Fly And Drive Malaysia Tourism Hunt 2013 – Johor

| |

Bermulalah hari yang panjang dan tugasan yang bewarna warni. Di Negeri Johor kami berada selama tiga hari disini. 26 Sept – 28 Sept 2013. Dari Muar -> Kluang -> Nusajaya -> Johor Bahru.

Pada 26 Sept 2013 destinasi kami adalah ke Muar, Johor. Disini kami mulakan hari dengan Scavenger dan Food Hunt! Dalam kepala saya dah teringin nak rasa Mee Bandung Muar, apa bezanya dengan Mee Bandung di Kuala Lumpur.

Kami bertolak seawal jam 9 pagi dari Menara Taming Sari, Melaka ke Muar, Johor. Perjalanan di anggarkan lebih kurang 1 jam setengah memandangkan cuaca ketika itu hujan lebat. Sebelum hujan lebat, sempat juga lah saya dan kumpulan Chibi Chibi One bergambar.

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-4

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-20

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-1

Ini pula gambar iklan. Terima kasih kepada penaja iaitu Maxis dan Touch n GO! Weeeee!!

Dari kiri (bahagian hadapan) Kak Suliati, Kak Anna, Kak Marini, Kid, Ruby
Dari kiri (bahagian belakang) Eka, Edgar, Fufu

Muar..

Ketibaan kami di Muar, Johor disambut meriah dan kami dihidangkan dengan mee goreng dan sambal sotong kering. Pergghhh sedap sangat. Lembut pula tu sotongnya. Kebiasaanya makan di KL keras macam getah. Makanan dah sedap macam ni, makanya Malaysia Tourism Hunt 2013 di Muar semestinya yang terbaik!

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-11

Antara tugasan di Muar adalah Scavenger Hunt dan Food Hunt. Scavenger hunt yang perlu kami cari adalah makanan tradisional seperti Deram, Rempeyek, Cakar Ayam dan Jengkol. Hahaha!

Lepas tu untuk photo hunt kena ambil gambar gambar melompat, gambar bersama penduduk tempatan dan gambar depan landmark kecik2 tu.

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-14

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-13

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-12

Food Hunt yang pertama adalah minum kopi ‘o’ 1 gelas seorang dan selepas selesai minum ambil gambar berempat. Gigih minum cepat-cepat. Anyway kopi  ‘o’ kedai 434 ni memang sedap la kopi ‘o’ dia.

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-15

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-3

Eka memang terkenal dengan tidak boleh menghabiskan minuman atau makanan cepat-cepat.. So ahli kumpulan boleh bantu. Hehehehe. Sebenarnya ruby agak memilih juga bila minum kopi ni. Hanya 1 brand je ruby minum iaitu Aik Cheong Kopi. Sekarang dah ada dua lah nampaknya pilihan kopi kegemaran. Kopi 434 dah masuk dalam list! Terima kasih MTH 2013 kerana memberi peluang rasa kopi sedaapp..

https://www.facebook.com/saikee434

http://www.kopi434.com

Seterusnya kami berjalan dan berjalan sampai ke pasar basah Muar. Mencari gambar yang perlu diambil bersama-sama dalam pelbagai gaya. Hehehe.

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-10

Food Hunt seterusnya ke lokasi kedai Mee Bandung Pak Abu. Punyalah excited nak ngapp masuk dalam mulut. Sekali dua suap dah tolak tepi. Tak sedap langsung!!! Indah khabar dari rupa. Lepas tu ahli kumpulan saya tidak boleh menghabiskan kesemua mee dan bahan-bahan lain. Hanya tinggalkan kuah je pun tak bolehhhhhhh!!! Mati la mak buyong kena habiskan semua mee bandung tak sedap. Demi kumpulan, mak buyong makan sumbat-sumbat dalam mulut. Dah bergambar 4 orang dan bergegas ke lokasi seterusnya, mak buyong benti di lorong bangunan dan muntah! Uweekk!!!

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-22

Susah Di Makan,
Senang Di Muntah,
Mee Bandung,
Pak Abu – Fufu Traveller

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-2

Sambil makan mee bandung pak abu, air sirap je ada. Kalau tahu kak sue order limau ais. Saya pun nak!! Baby dalam perut dah tendang-tendang dah. Loya sangat mee bandung ni.

Masa masuk Malaysia Hari Ini, ruby memang avoid nak cerita pasal Mee Bandung ni sebab buat apa nak promosi benda tak sedap. Sekali bila on air, itu yang aku duk cakap. Tepuk dahi 3 kali!

Terima kasih kepada Pejabat Tanah Muar. Goodies bag yang anda beri sangat meriah dengan makanan yang saya sendiri tidak pernah jumpa. Hahahaha. Sedap juga rendang pucuk ubi tu. Hehehe.

Selepas selesai tugasan di Muar, kami konvoi memandu ke Nasuha Herbs Paradise. Disini kami lunch sedappp!! Siap ada kuiz tentang pokok herba yang totally saya gagal untuk jawab. Merepek je jawab adalah. Miahahaha! Well enjoy sangat sebab layanan Nasuha staff sempoi je..

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-23

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-24

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-25

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-26

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-27

Nasuha Herbs Paradise
Ladang Rempah Ratus dan Herba KM 19,
Jalan Muar-Pagoh,
84500 Muar,
Johor Darul Takzim
http://www.nasuhaherbsparadise.com
https://www.facebook.com/HerbaMalaysia

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-8

Di Nasuha Herbs Paradise dipenuhi dengan kehijauan alam. Memang cantik untuk bergambar! Miahahaha!

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-9

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-18

 Kami boleh jadi model tak? Chibi Chibi One!!! Hoyehh!!

Kluang…

Selepas makan tenghari di Nasuha Herbs Restaurant, kami bertolak ke UK Farm di Kluang. Lebih kurang 1 jam setengah juga la di dalam kereta. Sempat juga lelapkan mata. Buka je mata nampak permandangan cantik kehijauan Projek Pertanian Moden Kluang.

Disini kami akan lakukan 3 aktiviti treasure hunt iaitu Menangkap Kambing, Melastik Tin Menggunakan Guli dan Minum Susu Kambing terpantas. Sebelum melakukan aktiviti kami diberi penerangan dan lawatan di ladang kambing UK Farm. Di UK Farm ada macam-macam produk tempatan dihasilkan. Ada jus markisar, ada produk susu kambing dan paling seronok ada ladang lavender!! OMG! Kalau tahu ada ladang lavender ni, saya nak buat wedding photoshoot disini. 🙂

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-28

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-30

UK Agro Resort – UK Farm
Plot 8, Projek Pertanian Moden Kluang,
KM 13, Jalan Batu Pahat,
86000 Kluang, 
Johor Darul Takzim
http://www.ukfarm.com.my

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-29

Tugasan pertama : Kejar kambing dan tangkap dan kemudian cium. Hahahaha!

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-54

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-53

Tugasan kedua : Melastik Tin dengan Guli. Ini memang payah, sebab tak main permainan ini sewaktu di zaman kanak-kanak. Saya budak baik. Ahli kumpulan saya juga budak baik kebanyakannya. So untuk melastik tin ni kami kosong markah. Hahahaha.

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-17

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-31

Tugasan ketiga : Minum susu kambing satu gelas kecil sepantas mungkin. Saya memang suka susu, tapi peserta lain macam tak suka minum susu kot. So saya mula la terfikir busuk sangat ke susu kambing segar ni? Hahahaha. Tapi sebenarnya sama je rasa ngan susu-susu lain la.

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-33

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-35

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-34

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-36

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-37

Bergambar bersama En Goh Un Keng, pemlik UK Farm. Nama UK tu bersempena nama beliau iaitu Un Keng. 🙂

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-38

Bergambar bersama En Musa Yusof,  Director Domestic Marketing Division Tourism Malaysia. En Musa ni sangat sempoi orangnya. Very humble person. Rilek je follow media pergi buat Malaysia Tourism Hunt 2013. Tak hirau penat pun. Dekat flag off beliau ada, dekat lokasi treasure pun beliau ada. Hehehehe. Stamina beliau lagi bagus dari peserta. Miahahaha. Setiap kali bermula treasure hunt beliau dah awal-awal briefing peserta apa tugasan hari ini.

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Johor-7

Selesai untuk tugasan hari ini, kami semua konvoi bertolak ke Johor Bahru untuk makan malam dan berehat di Hotel The Puteri Pacific Johor Bahru. Makan malam kami dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor. Yang seronoknya di Negeri Johor adalah persembahan kebudayaan mereka. Suka sangat tengok mereka menari. Penari semua dari Yayasan Warisan Neger Johor.

http://www.motac.gov.my

http://www.gayatravel.com.my

Group photo courtesy from Fufu dari http://lamchingfu.blogspot.com, Eka dari MQTV Indonesia dan Marini dari http://marinimz.com.

Good night!

 

Previous

Fly And Drive Malaysia Tourism Hunt 2013 – Melaka

Fly And Drive Malaysia Tourism Hunt 2013 – Johor (Part 2)

Next

4 thoughts on “Fly And Drive Malaysia Tourism Hunt 2013 – Johor”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.