Pregnancy 101 : Kencing Manis Semasa Hamil Atau Diabetis Gestasi

Kehamilan memang sangat teruja bagi semua pasangan suami isteri. Dalam kita nak cahaya mata, kita tidak pernah terfikir apa yang seluruh badan seseorang wanita akan lalui. Dari mata kasar, ia nampak comel, seronok malah ada yang mencemburui apabila melihat wanita sekeliling anda mengandung. Sedarlah wahai manusia, walau cepat atau lambat anda hamil pasti ada hikmahnya. Allah s.w.t maha mengetahui. Dan hanya anda suami isteri sahaja tahu bila waktu yang sesuai untuk hamil, mungkin ketika kewangan stabil? Ada juga yang kewangan stabil tetapi masih tidak dikurniakan cahaya mata tetapi rezeki melimpah-limpah Allah s.w.t. Bersyukurlah. Jom selami cerita “Kencing Manis Semasa Hamil Atau Diabetis Gestasi.”

Accu-Chek

Pregnancy 101 : Kencing Manis Semasa Hamil Atau Diabetis Gestasi Pregnancy 101 : Kencing Manis Semasa Hamil Atau Diabetis Gestasi Pregnancy 101 : Kencing Manis Semasa Hamil Atau Diabetis Gestasi

Saya tidak menyangka bahawa saya akan menghidap kencing manis sewaktu mengandung. Saya seorang yang aktif dan menjaga pemakanan. Malam tidak makan, minum air kosong bergelen-gelen. Tetapi saya terlupa bahawa saya sedang hamil. Saya terlupa untuk double up minum air kosong. Semuuanya bermula ketika ujian Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak (KKIA). Malam berpuasa dan paginya ambil darah, kemudian minum air gula satu cawan.

Selepas dua jam, saya ambil darah dan keputusannya tidak memberangsangkan. Keputusan jam 8pg adalah 6.0 dan jam 10 pg adalah 15. Terus Nurse suruh datang keesokan hari untuk Blood Sugar Profile (BSP). Nak cerita berkenaan BSP pun dah takut. Hmmm. Pada hari buat BSP di KKIA seperti biasa anda perlu berpuasa. Jam 8pg check BSP yang guna portable diabetes test tu je. Kemudian saya pergi sarapan dan kembali jam 10pg untuk check second BSP pula. Keputusan BSP juga tidak memberangsangkan. Keputusan jam 8pg adalah 6.7 dan jam 10 pg adalah 7.8. Nurse terus bawa saya kepada doktor yang sedang bertugas dan makanya doktor sign surat untuk transfer ke hospital. Aduyai!

Di hospital pula saya diberi tarikh baru iaitu pada hari Ahad 1 sept 2013, BSP dilakukan pada jam 8pg, 12tgh, 6pm dan 10pm. Ambil darah 1 botol kecik tu, cucuk jarum dekat lengan tu. Hukhukhuk. Bengkak juga la bahagian tu. 2 cucuk lengan kanan, 2 cucuk lengan kiri. Hari isnin 2 Sept 2013 appointment doktor untuk keputusan darah tu. 8pg – 6.7, 12tgh – 5.7, 6pm – 6.2 dan 10pm – 5.3. Hukhukhuk. Kenapa tak turun-turun lagi ni. Seram pula. Doktor bagi saya 2 minggu untuk kawal gula dan jumpa pakar dietitian. Kalau gula pada awal pagi selepas berpuasa masih 6.7 saya akan diajar cara cucuk insulin dengan sendirinya dan X-RAY buah pinggang. Huwaa.. Seram betul.

Next BSP 15 Sept 2013 dan appointment doktor untuk result pada 17 Sept 2013. Semoga diet ku berjalan lancar dan keputusan darah 5.3 pada 8pg,12tgh, 6pm dan 10pm. Sebab kalau darah kita stabil macam ni, baby sihat dan tidak terkejut kejap darah manis, kejap kurang gula. So doktor nak normal. 🙂 Diet saya selama 2 minggu ni mihun sup, biskut kering cicah susu, makan cincau tube, timun jepun dan air kosong bergelen-gelen. Biar kencing banyak agar proses buah pinggang lancar. 🙂 Doakan semuanya baik-baik ya wahai rakan-rakan sekalian. 🙂

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 thoughts on “Pregnancy 101 : Kencing Manis Semasa Hamil Atau Diabetis Gestasi

    Nisa

    (September 24, 2013 - 11:09 pm)

    You’re now doing the very best you possibly can for you and for your baby. Make sure you keep looking after your sugar/carb intake (consume foods that would not spike), take a good quality of prenatal vitamin with the fish oil supplement, and a prescribed dose of folic acid. Please let us know how you’re getting on.

    KiD

    (September 10, 2013 - 11:14 pm)

    ruby kena jaga pemakanan yea.. ikut cakap doktor.. jangan lupa makan ubat.. 🙂
    KiD´s last blog post ..The New Ford Fiesta hitz.fm Birthday Invasion LIVE ConcertMy Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (September 19, 2013 - 1:51 pm)

      Kid > Baik bosss!!!

    Kujie

    (September 10, 2013 - 9:26 pm)

    kencing manis waktu mengandung ni kena hati2 sangat.. kita kadang2 tak pasti makanan yang kita makan tu sebab gula datang bukan dalam bentuk ‘gula’ yang kita kenal tu… dalam nasi pun ada.
    Kujie´s last blog post ..Beli Grafik Tablet Di LazadaMy Profile

    MrJocko

    (September 10, 2013 - 9:17 pm)

    sib baik wife Jocko blum ada tanda 2 kencing manis etc
    MrJocko´s last blog post ..Peluang Makan PERCUMA Di Tony Roma MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.