Fruitale Tawar 9 Gadis Tatarias Penampilan Dalam Transformasi Bintang Fruitale Pertama

Fruitale FairWhite UV, satu-satunya krim mandian dan sabun dengan 100% ekstrak buah-buahan organik dan yogurt, membawa 9 orang gadis dalam satu pengembaraan transformasi menerusi pertandingan Fruitale Star Search.

Duta jenama Fruitale, pelakon dan pengacara jelita Nora Danish, menjadi mentor bagi para peserta dalam mencungkil bakat dan kebolehan mereka. Beliau juga bertindak sebagai ketua hakim dalam pemilihan pemenang pertandingan — gadis yang paling ketara transformasinya dari segi keyakinan, bakat dan penampilan.

Pertandingan yang dilancarkan pada April 2013 dengan satu siri roadshow di seluruh negara tersebut menawarkan peluang tatarias penampilan kepada wanita 18 hingga 25 tahun.

Pusingan akhir diadakan di hadapan audiens di Mydin Wholesale Hypermarket, Subang Jaya. Para peserta hadir dengan penyokong masing-masing yang begitu lantang.

Menurut Cik Angeline Sim, Pengurus Produk Kumpulan, Sediaan Jaga Diri dan Penjagaan Rumah, Jabatan Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, sambutan terhadap pertandingan Fruitale Star Search yang kali pertama diadakan ini amat mengalakkan dengan lebih 60 penyertaan dihantar secara online menerusi laman Facebook jenama tersebut.

Pencarian ini dilancarkan bersempena transformasi Fruitale sendiri, daripada pembekal sabun buku kepada satu jenama yang menawarkan rangkaian lengkap krim mandian dengan 100% ekstrak buah-buahan organik dan yogurt bagi memenuhi permintaan pasaran semasa yang kian sofistikated.

“Rangkaian produk kami telah berkembang dengan lebih banyak modaliti dan varian, dan 100% ekstrak buah-buahan organik dan yogurt membuatkan kami unik. Dengan permintaan yang kian meningkat terhadap bahan-bahan semulajadi dalam produk kecantikan, populariti Fruitale kian bertambah. Produk kami termasuk BioWhite Triple Protection untuk kesihatan dan kecantikan kulit yang membuatkan pengguna rasa lebih segar dan yakin. Kami gembira dengan transformasi Fruitale dan pada masa yang sama, Transformasi Bintang Fruitale membantu 9 orang gadis ini merealisasikan potensi diri masing-masing,” kata Cik Sim.

“Fruitale sesuai untuk mereka yang aktif, remaja dan berjiwa remaja. Wangiannya menyegarkan, berbau buah, mencergaskan dan tahan lama. Duta jenama kami, Nora Danish, menjadi contoh karakter pengguna Fruitale yang bertenaga dan jelita. Beliau merupakan pilihan pertama kami sebagai mentor untuk para peserta akhir,” jelas Cik Sim.

Selebriti popular tersebut juga bertindak sebagai ketua hakim dalam pertandingan tersebut dan sentiasa sibuk melayan peminat dan peserta.

“Saya sukakan pertandingan Transformasi Bintang Fruitale ini kerana ia memberi peluang kepada para gadis memperbaiki penampilan dan keyakinan diri, menerima nasihat profesional mengenai apa yang sesuai untuk mereka dan disolek serta didandan sehingga menjadi diri mereka yang terbaik. Saya gembira dapat berkongsi tips dan nasihat berguna dengan mereka, terutamanya mengenai Fruitale dan manfaatnya,” kata Nora.

Fruitale-001

Fruiatle-002

Pemenang pertandingan sulung Transformasi Bintang Fruitale ialah Fatin Atiqah, manakala tempat kedua jatuh kepada Nurul Nur Farahaini Binti Roslan dan tempat ketiga Nuara Eliya.

Pemenang pertandingan Transformasi Bintang Fruitale Fatin Atiqah, yang julung kali diadakan, terharu dengan kemenangan beliau. “Saya sudah lama menggunakan Fruitale dan meminati Nora Danish. Saya terus merebutnya sebaik sahaja diberi peluang menyertai pertandingan ini. Saya harap ia akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar lagi, mungkin karier dalam lakonan seperti Nora,” kata Cik Fatin.

Beliau memenangi wang tunai RM2,500 dan hamper produk bernilai RM100 manakala pemenang tempat kedua, Nuurul Nur Alina Binti Roslan, menerima wang tunai RM1,500 dan hamper produk bernilai RM100. Pemenang tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM1,000 dan hamper produk bernilai RM100 .

“Saya telah lama ingin membuat persembahan dan dan menjadi tumpuan perhatian ramai, dan pertandingan Fruitale Star Search telah memberikan saya keyakinan, nasihat profesional, cara berhias dan platform untuk membuat perubahan diri. Terima kasih Fruitale!” kata Cik Fatin, kegembiraan jelas terpancar di wajahnya.

Keputusan Transformasi Bintang Fruitale 2013

Nama Keputusan Hadiah
Fatin Atiqah 1st Wang tunai RM2,500 & hamper produk bernilai RM100
Nuurul Nur Alina Binti Roslan 2nd Wang tunai RM1,500 & hamper produk bernilai RM100
Nuara Eliya 3rd Wang tunai RM1,000 & hamper produk bernilai RM100
Nur Atiqah binti Ruslan Sagu hati Wang tunai RM300 & hamper produk bernilai RM100
Azni Natasha Sagu hati Wang tunai RM300 & hamper produk bernilai RM100
Nuurul Nur Farahaini binti Roslan  Sagu hati Wang tunai RM300 & hamper produk bernilai RM100
Nur Diyana Razak Sagu hati Wang tunai RM200 & hamper produk bernilai RM100
Suriani Abdul Karil  Sagu hati Wang tunai RM200 & hamper produk bernilai RM100
Azreen binti Mior Idris Sagu hati Wang tunai RM200 & hamper produk bernilai RM100

Informasi Produk
Krim mandian Fruitale FairWhite UV dengan BioWhite Triple Moisturizer diperkaya dengan vitamin A, B1, B2, B5, B6 dan protein susu yang menghidrat, melindungi dan mengembalikan kulit lembut, halus dan lebih cantik.

Rangkaian krim mandian terbaru Fruitale FairWhite UV ini juga mengekalkan khasiat 100% ekstrak buah-buahan semulajadi yang organik, mengandungi anti-oksidan penting di samping kebaikan yogurt untuk kulit yang sihat dan cantik.

Rangkaian krim mandian Fruitale FairWhite UV mempunyai 4 varian; Radiant, Refresh; Revive; dan Whitens dengan wangian yang memukau, menyegarkan, dan yang pasti mengharumkan.

Sementara rangkaian sabun buku Fruitale FairWhite UV terdapat dalam 7 varian buah-buahan iaitu Lemon, Calamansi, Oren, Pic, Betik, Strawberi dan juga Delima.

Harga bagi krim mandian adalah RM9.90 untuk pek 1 liter dan RM2.65 untuk tiga pek sabun buku.

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Fruitale, sila “Like” fanpage Fruitale di www.facebook.com/Fruitale.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Fruitale Tawar 9 Gadis Tatarias Penampilan Dalam Transformasi Bintang Fruitale Pertama

    MrJocko

    (October 10, 2013 - 6:16 pm)

    Nora Danish memang comel lahhhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.