VIKINGS di Saluran HISTORY™ Bermula 29 Sept 2013

Sudahkah anda menonton drama bersiri baru Vikings di Channel History 555? Ia telah pun bermula pada 29 Sept, Ahad, 10 malam yang lalu bagi siaran episod pertama. Memandangkan saya telah menghadiri gala premiere Vikings beberapa hari sebelum tayangan di televisyen, saya boleh memberi beberapa ulasan untuk episod 1 dan episod 2, kerana drama bersejarah ini kita perlu tahu bahawa wujudnya kisah-kisah epik sebegini.

Pengarah terkemuka, Michael Hirst sekali lagi memberi sentuhannya dalam rancangan terbesar saluran HISTORY™ pada tahun ini.  

Vikings-5

Dunia mereka kejam lagi bermisteri dan saluran HISTORY™ bakal membawa penontonnya menyaksikan sebuah siri yang cukup unggul. Dengan kos produksi bernilai $40 juta dolar Amerika, siri ini memaparkan sebuah kisah yang  menarik dalam sejarah.

Siri Vikings yang bakal disiarkan di kaca televisyen di saluran HISTORY™ bermula pada 29 September, jam 10 malam dan diulang pada setiap hari Ahad berikutnya, merupakan sebuah siri yang amat dinanti-nantikan pada tahun ini. Siri yang merujuk kembali kisah orang Norse ini menceritakan tentang kekeluargaan serta persaudaraan yang dilalui  sepanjang perjalanan hidup wira Viking bernama Ragnar Lothbrok (dilakonkan oleh Travis Fimmel). Ini merupakan kisah pertama lagenda orang Norse yang kini menjadi lembaran sejarah.

Vikings-3

Ragnar bukan sahaja seorang wira tetapi juga seorang petani yang mempunyai semangat berkobar-kobar untuk mengembara. Cita-citanya itu menyebabkan beliau terpaksa berdepan dengan ketua penduduk tempatan (Gabriel Byrne) yang lebih cenderung menghantar orang-orangnya ke kawasan timur yang miskin dan bukan kawasan barat yang masih belum diterokai.

Konflik tercetus apabila Ragnar bergabung tenaga dengan kawannya Floki (Gustaf Skarsgard), seorang pembina bot untuk membina sebuah kapal yang mampu menahan gelora lautan utara. Disinilah bermulanya kisah mengujakan pahlawan ini.

Pengarah terkemuka, Michael Hirst merupakan pencipta siri 9 episod ini. Beliau dikenali sebagai ketua penulis, pencipta dan penerbit eksekutif bagi siri drama The Tudors serta juga penerbit bersama siri terkenal Camelot.

Selain tema peperangan dan pertumpahan darah, Vikings turut mengetengahkan unsur kasih sayang dan cinta diantara Ragnar dan isterinya Lagertha (Katheryn Winnick), yang juga merupakan seorang pahlawan. Siri ini turut menyelitkan kisah Rollo (Clive Standen), seorang pejuang yang iri hati dan ganas; isteri kepada Earl Haraldson, Siggy (Jessalyn Gilsig), seorang wanita jelita yang mana kesetiaannya dipersoalkan; dan Athelstan (George Blagden), seorang rahib yang mendapati moral Kristiannya tidak punya tempat dalam masyarakat Viking yang jahiliah.

Vikings merupakan sebuah rancangan yang menceritakan bagaimana cita-cita dan semangat serta inovasi mampu menggugat sebuah tamadun. Ia juga menggambarkan sejauh mana setiap watak itu diuji hingga menyebabkan cara hidup mereka berubah buat selamanya.

HISTORY™  boleh didapati pada saluran Astro 555  dan 575 (HD) di Malaysia.

Jika anda peminat Vikings dan setia mengikuti setiap episod, anda wajib menyertai peraduan WATCH Vikings & WIN dan menangi sebuah motor Harley-Davidson!

Vikings-4
Tune in to VIKINGS every Sunday at 10pm (SIN/HK), look out for the CODE WORD and submit your entry at http://vikingsasia.com/ Contest starts 29/9 #VikingsIWantAHarley

Sewaktu di tayangan perdana Vikings ada lucky draw dan alhamulillah saya bertuah memenangi ipod shuffle. 🙂

Vikings-1

ipod shuffle 1

ipod shuffle

Terima kasih History Asia!

Laman utama: www.historyasia.com

Laman Facebook: http://www.facebook.com/HistoryAsiaTV

1 thought on “VIKINGS di Saluran HISTORY™ Bermula 29 Sept 2013”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.