Perkhidmatan Perantauan DiGi

Digi bukanlah syarikat telco yang asing bagi kita semua, malah ia syarikat komunikasi yang menyediakan servis seperti talian dalam negara, luar negara, internet dan broadband. Ia juga membawa Malaysia ke arah pembangunan yang bersifat siber. DiGi Roaming Digi menawarkan Pakej Roaming atau dalam bahasa melayunya Pakej Perantauan yang menawarkan perkhidmatan tersebut bagi pelanggan DiGi yang berada di luar negara. Ramai pengguna servs Roaming terkejut melihat bil melambung tinggi apabila membuat panggilan, sms atau data internet dari luar negara, sekarang anda tidak perlu risau. Anda boleh menikmati kadar perantauan internet dari DiGi tanpa had melalui telefon mudah alih, laptop dan juga tablet dengan maksimum kapasiti serendah Rm 32 sehari.

Butir-butiran promosi adalah seperti berikut:

  • penggunaan data sebanyak 3MB dan ke atas akan di caskan dengan secara purata  sebanyak mengikut had sehari sebanyak Rm32, Rm 36 atau Rm 56 sehari.

  • Bagi penggunaan data yang kurang daripada 3MB akan dicaskan di kadar Rm 10.66/MB dengan 10kb cas blok sebanyak Rm 32/hari, manakala Rm 12/MB dengan 10kb cas blok dengan Rm 36/hari dan Rm 18.66/ MB dengan cas blok dengan Rm 56/hari.

Bagi pengguna tegar sosial media seperti saya, senang untuk berkongsi status dan gambar di Facebook, Instagram, Whatsapp dan kemaskini blog secara LIVE ketika saya bercuti ke luar negara. Penggunaan data melalui Google map juga rendah, senang untuk anda mencari maklumat sesuatu lokasi dan arah tuju tempat tertentu. Mungkin mencari lokasi hotel? Jika anda seorang pengembara solo. Peta online begini amat membantu selain bertanya dengan penduduk tempatan.

Aktifkan DiGi Roaming : 1. Lawati laman sesawang DiGi Pengguna Postpaid : http://new.digi.com.my/Page/plan_service/default/unlimited_internet_roaming_main Pengguna Prepaid : http://new.digi.com.my/Page/plan_service/default/prepaid_internet_roaming_main 2. Semak negara yang anda ingin lawati. Mungkin ada di dalam senarai, mungkin tidak. Sebagai contoh saya ingin bercuti ke Italy. Operator saya adalah dari TIM. 3. Bagi pelanggan DiGi Postpaid pastikan anda tiada bil tunggakan sebelum ke luar negara, nanti anda tidak dapat menggunakan perkhidmatan DiGi Roaming dengan lebih efisen. Manakala bagi pelanggan DiGi Prepaid pastikan anda mempunyai baki minimum RM 10 sebelum ke luar negara.

Kini, aktiviti perlancongan anda tidak menjadi masalah untuk berkongsi segala aktiviti anda di luar negara. Penggunaan data semasa di perantaun lebih murah serta lebih efisien dan yang paling penting adalah murah. Untuk lebih info tips dari DiGi, silalah ke laman sesawang Digi.com.my/roaming

1 thought on “Perkhidmatan Perantauan DiGi”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.