Penjagaan Bahagian Intim Wanita

      2 Ulasan pada Penjagaan Bahagian Intim Wanita

Hari ini saya ingin berkongsi tentang ilmu kesihatan wanita. Hehehehe. Setelah anda akil baligh, anda akan digelar sebagai wanita. Ia mengangkat martabat dan memberi anda lagi satu tanggungjawab besar.

Bahagian V adalah lebih sensitif dari bahagian badan yang lain dan ia perlu penjagaan rapi. Percayalah jika anda menjaga ia dari awal, pasti anda tidak akan mengalami masalah kegatalan, keputihan dan bakteria. Kalau muka anda cantik mekap dan pakaian ikut fashion hijabista tetapi bahagian V urggghhhhh berbau, memang tidak sesuai okay.

Bahagian V juga tempat anda melahirkan anak, ia adalah penjagaan sepanjang hidup. Dari Akil Baligh, remaja, isteri, emak, nenek dan sampai anda digolongkan dalam kategori Menopause. Kerana anda hanya mempunyai satu rahim, jika bahagian V sudah terkena infeksi bagaimana anda ingin menghasilkan waktu intim yang sihat.

Kebiasaannya pada zaman sekolah, waktu mula-mula datang haid memang senyap seribu bahasa. Nak bertanya banyak soalan dengan mak pun segan. Masa tahun 2000 dulu internet tidak meluas lagi, nak Yahoo berkenaan V pun tak pandai. Hahaha. Zaman Yahoo top top dulu kalau cari apa-apa keyword kena bahasa inggeris okay. Nak Yahoo! “Vagina Daily Care and type of soap” pun tak jumpa tau. Kalau ada pun senarai jenama produk penjagaan bahagian V, ia tidak dijual di Malaysia lagi. Hahaha.

Kemudian tahun 2002 nasib baik la di sekolah ada demo produk tuala wanita dari macam-macam jenama. Ingatkan bila dah akil baligh hanya pakai tuala wanita je la. Asalkan tidak bocor je la dalam fikiran. Sebab itu je yang tahu. Hahaha. Bila waktu bahagian V kegatalan ketika haid, saya kerap cuci dengan sabun buku lepas tu lap, kemudian pakai tuala wanita yang baru.. baru lah selesa. Tapi bila kerap buat macam tu, terfikir pula dekat Malaysia ini tiada ke sabun bahagian V tu. Rambut kita yang panjang mengurai di kepala ini pun ada pelbagai jenis shampoo. Pencuci muka pun banyak. Kenapa bahagian V kurang produk penjagaan V? Sebab tu la wujudnya petua orang zaman dulu, jaga bahagian V guna air suam sahaja la dan sebagainya.

Permulaan saya mengetahui penjagaan V adalah ketika saya melangkah masuk ke farmasi dengan mak. Masa tu mak dah mula suruh pergi beli tuala wanita sendiri. Tapi ibarat beli sama-sama la. Hahaha. Masa tu la ada jurujual Lactacyd. Seriously satu apa dia terangkan pasal pH saya tidak faham. Yang pasti kat sekolah saya tahu bahagian V perlukan tahap “acidic” yang rendah. Bila jurujual tu cakap Lactacyd mempunyai pH seimbang untuk bahagian V. Makanya terus la saya beli! Hahaha. Dulu Lactacyd bungkusan lama. Saya kongsi gunakan Lactacyd dengan mak saya. Jimat!

Lactacyd-3

Tahukah anda ada dikalangan ahli keluarga kita tidak mengetahui cara penjagaan bahagian V. Sehingga sekarang masih ada yang membasuh bahagian V dengan shower gel la, sabun buku la. Walau sewangi mana sabun anda, jika ia tidak memiliki pH yang sesuai, pasti anda apat rasakan sesuatu di bahagian V anda. Kegatalan, Pedih celah kelengkang, kulit menjadi kehitaman dan macam-macam lagi.

Penjagaan bahagian V tidak tertakluk pada waktu datang haid sahaja, setiap hari sewaktu mandi juga anda perlu membersihkan bahagian V dengan sabun yang sesuai. Saya syorkan Lactacyd, saya sudah gunakannya dari zaman anak dara sehingga sudah berumah tangga. Waktu sudah menjadi isteri, dan kini lagi la sedang hamil.

Penjagaan bahagian V memang menjadi rutin harian sama seperi saya mencuci muka. Kekerapan buang air kecil dan pemakaian panty liner juga menyebabkan ketidakselesaan. Biasakan diri bawa Lactacyd Daily Feminine Wipes agar jika anda berada di tandas awam anda tidak perlu risau ketiadaan tisu. Yelah, faham-faham la tandas dekat Malaysia ni. Hehehehe.

