan gembira dengan pengenalan rangkaian selipar Darren 2 yang datang dalam pilihan warna hitam dan kelabu gelap. Lengkap dengan permukaan tapak selipar Memory Cushion, ia mengikut  kontur kaki yang unik dan mampu kembali semula ke bentuk asal, sekali gus menawarkan keselesaan yang sama setiap kali selipar disarungkan. Anda juga tidak akan mendengar lagi rungutan pasangan yang mengadu kaki penat atau sakit!

November 2013 – Koleksi Musim Luruh Sejuk Scholl

 Scholl-Camelia-Collection-2013

Camelia 2 – RM 208 / RM 218 (bertali)

Pada November ini, rangkaian Camelia 2 dan Edison juga akan turut dilancarkan. Camelia 2 menawarkan pilihan lebih feminin, dengan motif bunga bagi kasut jenis sarung dan bertali di bahagian pergelangan kaki, sesuai buat mereka yang mahu kelihatan bergaya dengan kasut bertumit pada perayaan Deepavali. Didatangkan dalam pilihan warna pic, coklat gelap dan kelabu tua, ia boleh dipadankan dengan jenis pakaian berbeza termasuk skirt dan seluar, supaya penampilan anda lebih menonjol. Pada masa sama, kaki anda akan sentiasa berasa segar dan mendapat sokongan selesa sepanjang hari dengan permukaan tapak kasut Arch Support.

 Scholl-Edison-Collection-2013

Edison – RM 268

Siri Edison pula akan membuat ahli keluarga lelaki kelihatan lebih muda dan terkini dengan rekaan Velcro dan bertali dalam warna coklat dan hitam. Sambil pasangan anda membantu urusan yang dijalankan, tapak kaki dan kaki mendapat sokongan dan dilindungi daripada impak ketika berjalan, kerana rangkaian ini mendapat sentuhan permukaan tapak kaki Gelactiv yang mempunyai gel yang mampu menyerap hentakan.

Disember 2013 – Koleksi Musim Luruh Sejuk Scholl

 Scholl-Edelyn-Collection-2013

Edeline – RM 208 / RM 218 (bertali)

Tirai 2013 dilabuhkan dengan pengenalan rangkaian Edeline dan Festive Ladies dari Koleksi Kasut Musim Luruh Musim Sejuk Scholl 2013 pada Disember, bertepatan dengan sambutan Krismas. Kasut jenis wedge dari rangkaian Edeline yang turut dilengkapkan dengan Arch Support, menawarkan pilihan warna hitam, coklat, gabungan krim dan merah.

 Scholl-Festive-Ladies-Collection-2013

Festive Ladies – RM 198 – RM 228

Koleksi kasut bertumit Festive Ladies menawarkan sentuhan gaya yang anggun untuk menyerikan pakaian untuk menghadiri majlis tarian dan makan malam Krismas. Festive Ladies datang dalam pilihan terbuka di bahagian jari kaki. Ia turut diperindahkan dengan gabungan warna seperti hitam dan ungu muda, kelabu tua dan beige, hitam dan hitam klasik. Elemen feminin iaitu riben yang ditambah pada kasut membuatkan anda terasa seperti puteri ketika menari bersama pasangan tercinta.

Dengan pelancaran Koleksi Kasut Musim Luruh/ Musim Sejuk 2013, Scholl menawarkan pilihan bagi setiap perayaan yang bakal disambut. Biarpun anda tetap mengambil keputusan untuk memakai stileto ketika menghadiri acara istimewa, ingatlah anda perlu memiliki sekurang-kurangnya sepasang kasut Scholl yang bergaya dan membawanya bersama setiap masa. Jaga dan manjakan kaki anda ketika keluar membeli-belah bersama rakan-rakan dan keluarga atau ketika anda sibuk bergegas ke sana ke mari mendapatkan barangan keperluan bagi meraikan sambutan perayaan. Pakailah kasut yang sesuai dengan Scholl pada musim perayaan ini dan kaki anda juga pasti akan sukakannya!

Kasut Scholl boleh didapati di semua pasar raya utama dan butik Scholl di seluruh negara.

 https://www.facebook.com/SchollMalaysia

http://www.scholl.com

10 comments on “Selesa Beraya Bersama Scholl Dan Koleksi Terkini Scholl Musim Luruh / Sejuk 2013

  1. Pingback: Camelia Selamat Ulang Tahun - simungil mp3

  2. Pingback: rekaan rumah terkini – Reka Bentuk Rumah Site

  3. Noorliza

    Assalaamu’alaikum adik Ruby,
    Aunty nak tanya selain dari sunway pyramid di mana kah lg butik scholl? Letih aunty google tak jumpa. Ada tak butik scholl di city area kuala lumpur. Dengar kata di kl sentral ada tapi x tau di bangunan mana, dengan kaki yang sakit ni susah nak berjalan banyak. Cuba talipon ofis diglenmarie tak dapat pula. Pertolongan adik amat dihargai.
    Terima kasih ya.

