The Honda Hybrid Family Road Trip 2013

      6 Comments on The Honda Hybrid Family Road Trip 2013

Kereta Hybrid sememangnya mesra alam. Malah lebih jimat daripada kereta petrol yang sedia ada. Hmm.. Rasanya inilah kereta idaman kalbu. Hahaha. Jimat adalah perkara utama yang saya fikirkan di zaman inflasi sekarang ni.

Terima kasih kepada Honda Malaysia kerana memberi peluang untuk saya mencuba Honda CR-Z CVT selama 4 hari. Jumaat hingga Isnin, 23 – 26 Aug 2013. 26 Aug tu awal pagi dah hantar ke Honda Malaysia.  Walaupun kereta tersebut dipinjamkan sementara, pastinya penjagaannya sama seperti kereta peribadi sendiri. Kemas, bersih dan bersinar. Hehehe.

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-42

Perjalanan kali ini saya dan 5 orang rakan blogger (Cindy, Fish, Yvonne, Shahroll, Ladfe) akan memandu pelbagai kereta Honda Hybrid dari siri Jazz, Civic, Stream atau CR-Z. Pilihan kami adalah CR-Z Manual, CR-Z CVT dan Civic. Satu kereta dua orang blogger, tiap dari kami berpeluang memandu ke Melaka iaitu lokasi The Honda Hybrid Family Road Trip 2013 Dataran Pahlawan, Melaka.

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-25

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-23

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-41

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-24

Sebagai permulaan perjalanan pastinya petrol menjadi persoalan. Berapa ringgit diperlukan untuk penuhkan tangki minyak Honda CR-Z CVT. Sewaktu di The Honda Hybrid Family Road Trip 2013 Dataran Pahlawan, Melaka saya berkesempatan bertanya beberapa informasi berkenaan kereta Honda CR-Z CVT yang saya pandu. Saya bertanya kepada En Jenson Boh selaku Sales Advisor. Petrol untuk Honda CR-Z CVT hanya perlu RM 70 untuk penuh dan menggunakan RON 95 atau RON 97. Perbezaan petrol akan dirasai jika kita ingin memecut. Penggunaan petrol hanya digunakan ketika itu. Jika anda memandu secara normal, hybrid akan digunakan. Jadi, memang jimat petrol. 🙂

Kereta yang saya pandu adalah Honda CR-Z CVT (Continuously Variable Transmission) Hybrid. Ia adalah Kereta Sport PERTAMA menggunakan Hybrid. 

CVT bermaksud “transmisi boleh ubah berterusan” (CVT) adalah penghantaran yang boleh menukar steplessly melalui nombor hingga nisbah gear berkesan diantara nilai maksimum dan minimum. Ini berbeza dengan penghantaran mekanikal lain yang menawarkan nombor tetap kepada nisbah gear. Fleksibiliti CVT membolehkan shaft input untuk mengekalkan had laju sudut malar dalam julat had laju output.

CVT boleh menyediakan bahan api ekonomi yang lebih baik daripada transmisi lain dengan membolehkan enjin dijalankan pada revolusi yang paling berkesan per minit (RPM) untuk pelbagai kelajuan kenderaan. Ia juga boleh digunakan untuk membina sebuah kinetik sistem pemulihan tenaga.

 

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-15

Soalan Lazim Mengenai Bateri Hybrid Honda

Adakah bateri Honda Hybrid mempunyai sebarang jaminan? Dan adakah polisi insurans saya melindungi bateri Honda Hybrid?

Bateri Honda Hybrid kini dengan 8 tahun jaminan tanpa had perbatuan, menjadikan Honda satu-satunya syarikat yang menawarkan tempoh jaminan paling lama di Malaysia. Jika berlaku kemalangan, ia akan dilindungi sama seperti kereta petrol yang lain.

Motor Elektrik? Di mana pula saya boleh mendapatkan palam tenaga untuk mengecasnya?

Ia tidak memerlukan palam tenaga. Bateri Honda Hybrid yang menjana motor elektrik memiliki cas sendiri setiap kali anda menekan brek ketika memandu.

Soalan Lazim Tentang Penyenggaraan

Benarkah teknologi baru ini sangat mahal untuk diselenggarakan. Bagaimana dengan Honda Hybrid?

Penyenggaraan Honda Hybrid tiada bezanya dengan kereta petrol biasa. Perbezaan kos penyelenggaraan antara Honda Hybrid dengan kereta petrol adalah sekitar RM 390.

Adakah terdapat sebarang prosedur penyelenggaraan tambahan bagi Honda Hybrid? Adakah ia mengambil masa yang lama untuk diservis?

Honda Hybrid memerlukan prosedur penyelenggaraan dan masa servis yang sama seperti kereta petrol yang lain.

Adakah saya perlu pergi jauh ke pusat servis pakar untuk servis Honda Hybrid saya?

Tidak perlu kerana terdapat 60 Pusar Servis Sah Honda Malaysia di seluruh negara. Anda boleh mengunjungi pusat yang berhampiran anda.