Lactacyd-1

 Lactacyd Daily Feminine Wipes – RM 4.90 (10 wipes )

Kini Lactacyd mempunyai bungkusan baru yang lebih feminin. Terdapat 5 rangkaian Lactacyd yang pasti mengikut kesesuaian bahagian V anda. Baca betul-betul produk dan semak balik diri anda. Penjagaan yang bagaimana anda perlukan dan sebagainya. Jangan risau jika anda segan ingin membelek Lactacyd di farmasi, anda boleh ke http://www.lactacyd.com.my/love-your-v/ask-the-specialists

Video pendidikan yang comel dari Lactacyd Malaysia.

Love Your V

Lactacyd-2

Maklumat tentang Lactacyd:

1. Lactacyd dibuat dari bahan-bahan semulajadi – asid laktik dan lactoserum,

2. Diuji selamat dan sesuai untuk kulit sensitif oleh Pakar Dermatologi

3. Lactacyd adalah jenama penjagaan kebersihan wanita nombor 1 di Malaysia dan di seluruh dunia.

4. Ia amat disyorkan oleh doktor dan dipercayai oleh wanita di seluruh dunia selama lebih 25 tahun dan terbukti secara klinikal untuk menyediakan penjagaan halus serta perlindungan daripada bau dan kerengsaan dengan pembersihan setiap hari.

5. Lactacyd feminin wash mempunyai 5 pilihan – White Intimate, Revitalize, Nourish, Lasting Freshness dan pH3.5 – dengan pelbagai manfaat dan juga dalam bentuk feminine wipes untuk menyediakan kesegaran bila-bila masa diperlukan.

Lactacyd-White-Intimate

Lactacyd White Intimate – RM 9.90 (60ml) / RM 25.90 (250ml)

Lactacyd-Pro-Balance

 Lactacyd pH 3.5 – RM9.30 (60ml) / RM24.70 (250ml)

Pilihan saya adalah Lactacyd pH 3.5 yang ini. 🙂

Lactacyd-Lasting-Freshness

Lactacyd Lasting Freshness – RM9.30 (60ml)  / RM24.70 (250ml)

Lactacyd-Nourish

Lactacyd Nourish – RM 24.70 (250ml)

Lactacyd-Revitalize

Lactacyd Revitalize – RM 9.90 (60ml) / RM 25.90 (250ml) 

Sebagai pembeli, jika anda berperangai seperti saya yang lebih suka mencuba sebelum membeli sesuatu produk, apa kata anda dapatkan sampel percuma semua jenis rangkain Lactacy agar anda boleh rasa sendiri perbezaan tiap rangkaian Lactacyd dan dalam masa yang sama mencari kesesuai Lactacyd untuk bahagian V anda. 🙂

Saya terbaca di blog kathyjem bagaimana beliau mendapatkan sampel Lactacyd percuma dan saya ingin berkongsi dengan anda semua juga! Jom mendaftar sebagai ahli VIP dan nikmati semua ganjaran dan hadiah PERCUMA hanya dengan klik pada pautan ini www.lactacyd.com.my

Jom jadi ahli Lactcyd VIP Club dengan semudah 1, 2, 3. Hehehe. 

1. Layari http://www.lactacyd.com.my

1. Layari http://www.lactacyd.com.my

2. Isikan butiran peribadi anda

2. Isikan butiran peribadi anda

3. Email pengesahan dihantar

3. Email pengesahan dihantar

4. Sahkan email anda dengan klik link yang diberikan

4. Sahkan email anda dengan klik link yang diberikan

5. Masuk email dan password untuk ke ruang VIP Club

5. Masuk email dan password untuk ke ruang VIP Club

6. Ingin redeem sampel percuma? Klik link seperti diatas.

6. Ingin redeem sampel percuma? Klik link seperti diatas.

7. Isikan butiran peribadi seperti alamat surat menyurat

7. Isikan butiran peribadi seperti alamat surat menyurat

8. Selesai isi butiran peribadi sila klik Redeem ya!

8. Selesai isi butiran peribadi sila klik Redeem ya!

9. Klik Grab Now!

9. Klik Grab Now!

10. Selesai! Nantikan sampel Lactacyd di peti surat anda. :)

10. Selesai! Nantikan sampel Lactacyd di peti surat anda. 🙂

Lactacyd ‘Love Your V’ VIP Club:

MY: http://www.lactacyd.com.my/Ruby

Lactacyd ‘Love Your V’ Facebook:

https://www.facebook.com/LactacydloveyourV

2 comments on “Penjagaan Bahagian Intim Wanita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge