Makan Kambing di Kenny Rogers Roasters Dengan Bantuan Aplikasi Hungry Go Where

Bila berjalan pergi shopping baju baby kat One Utama, mulalah nak makan kan. Dah penat saya cuci mata di tingkat 3 One Utama Old Wings, perut lapar…

Kalau lapar je takpe la kan, ni siap pakej mengidam nak kambing! Hahahahaha!

Mana nak cari kambing sedap dekat One Utama? Kedai mamak pun tak jumpa. Hahahaha. Food Court dekat New Wing jauh la pula kan. Sekarang ni saya dah aktif menggunakan lift! Miahahahaha! So, sebelum kemana-mana saya duduk di depan lift dan mula buka telefon pintar. Samsung Galaxy S4 dan mula buka Google Play Store untuk cari aplikasi yang boleh mengesan restoran yang menyediakan menu kambing di dalam One Utama! Hahahaha.

Hungry-Go-Where-Kenny-Rogers-Roasters-15

Saya muat turun aplikasi HungryGoWhere Malaysia dan pada masa yang sama terlihat iklan Lots of Lamb di facebook rakan-rakan. Menu baru dari Kenny Rogers Roasters. Ada ke Kenny Rogers di One Utama ni? Sejak dah ada New Wing dan Old Wings ni memang blur tahap dewa mencari restoran. So, guna aplikasi HungryGoWhere untuk cari Kenny Rogers Roasters. Hehehe.

Buat pengetahuan anda aplikasi HungryGoWhere ni dari Singapura, bagi memudahkan lagi rakyat Malaysia, mereka buat aplikasi ini untuk kita pula. User friendly sangat! Anda boleh bagi ulasan makanan, review restoran sama ada okay atau tidak. Hehehehe. 🙂

Hungry-Go-Where-Kenny-Rogers-Roasters-1

Hungry-Go-Where-Kenny-Rogers-Roasters-2

Hungry-Go-Where-Kenny-Rogers-Roasters-3

Hungry-Go-Where-Kenny-Rogers-Roasters-6

Hungry-Go-Where-Kenny-Rogers-Roasters-4

Yay dah jumpa lokasi restoran Kenny Rogers Roasters di One Utama. Maka jom naik lift dari tingkat 3 dan terus turun ke LG. Miahahaahahaa!!!

Masa tu lah call husband, lepas habis kerja datang ke Kenny Rogers One Utama yer.. Kita dinner kat sini. Banyak sikit gambar makanan. 🙂

Menu hidangan kami!!! Tadaaaa… Makan kekenyang ye baby dalam perut. 🙂

Hungry-Go-Where-Kenny-Rogers-Roasters-12

Lots of Lamb dengan side dish potato wedges, baked bean dan cheesy macaroni. Nyummm Nyumm! Lamb ini dimasak bersama BBQ sauce yang manis-manis pedas. Sedap tidak terkira.

Hungry-Go-Where-Kenny-Rogers-Roasters-13

Limpahan sauce diatas kambing ini ternyata lazat. Ada 3 pilihan sauce iaitu Original Mushroom sauce, BBQ sauce atau Black Pepper sauce. Saya bertanya kepada staff yang bertugas, “daging kambing tersebut dimasak dengan perapan apa?”. Beliau berkata “dimasak sekali dengan BBQ sauce”.

So, saya pun pilih BBQ sauce juga lah sebagai sauce dressing. Hehehehe. Lagi lazat dan nikmat!

Hungry-Go-Where-Kenny-Rogers-Roasters-8

Menu seterusnya adalah hidangan wajib suami saya iaitu 1/4 chicken with 3 side dish. Coleslaw, Mixed Fruit dan Mashed Potato. Sauce untuk ayam beliau pilih Original Mushroom sauce. Nyumm Nyumm!

Hungry-Go-Where-Kenny-Rogers-Roasters-9

Hungry-Go-Where-Kenny-Rogers-Roasters-10

Air pilihan kami berdua adalah Ice Lemon Tea. Hehehehe. Sama! Kenny Rogers Roasters cawangan One Utama ni sangat selesa dan sauce juga banyak. I LIKE!

Selamat mencuba!

Untuk download aplikasi Hungry Go Where melalui Android phone, just cari di Play Store atau klik laman sesawang http://j.mp/HungryGoWhere

5 thoughts on “Makan Kambing di Kenny Rogers Roasters Dengan Bantuan Aplikasi Hungry Go Where”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.