    Reply
    1. Ruby Post author

      Salam akak Noorliza,

      Klang Valley

      Metrojaya The Curve
      Ground and 1st Floor,
      No.6, Jalan PJU 7/3,
      Mutiara Damansara,
      47800 Petaling Jaya.

      Aeon Rawang,
      No1, Persiaran Anggun,
      Aman Anggun, Kota Emerald,
      48000 Rawang, Selangor.

      Aeon Alpha Angle Shopping Centre,
      Jalan R1, Seksyen 1,
      Bandar Baru Wangsa Maju,
      53300 Kuala Lumpur

      Aeon Mid Valley Megamall,
      Unit AT3, Mid Valley City,
      Lingkaran Syed Putra,
      59200 Kuala Lumpur.

      Aeon 1 Utama Shopping Centre,
      Lot F125, First Floor,
      No.1, Leboh Bandar Utama,
      Damansara, 47800 Petaling Jaya.

      Aeon Cheras Selatan,
      Aras Satu, Lebuh Tun Hussien Onn,
      43200 Balakong, Selangor.

      Aeon Bukit Tinggi,
      No.1, Persiaran Batu Nilam 1/KS 6,
      Bandar Bukit Tinggi 2,
      41200 Klang, Selangor.

      Aeon AU2 Ampang,
      No. 6 Jalan Taman Setiawangsa,
      (Jalan 37/56) AU2,
      Taman Keramat, 54200
      Kuala Lumpur.

      Aeon Metro Prima,
      No.1 Jalan Metro Prima,
      Kepong, 52100 Kuala Lumpur.

      Aeon Bukit Raja,
      Persiaran Bukit Raja 2,
      Bandar Baru Klang,
      41150 Selangor Darul Ehsan.

      Aeon Rawang,
      No.1, Persiaran Anggun,
      Aman Aanggun, Kota Emerald,
      48000 Rawang,
      Selangor.

      Aeon Sunway Pyramid,
      Lot G1.22, LL1.26, LL2.21 & LL3.05,
      No.3 Jalan PJS 11/15,
      Bandar Sunway,
      46150 Petaling Jaya, Selangor.

      Sogo KL Departmental Store,
      Kompleks Pernas Sogo,
      190 Jalan Tuanku Abdul Rahman,
      50100 Kuala Lumpur.

      Isetan KLCC,
      Kuala Lumpur City Centre,
      50088 Kuala Lumpur.

      Isetan Bandar Utama
      1 Utama Shopping Centre,
      Lot G102,F101 & S101,
      1, Lebuh Bandar Utama,
      Bandar Utama City Centre,
      Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya,
      Selangor.

      Parkson The Mall,
      LG, G, 1st & 2nd, The Mall,
      100, Putra Place,
      Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur.

      Parkson 1Utama,
      Lot G320, F320 & S320,
      1 Utama Shopping Centre,
      Lebuh Bandar Utama,
      47800 Petaling Jaya,
      Selangor Darul Ehsan.

      Parkson Alamanda,
      Lot LG101A & G101,
      Alamanda Putrajaya Shopping Centre,
      Jalan Alamanda, Presint 1,
      62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan.

      Parkson Selayang Mall,
      LG-1st Floor Selayang Mall Shopping Centre,
      Jalan SU9, Taman Selayang Utama,
      68100 Batu Caves,
      Selangor.

      Parkson OUG,
      Ground, 1st, 2nd & 3rd Floor, OUG Plaza,
      Taman OUG, Jalan Mega,
      Off Jalan Klang Lama,
      58200 Kuala Lumpur.

      Parkson Sg Wang,
      LG, GF & 1st Floor, Sungei Wang Plaza,
      55100 Kuala Lumpur.

      Parkson Pavilion,
      Lot 3.54, 4.42, 5.41, 6.26 & 6.38A,
      Pavillion Kuala Lumpur,
      No. 168 Jalan Bukit Bintang,
      55100 Kuala Lumpur.

      Parkson KLCC,
      GF, 1st & 2nd Floor, Suria KLCC,
      Kuala Lumpur City Centre,
      50088 Kuala Lumpur.

      Parkson KL Festival City,
      Lot F01 & S01, KL Festival City,
      No. 67 Jalan Taman Ibu Kota,
      Taman Danau Kota,
      Setapak, 53300
      Kuala Lumpur.

      Parkson Setia City Mall
      UG-DS01 & L1-DS02, Setia City Mall
      No. 7, Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam,
      Seksyen U13, 40170 Shah Alam,
      Selangor Darul Ehsan.

      Aeon Taman Maluri Shopping Centre,
      Jalan Jejaka, Taman Maluri,
      Cheras, 55100 Kuala Lumpur.
      Tel: TBA

      Parkson Nu Sentral,
      Lot No. G1, C1, L1.01&L2.01, Lot 364, Jalan Tun Sambanthan Seksyen 72,
      50470 Brickfields, Kuala Lumpur.
      Tel: 016-2103866

      Reply
      1. Noorliza

        Terima kasih Ruby. Dah beli dah yg biomechanics di Nu sentral. Akak pun suffer from plantar fascitis. Biidznillah sembuhlah hendaknya soon.

        Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge