LEGOLAND® Water Park, Medini, Nusajaya, Johor, Malaysia Dibuka Pada 21 Oktober 2013

Setelah kejayaan Taman Tema LEGOLAND® Malaysia yang mula beroperasi pada 15 September 2012 yang berjaya menerima lebih dari 1 juta pengunjung dari dalam negara dan luar negara. Kini LEGOLAND® Malaysia telah membuka satu lagi taman tema air iaitu LEGOLAND® Water Park yang akan dibuka pada 21 Oktober 2013 di sebelah kanan LEGOLAND® Malaysia. LEGOLAND® Water Park akan menjadi taman air yang terbesar di dunia dan yang pertama di Asia. Secara keseluruhan, LEGOLAND® Water Park menampilkan 20 permainan & tarikan dan lebih 70 model LEGO® disekitarnya. Juga, mengandungi lebih daripada 3 juta liter air.

Legoland-Water-Park-42

Legoland-Water-Park-32

Legoland-Water-Park-44

Saya telah menerima jemputan dari LEGOLAND® Malaysia untuk bersama-sama rakan media yang lain bagi menikmati aktiviti di LEGOLAND® Water Park. Sekitar jam 7 pagi kami bertolak dan tiba di LEGOLAND® Malaysia sekitar jam 11.30 pagi. Sidang media diadakan bagi memudahkan para media mendapat informasi terkini tentang LEGOLAND® Water Park.

Pembukaan LEGOLAND® Water Park ini juga  membawa kepada transformasi LEGOLAND® Malaysia kepada LEGOLAND® Malaysia Resort dengan pembukaan LEGOLAND® Hotel  pada awal tahun 2014, yang akan melengkapkan rancangan untuk membangunkan LEGOLAND® Malaysia ke dalam keluarga terbesar destinasi pelancongan di Asia Tenggara iaitu LEGOLAND® Malaysia Resort. Ia terletak di tengah-tengah pusat membangun wilayah Iskandar Malaysia, dan boleh diakses oleh pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Legoland-Water-Park-49

Siegfried Boerst, General Manager of LEGOLAND® Malaysia Resort

Kami gembira dengan pembukaan taman tema air. Ia menambahkan satu lagi dimensi baru kepada LEGOLAND® Malaysia. LEGOLAND® Malaysia Resort mempunyai lebih daripada 70 permainan, slaid, persembahan dan tarikan. Ia adalah destinasi percutian yang unik untuk seisi keluarga untuk dinikmati, menawarkan pengembaraan, pendidikan dan lawatan sehari dengan aktiviti yang menyeronokkan atau percutian yang panjang. – Siegfried Boerst,

Legoland-Water-Park-50

John Jakobsen, Managing Director of LEGOLAND® Parks for Merlin Entertainments

Ia adalah sangat menarik meraikan perkembangan LEGOLAND Malaysia dan dengan pembukaan Taman Tema Air adalah satu kejayaan besar dalam transformasi LEGOLAND ke Resort. Lokasi yang sesuai untuk percutian keluarga. Kami juga amat berbesar hati
untuk melihat pembukaan LEGOLAND Malaysia telah menjadi pemangkin untuk menggalakkan lagi pembangunan perniagaan di kawasan ini. Dalam masa yang sama dapat berkongsi bersama rakan-rakan kami bagi menarik lagi kunjungan ke  selatan Malaysia untuk menjadi hab bagi hiburan antarabangsa. – John Jakobsen

Legoland-Water-Park-53

Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin, Managing Director and Chief Executive Officer of Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd (TAR), a subsidiary company of Khazanah Nasional Berhad

Legoland-Water-Park-57

Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin, John Jakobsen & Siegfried Boerst

Diantara permaianan di LEGOLAND® Water Park adalah seperti Build-A-Raft River, Joker Soaker, LEGO® Wave Pool, Red Rush, Splash Out, Twin Chasers, Brick Blaster, Splash ‘N’ Swirl, Wave Rider, Tidal Tube, LEGO® Slide Racers, DUPLO® Splash Safari dan Imagination Station.

Saya berkesempatan menikmati beberapa permainan. Seperti Build-A-Raft River, LEGO® Wave Pool dan Joker Soaker.

Siegfried Boerst & John Jakobsen at LEGOLAND Water Park 2

John Jakobsen & Siegfried Boerst sewaktu merasmikan Build-A-Raft River dengan memasukkan LEGO® cube dari material getah ke dalam sungai malas. Ia selamat digunakan sewaktu anda sekeluarga bermain di Build-A-Raft River. Anda boleh merekabentuk dan membina LEGO® rakit yang unik dan terapung sambil belayar di sekitar sungai.

Legoland-Water-Park-73

Legoland-Water-Park-66

LEGOLAND Water Park - Build a Raft River

Legoland-Water-Park-8

Legoland-Water-Park-13

Kemudian saya ke LEGO® Wave Pool untuk merasai pengalaman mandi laut dengan ombak buatan manusia. Hahahaha.

Legoland-Water-Park-7

Legoland-Water-Park-10

LEGOLAND Water Park LEGO Wave Pool

Joker Soaker – Taman Permainan Interaktif terdiri dari pelbagai ketinggian dan panjang gelongsor yang berbeza. Menawarkan sesuatu kelainan kepada pengunjung, dimana pengunjung boleh bergembira bersama seisi keluarga di sekitar kolam dan dikejutkan dengan curahan air dari baldi yang berisi 300 gelen air. Bermain disini, saya teruja menunggu air 300 gelen dipenuhi dan tumpah secara mengejut. Hehehe. 300 gelen air tu banyak tau. Hahaha.

Siegfried Boerst Junior Lifesavers & John Jakobsen at LEGOLAND Water Park 2

Siegfried Boerst Junior Lifesavers & John Jakobsen at LEGOLAND Water Park

Legoland-Water-Park-79

Legoland-Water-Park-80

Legoland-Water-Park-81

Kadar harga tiket untuk LEGOLAND® Water Park telah mula dijual dan pembelian tiket secara kombo adalah ideal untuk keluarga kerana ia memberikan penjimatan lebih 25% berbanding membeli tiket individu.

Harga-Tiket-Legoland-Water-Park

Makan dan Minum juga terdapat di dalam LEGOLAND® Water Park. Anda boleh menikmati makanan di Beach ‘N’ Brick Grill berhadapan dengan LEGO® Wave Pool atau Brick Bay Café berhadapan dengan Build-A-Raft River dan Joker Soaker.

Kami memilih untuk makan tengahari di Beach ‘N’ Brick Grill.

Legoland-Water-Park-87

Disini sentiasa penuh dengan pengunjung yang beratur panjang dan jangan risau makanan sentiasa cukup! Malah walaupun dah satu jam beratur, sampai di kaunter anda akan dilayan dengan ramah sekali. Saya kesian melihat mereka bekerja, dia lah juruwang, dia lah penyedia makanan. Tapi kerja yang dilakukan cukup cekap dan teliti.

Legoland-Water-Park-89

Inilah staff yang melayan saya di Beach ‘N’ Brick Grill. Bayangkanlah makanan saya semuanya berjumlah RM 174. Gigih tak beliau sediakan dengan cepat? Terima kasih adik Maznorizari untuk service yang bagus. Masih boleh tersenyum walaupun busy gila!!!!

 

Legoland-Water-Park-137

Saya rasa yang paling lapar adalah mereka berdua ni. Anak sedara tak berhenti main dan mandi. Seronok sangat!

Legoland-Water-Park-138

Kids Mini Combo Chicken Nugget (Chicken Nugget + Fries + Air Kotak Ribena) – RM 15
Kids Mini Combo Cocktail Sausage (Cocktail Sausage + Fries + Air Kotak Ribena) – RM 15
Potato Wedges – RM 5
 

Legoland-Water-Park-139

Combo Jumbo Roasted Chicken Leg with Fries (Roasted Chicken + Fries + Fruit Cup + Soft Drink (Ice Lemon Tea)) – RM 25 
Combo Jumbo Nasi Lemak with Roasted Chicken (Nasi Lemak + Roasted Chicken + Fries + Fruit Cup + Soft Drink (Fanta Strawberry))- RM 25
 Onion Ring – RM 5
Potato Wedges – RM 5
 Cafe Latte – RM 6
 Ice Chocolate – RM 6
Ice Lemon Tea – RM 5
 

Legoland-Water-Park-140

Okay dah kenyang, sambung mandi manda dan main lagi! Hehehee. Lepas tu baru lah bersiap-siap untuk tukar baju.

Perkhimatan penyimpanan barangan di loker, penyewaan Cabana, perkhidmatan penjagaan bayi dan kemudahan surau pun lengkap ada di LEGOLAND® Water Park.

Legoland-Water-Park-103

Legoland-Water-Park-101

Legoland-Water-Park-97

Perkhidmatan penyimpanan barang di loker hanya boleh diakses dengan cap jari, sistem elektronik akan membuka pintu loker dengan sentuhan jari pada peranti. Jadi, dengan cara begini pengunjung tidak perlu membawa kunci ke kawasan taman tema air. Jarak di antara kawasan taman tema air dan loker sangat dekat. Mudah untuk anda ulang alik untuk ambil kupon atau wang ringgit untuk membeli makanan pula. Selain itu bahagian loker ini juga dikawal oleh staff LEGOLAND® Water Park yang hensem bergaya tinggi lampai putih gitu. Hehehehe. 🙂

Legoland-Water-Park-123

Legoland-Water-Park-95

Kemudahan tempat mandi, tandas dan menukar baju turut disediakan. Lengkap dengan bilik untuk sekeluarga atau individu. Keperluan mandian seperti sabun dan shampoo juga turut disediakan bagi memudahkan pengunjung. 🙂

Legoland-Water-Park-98

Legoland-Water-Park-99

Legoland-Water-Park-118

Legoland-Water-Park-120Bilik individu. 🙂

Sebelum keluar dari Legoland Water Park untuk pulang ke Kuala Lumpur, tidak sah jika tidak membeli cenderahati. Hehehe. BrickWater Beachwear aalah kedai cenderahati yang menawarkan pelbagai barangan keperluan seperti pakaian renang, seluar renang, goggle, swim hat, bags, key-chain, sunblock, botol air, towel, payung, poncho dan macam-macam lagi.

Legoland-Water-Park-107

Legoland-Water-Park-106

Legoland-Water-Park-115

Legoland-Water-Park-104

Legoland-Water-Park-105

Legoland-Water-Park-108

Legoland-Water-Park-116

Legoland-Water-Park-112LEGOLAND® Malaysia Resort semestinya menjadi tarikan pelancong kerana ia adalah satu-satunya di South East Asia. Untuk lebih info anda boleh lawati laman sesawang dan facebook LEGOLAND® Malaysia.

www.legoland.com.my/en/Explore/Water-Park/

www.facebook.com/LEGOLAND.my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “LEGOLAND® Water Park, Medini, Nusajaya, Johor, Malaysia Dibuka Pada 21 Oktober 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.