Fly And Drive Malaysia Tourism Hunt 2013 – Melaka

0

Punyalah panjang cerita Malaysia Tourism Hunt 2013 kan. Hari ini saya sambung lagi bercerita. Setelah perjalanan dari Putrajaya -> Sepang -> Port Dickson, Negeri Sembilan kami ke destinasi seterusnya iaitu Melaka.

25 Sept 2013 kami ke Bandar Bersejarah iaitu Melaka! Sangat teruja sebab saya suka Melaka!

Bagi saya di Melaka adalah tugasan yang kacang goreng sebab saya terrer menyelesaikan Anagram. Wakakaka! Tetapi disebabkan soalan sejarah dan perlu bergambar, kami buang masa disitu. Pergi ke depan lepas tu patah balik ke tempat Beca. Hahahaha.

Kami terlupa ada tugasan di Jonker Walk. Dimana itu lah tempat paling senang jawab soalan tugasan. Tapi tidak mengapalah, mak buyong penat nak berlari. SO relax je. Miahahaha!

Tugasan di Melaka bermula di Menara Taming Sari, disini kami diberi penerangan yang jelas perlu buat apa dan dimana lokasi-lokasi treasure hunt. Ada yang tidak dengar betul-betul memang blur la jawabnya kan. Sudah diberitahu perlu ikut tulips tapi tidak faham bahasa. Mungkin bagi mereka ia pertama kali kan. Hopefully MTH 2014 kita semua ready ya untuk menang besar!

Di Bandar Hilir kami ada tugasan yang banyak iaitu Tourism Jigsaw Puzzle aka teka silang kata, Panorama Photo Hunt, Trishaw Photo Hunt, Heritage Walk Hunt dan akhirnya berkumpul di Cendol Jam Besar. Hehehehe.

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Melaka-9

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Melaka-14

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Melaka-1

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Melaka-11

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Melaka-13

Setelah selesai menyelesaikan tugasan dari Menara Taming Sari ->Kota A Famosa -> Pokok Melaka -> S.LUKUT Keretapi -> Muzium Senibina -> Jonker Walk, kami perlu ke meet up point di Cendol Jam Besar. Minum Cendol sampai kenyang. Hehehee.

Selepas makan tengahari kami bergegas ke Perkampungan Hang Tuah di Kampung Duyong. Kali ini kami diberi 3 tugasan iaitu menjawab soalan dari Video Hang Tuah, Membuat Permainan Tradisioanl serta Karaoke dan Bermain Sukan Rakyat. Ingatkan boleh pilih-pilih, sekali kena buat semua daaa.. Hahaha. Mak buyong mampu jawab soalan video dan ketawa melihat mereka beraksi bermain sukan rakyat seperi bermain gasing, sepak takraw dan bersilat.

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Melaka-10

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Melaka-12

Kiki dan Rafaee mencuba aplikasi padanan muka dengan pakaian di zaman Hang Tuah. Hahaha.

Jom beraksi di tugasan Sukan Rakyat

 

Sepak Takraw memerlukan dua orang ahli kumpulan sahaja, lelaki gagah Fufu dan Eka akan bermain menunjukkan bakat terpendam dan dibantu oleh Encik Ed Junaidi selaku jurulatih international!! Hahahaha. 🙂

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Melaka-3

 Marini membuat wau. Gigih mak jemah..

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Melaka-4

Fufu mengasah bakat bermain gasing pula. Hahahaha.

Eka pula menyanyi karaoke. Hahahaha!
Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Melaka-5

 Fufu bersilat pula. Hahaha. Sepanjang MTH 2013, ahli kumpulan saya kesemuanya ringan tulang dan berani mencuba apa sahaja. Rindu dengan mereka semua. Rindu nak ketawa kahkahkahkah!!

Penat di Bandar Hilir pun tidak disedari apabila melakukan aktiviti sukan rakyat di Perkampungan Hang Tuah dan ditambah pula dengan hilaian tawa. Bila dah duduk dalam kereta, mula start engine Proton Preve baru lah terasa kepenatan seharian Malaysia Tourism Hunt. Kami bertolak ke Hatten Hotel Bandar Hilir dan check in hotel. Bateri henfon semua dah habis, recharge dan tinggalkan segala gadget di bilik hotel. Kemudian bersiap untuk ke Grand Ballroom untuk Majlis Makan Malam Anjuran Melaka State Government.

Hatten Hotel Melaka,
Hatten Square, Jalan Merdeka,
Bandar Hilir, 75000 Melaka

Selesai dinner, kami masuk bilik dan zzzz! Hari yang seronok dan letih. 🙂

http://www.motac.gov.my

http://www.gayatravel.com.my

http://www.perzim.gov.my

http://www.hattenhotel.com

Share.

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave A Reply

CommentLuv badge