Soalan Umum Mengenai Honda Hybrid

Bagaimana kereta Honda Hybrid dikuasai?

Enjin i-VTEC Honda Hybrid dibantu dengan penguasaan motor elektrik (IMA) untuk menghasilkan kuasa yang luar biasa.

Apakah kelebihan utama Honda Hybrid berbanding kereta Hybrid lain?

Sistem Honda Hybrid adalah ringkas dan menjimatkan petrol. Fungsi eco-scoring yang terdapat di dalam kereta Honda Hybrid dapat membantu anda memandu dengan cara yang lebih interaktif dan menyeronokkan.

Adakah Honda Hybrid terpaksa berkompromi dari segi ruang untuk menempatkan bateri Hybrid?

Tidak, bateri Hybrid sebenarnya sangat ringan dan padat.

Bagaimana prestasi kereta ini semasa mendaki bukit untuk tempoh yang lama memandangkan ia tidak sempat untuk mengecas?

Enjin petrol akan mengawal sepenuhnya sama seperti mana kereta lain.

 

Diantara aktiviti yang diadakan di The Honda Hybrid Family Road Trip 2013 Dataran Pahlawan Melaka bagi membuka minda anda semua adalah bagaimana Honda Hybrid dilaksanakan. 🙂

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-28

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-27

Bagaimana Hybrid dilaksanakan? Kayuh basikal selaju mungkin sehingga lampu menyala. Susah juga hybrid ni buat kerja untuk kesenangan manusia. Saya pun tak mampu kayuh laju-laju. hahahaha.

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-12

Pemanduan secara Hybrid anda boleh praktis disini. Mula-mula agak sukar juga, sebab tiada stereng kereta. hahaha. Tapi bila dah terrer saya masih main-main lagi disini. hehehe.

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-13

Permainan interaktif dan informasi berkenaan Honda Hybrid

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-14

Dark Room yang memaparkan video berkenaan Honda Hybrid.

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-16

Ruang jualan dan pemasaran berkenaan kereta Honda Hybrid. Untuk bertanya soalan berkenaan kereta pun mereka boleh terangkan. Jangan takut. Walaupun anda tidak membeli lagi, tetapi informasi berkenaan Hybrid anda perlu tahu agar tidak ketinggalan zaman, 🙂

Selain daripada itu, aktiviti seperti Kids Zone, Jualan barangan aksesori tulin Honda dan pandu uji kereta Honda Hybrid Jazz, Civic, Stream dan CR-Z juga turut ada sepanjang dua hari The Honda Hybrid Family Road Trip 2013.

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-17

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-18

Jika ke Melaka, tidak sah kalau tidak melawat kawasan bersejarah. Hehehe. Bila lagi nak cuba Honda CR-Z CVT Hybrid di kawasan terpencil begini. Saya dan Shahroll ke Perkampungan Hang Tuah di Kampung Duyong, Masjid Selat, Jonker Walk, Bukit Rambai dan Klebang.

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-36

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-35

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-34

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-32

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-31

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-37

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-33

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-38

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-30

Selama dua hari di Melaka, sememangnya saat manis kerana dapat memandu buat pertama kali kereta Honda, Hybrid dan Sport. Hehehe. Jiwa muda!

Rasanya setelah menerima amanah untuk memandu kereta Honda CR-Z CVT Hybrid ni tidak salahnya saya menjaga ia sebaik mungkin. Hari Ahad setelah pulang dari Melaka saya terus hantar CR-Z ke car wash. Hehehe. Al maklumlah suka tengok Milano Red berseri. Hehehe.

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-40

The-Honda-Hybrid-Family-Road-Trip-2013-Melaka-39

Terima kasih kepada Honda Malaysia dan Manoah Consulting kerana memberi peluang kepada saya untuk memandu kereta mewah bernilai RM 123 ribu ini. Awesome!

Untuk tatapan anda semua, video Honda CR-Z Hybrid. Kasi geram sikit nak pandu uji. hehehee.

Anda ingin ketahui banyak lagi informasi berkenaan Honda Hybrid dan ingin mencuba pandu uji kereta Honda Hybrid seperti CR-Z, Civic, Jazz atau Stream? Jom ke The Honda Hybrid Family Road Trip 2013. Road Trip seterusnya adalah seperti berikut :

Honda Honda3

Anda ingin pandu uji Kereta Honda Hybrid? Jom isi butiran peribadi anda Facebook Honda Malaysia. Bagi anda yang terpilih akan dimaklumkan!

www.facebook.com/hondamalaysia

www.facebook.com/hondamalaysia/app_683363935026774

www.honda.com.my

www.hybrid.honda.com.my

Jumpa anda di Johor pada hujung minggu ini!

6 comments on “The Honda Hybrid Family Road Trip 2013

    1. Rabiatul Adawiyah Post author

      Hafiz Rahim > Seronok! Hahahaha! Actually risau juga bawa kereta tu waktu mengandung kan. Kot ter-speeding nak berlumba ke kan. Hahahaha.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge