Avon You Make It Beautiful Road Tour

      1 Comment on Avon You Make It Beautiful Road Tour

Jenama kosmetik Avon sememangnya terkenal dari dulu lagi. Seingat saya, ibu saya juga turut membeli produk Avon dari masa saya kecil. Paling diminati adalah rangkaian perfume Avon. Setiap kali risalah jualan dihantar ke rumah, pasti saya turut membelek-belek bahagian kosmetik. Hehehe. Sehinggakan Duta Avon saban tahun bertukar-tukar pun saya tahu. Hehehe. Erra Fazira, Nasha Aziz, Fazura, Soo Wincci, Neelofa, Scha Al-Yahya, Nurul Shuhada, Dynas, Rozita Che Wan dan ramai lagi artis tanahair.

Kini Avon Malaysia tampil dengan rangkaian kosmetik terbaru iaitu lipstick, lip gloss, eye shadow dan lips & eye liner. Terdiri dari rona-rona baru yang ekspresif, dengan ramuan berinovatif dan penemuan teknologi terunggul yang membenarkan anda menyerlahkan sentuhan kreatif tersendiri bagi penampilan unik mempersona.

Avon-Ultra-Color-Rich-Lipstick

 Ultra Color Rich Lipstick – RM 21.90  Semenanjung Malaysia / 25.20 Sabah & Sarawak (Harga Pengenalan)

Teknologi Pure Revealing dan pigmen memperbaharui sendiri memberi warna terang yang kekal sejati. Ia menutrisi bibir dengan Shea Butter, Minyak Omega, Beri Arktik dan Vitamin E yang menjadikan bibir licin dan lembap serta-merta. Direka untuk pelbagai rona kulit.  16 rona baru dalam bekas elegan dengan tetingkap jernih yang memudahkan anda melihat rona semua gincu anda sekilas pandang!

16 Rona Ultra Color Rich Lipstick. Twinkle Pink, Knockout Pink, Berry Bright, Dream Fuschia, Damure, Berry Berry Nice, Hot Pink, Cherry Jubilee, Frozen Rose, Carnation, Spiced Apricot, Hibiscus, Pink Dream, Cherry Rush, Wine With Everything dan Blush Nude. Tetapi saya mencuba 4 warna iaitu Berry Bright, Twinkle Pink, Demure dan Cherry Rush.

Avon-Ultra-Color-Rich-Lipstick-DIY

Cantik tak? Saya suka warna Berry Bright tu, sebab nampak macam doll! Hehehe.

Avon-Ultra-Glazewear-Lip-Gloss

Ultra Glazewear Lip Gloss – RM 18.90  Semenanjung Malaysia / 21.75 Sabah & Sarawak (Harga Pengenalan)

Teknologi Pure Revealing dan pigmen memperbaharui sendiri meluncurkan kilauan tinggi berona mewah berserta kebaikan formula melembap yang sama dengan gincu kami. Tersedia dalam bekas moden dengan 8 rona berkemasan krim, kilau dan sinar. Candy Pink, Mauve Movement, Tangerine Glam, Coral Reef, Cherry Liquer, Plum Pretty, Rich Raspberry dan Fiery Red.

Avon-True-Color-Eye-Shadow-Quad

True Color Eye Shadow Quad – 27.90 Semenanjung Malaysia / 32.10 Sabah & Sarawak

Warnakan mengikut nombor! Quad dengan Teknologi Pure Revealing memberi warna mewah berpigmen tinggi yang kekal sejati di mata seperti di palet. Warna kekal tulen, tanpa retak atau merekah di mata. 6 quad baru dalam bekas rekaan terkini dengan langkah penggayaan bernombor. Purple Pop, Metal Eyes, Urban Skyline, Jeans, Vibrant Spice, Pastel Sweets.

Avon-Glimmersticks-Lip-And-Eye-Liner

Ultra Glimmersticks Lip & Eye Liner – RM 12.90 Semenanjung Malaysia / 14.85 Sabah & Sarawak (Harga Pengenalan)

p/s : Beli 2 RM 20 jer!!

Menggaris dengan warna kekal sejati. Gayakan bersama solekan terang atau lembut tanpa masalah comot atau berkeping. Tersedia dalam 4 rona. Blackened Night, Starlight Blue, Silver Eclipse, Purple Haze.

Ingin mencuba koleksi kosmetk terkini Avon seperti diatas? Jom kita ramai-ramai ke Avon You Make It Beautiful Road Tour Beauty Mobile Truck. 🙂

Dengan setiap pembelian barangan Avon bernilai RM 50 keatas, anda layak mendapat FREE makeover dari juru solek profesional Avon.

Lokasi Avon You Make It Beautiful Road Tour Beauty Mobile Truck akan berada di lokasi berikut bermula pada jam 11am – 8pm :

05 Sept 2013 – INTI International University, Nilai

07 Sept 2013 – Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.

08 Sept 2013 – East Cost Mall, Kuantan

12 Sept 2013 – University Technology Malaysia (UTM), Skudai

14 Sept 2013 – Plaza Angsana, Johor Bahru

21 Sept 2013 – KB Mall, Kota Baru, Kelantan

26 Sept 2013 – INTI International College, Penang

28 Sept 2013 – Penang Times Square

 

https://www.facebook.com/AvonMy

http://www.my.avon.com/

http://twitter.com/AvonMalaysia

http://instagram.com/AvonMY

1 comment on “Avon You Make It Beautiful Road Tour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge