1Utama Wonder Food Adventure

Pada 16 November 2013 yang lalu telah diadakan 1Utama Wonder Food Adventure bersama blogger. Terima kasih kepada Butterfly Malaysia kerana sudi menjemput Ruby.MY. Kolabrasi dari Butterfly Malaysia dan 1Utama sangat dinantikan kerana sebagai muslim, saya agak ragu-ragu untuk mencuba makanan di beberapa restoran. Bila dah sertai 1Utama Wonder Food Adventure ni baru lah tahu mana kedai halal, pork free dan haram. Lagi pula 1Utama adalah World’s 4th Largest Mall!

Seawal jam 11 pagi saya tiba di 1Utama. Alhamdulillah pada hari sabtu begini parking banyak! Yay! Sangat suka. Memandangkan sedang hamil ni, lokasi parking kereta pasti sebelah lift ye. Hahahaha! Kalau boleh keluar je dari kereta dah melangkah masuk ke dalam lift. Miahahaha. Lepas tu turun lift terus ke LG dan sampai ke kaunter Butterfly Malaysia di hadapan Mc Donalds tu. Kahkahkahkah.

Dah daftarkan diri, ambil passport dan mingle dengan blogger terus kita bergerak bersama ke 1Utama New Wing. Saya dapat 5 restoran wajib di 1Utama New Wing. So, bermulalah rombongan cik Kiah ni. Hahahaha.

1Utama-Wonder-Food-Adventure-2

1Utama-Wonder-Food-Adventure-1

1Utama-Wonder-Food-Adventure-3

Jadi restoran wajib saya kunjungi adalah no 11 (Lammeeya – Non Halal), no 12 (BBQ Chicken), no 13 (Vivo Pizza), no 14 (LAVA) dan no 15 (Food Box-Non Halal). Let go!

Restoran pertama saya pergi adalah Vivo Pizza! Yay! Seronok pengurus restoran menerima kehadiran kami. Miahaha.

Vivo American Pizza and Panini

 

1Utama-Wonder-Food-Adventure-5

1Utama-Wonder-Food-Adventure-6

Baked Chicken Chop with Black Pepper Sauce / Mushroom Sauce – RM 16.90

Ulasan : Ayam dipanggang enak, sangat juicy dan ada rangupnya. Kedua-dua sos sangat sesuai walaupun dimakan bersama nasi dan salad. Mengenyangkan!

1Utama-Wonder-Food-Adventure-7

Smoked Chicken BBQ 11″ Thin – RM 22.90 (8 pcs)

Ulasan : Pizza dari Vivo rotinya tidak terlalu tebal, cara masakan juga sangat healthy kerana sayuran tidak terbakar sangat. Masih boleh rasa lada bengala, buah zaitun dan cheese. Hirisan ayam dan sos BBQ sangat seimbang dengan sayuran. 🙂

1Utama-Wonder-Food-Adventure-8

Volcano Chocolate with Ice-Cream – RM 15.90

Ulasan : Pada asalnya saya dah terlalu kenyang untuk meneruskan hidangan pencuci mulut dari VIVO Pizza. Tetapi, bila nampak sahaja Volcano Chocolate with Ice-Cream terus ambil sudu dan makan. Tidak terkata lazatnya. Volcano Chocolate with Ice-Cream ini sangat terkenal sebagai pencuci mulut kerana kombinasi panas sejuk dan cair di dalam mulut. Seimbang dan ummmmmm. Volcano Chocolate juga dikenali sebagai Molten chocolate kek atau lava kek. Ia sangat popular kerana kombinasi elemen dari flourless chocolate kek dan asoufflé.

1Utama-Wonder-Food-Adventure-10

1Utama-Wonder-Food-Adventure-9

 Tidak boleh kata TIDAK untuk Volcano Chocolate with Ice-Cream. Nyum Nyum!

Vivo American Pizza and Panini
Lot/Location : LG311B / Lower Ground Floor Highstreet
Contact No : 03-7732 9799

Selesai di VIVO Pizza lebih kurang dalam 1 jam disini, kami bergegas ke Restoran kedua iaitu BBQ Chicken. Lokasi di hadapan VIVO Pizza je. Hehehe.

BBQ Chicken

 

1Utama-Wonder-Food-Adventure-11

Di BBQ Chicken kami diberi menu Family Set dek kerana 8 orang datang satu rombongan kan. Hahahaha.

1Utama-Wonder-Food-Adventure-12

Hidangan ini terdiri daripada Coleslaw, Kentang Goreng, Olive Luxury Chicken, Hot Hot Drums, Korean Charbroiled, Jerk BBQ dan Ice Lemon Tea. Actually menu ini direka khas untuk kami. Lingkungan harga sekitar RM 59.90 bagi semua Family Set. 🙂

1Utama-Wonder-Food-Adventure-13

Ulasan : Olive Luxury Chicken ini seperti ayam goreng biasa. Hot Hot Drums ayam goreng yang super pedas! Tak boleh tahan! Korean Charbroiled adalah ayam yang dipanggang. Sedap dimakan bersama cili sos. Hehehe. Manakala Jerk BBQ adalah pilihan saya! Sedap dan juicy. Makan sepinggan besar pun saya boleh setelkan!

BBQ Chicken
Contact No : 0377270619
Lot/Location : LG323-LG323A / Lower Ground Floor Highstreet

Baru dua kedai dah penuh perut. Tengah mengandung ni lagi la bertambah besar perut kan. Hahahaha.  Makanan seterusnya adalah dari Molten LAVA , pastri yang diberi nama Churros. Setahu saya bagi rakyat Malaysia sendiri, kita panggil kuih belimbing je. Hehehehe. Bila di brandingkan jadi nama Churros dan banyak variasi flavor! Paling favorite adalah Churros – Molten Chocolate Dip. Tetapi tokey kedai bagi saya Churros -Cinnamon Sugar. Bedal sampai habis juga. Hahahaha.

Molten Lava

 

1Utama-Wonder-Food-Adventure-15

1Utama-Wonder-Food-Adventure-19

Konsep di Molten LAVA adalah masak bila pelanggan order. Makan panas-panas Churros tu.

1Utama-Wonder-Food-Adventure-16

1Utama-Wonder-Food-Adventure-17

1Utama-Wonder-Food-Adventure-18

Voilaa! Siap! Nyum Nyum Nyum. Churros – Cinnamon Sugar RM  4.80. Makan sambil berjalan ke restoran seterusnya!

Molten Lava
Lot/Location : LG312B / Lower Ground Floor Highstreet

So restoran ke-4 pula adalah Food Box. Memandangkan ia Restoran Non Halal. Maka saya tukar ke Ko Hyang Korean Country Delights. Jom kita terjah makanan Korea!

Ko Hyang Korean Country Delights

 

1Utama-Wonder-Food-Adventure-44

1Utama-Wonder-Food-Adventure-46

Bi Bim Bab – RM 16.90

Ulasan : Konsep makanan ini macam cantik je kan? Hakikatnya anda kena gaul kesemuanya barulah terasa berada di Korea! Hahahaha. Gabungan nasi, sayur, telur, perencah cili, daging ayam. Gaul Gaul!

1Utama-Wonder-Food-Adventure-47

Goon Man Du – RM 9.50

Ulasan : Dumplings ayam yang enak dimakan style Korea.  Sedap dan puas makan.

1Utama-Wonder-Food-Adventure-48

Pa Jeon – RM 11.50

Ulasan : Pa Jeon ni ibarat cekodok ikan bilis, bawang dan sawi yang kita biasa masak dan makan untuk hi tea. Cuma bezanya disini mereka masak dalam kuali pan. So dia jadi leper dan crispy macam lempeng. Hehehehe.

1Utama-Wonder-Food-Adventure-49

Ra Myeon – RM 13.50

Ulasan : Ra Myeon atau biasa panggil Ramen je. Maggi dari Korea. Rasanya ini yang paling best sebab all time favorite. Hahaha. Ra Myeon di restoran ini dimasak bersama sayur dan ayam / makanan laut / daging. Tapi paling best Ra Myeon dengan makanan laut lepas tu tidak pedas ye. Makan panas-panas. Slurrpp!

1Utama-Wonder-Food-Adventure-54

Mamasan sedang menjamu selera setelah penat melayan blogger. Hehehehe.

1Utama-Wonder-Food-Adventure-45

Excited dapat review makanan korea. hehehehe.

Ko Hyang Korean Country Delights
Lot/Location :LG116 / Lower Ground Floor Promenade

Restoran ke-5 adalah Pao Xiang Bak Kut Teh. Dah terang-terang tulis Bak Kut Teh kan, tentu tidak halal. Maka jom kita terjah restoran lain. Saya pilih nak makan yang simple-simple. Teringin nak makan Tou Foo Far. Hahahaha. Jom ke I Love Yoo!

I Love Yoo

 

1Utama-Wonder-Food-Adventure-41

1Utama-Wonder-Food-Adventure-37

1Utama-Wonder-Food-Adventure-38

1Utama-Wonder-Food-Adventure-40

1Utama-Wonder-Food-Adventure-39

 Tou Foo Far – RM 3.30

Ulasan : Di I Love Yoo makanan yang disediakan adalah seperti snacks yang all time favorite tu. Ada cakoi, ada cinamon, ada karipap. Saiz setiap makanan agak besar dan harga berbaloi.  Sebagai contoh Tou Foo Far saya ni bernilai RM 3.30 dan di dalam mangku besar. Berbeza saiz yang beli di pasar malam RM 1.40 tu. Puas hati makan Tou Foo Far banyak macam ni. Hehehe. Pilihan gula untuk anda isi sendiri iaitu gula merah atau gula putih.

I Love Yoo
Contact No : 03-7726 8010
Lot/Location : LG117 / Lower Ground Floor Promenade

Selesai 5 restoran saya review, Jom kita pergi makan di restoran lain. 1Utama Wonder Food Adventure tidak meletakkan limit untuk pergi Food Hunt. Ada 15 restoran keseluruhannya. So 5 dah selesai, lagi 10 restoran pula kita terjah. Hehehe. Untuk non halal restoran ada 4 sahaja. Jadi saya just minta mereka cop sahaja passport. Hehehe. Easy peasy.

1Utama-Wonder-Food-Adventure-14

Food Box

1Utama-Wonder-Food-Adventure-20

Lammeeya

1Utama-Wonder-Food-Adventure-21

Pao Xiang Bak Kut Teh

1Utama-Wonder-Food-Adventure-52

Ninja Joe

Meneruskan perjalanan ke 6 restoran halal. Jalan-Jalan Cari Makan.  Restoran ke 10 saya pergi adalah semuanya di Lower Ground Floor Promenade bahagian dekat dengan 1Utama Old Wings.

Bisou Bake Shop

 

1Utama-Wonder-Food-Adventure-22

1Utama-Wonder-Food-Adventure-23

Cupcakes Of The Month : Chocolush – RM 6

Ulasan : Cupcake dari Bisou sangat lembab dan chocolate yang tebal ni sangat seimbang bila ngap sekali dalam mulut. Bila masuk mulut kena senyap ummmmmm… Nikmat!

Bisou Bake Shop
Contact No : 03-7728 6525
Lot/Location : LGK105 / Lower Ground Floor Promenade

Seaweed Club

 

1Utama-Wonder-Food-Adventure-24

1Utama-Wonder-Food-Adventure-25

Tuna Seaweed Salad Roll – RM 6

Ulasan : Pertama kali mencuba makanan ni. Ingatkan sushi. Hahahaha. Rupaynya popia basah yang mempunyai pelbagai flavor. Ada Original, Wasabi, Tuna, Vegetarian dan Spicy. Saya pilih Tuna sebab mengidam nak makan sushi tapi tak boleh sebab mengandung kan. So terubat juga keenakan seaweed di dalam Tuna Seaweed Salad Roll. Sedap!

1Utama-Wonder-Food-Adventure-28

Seaweed Club
Lot/Location : LGK103A / Lower Ground Floor Promenade

Mr. Cendol

 

1Utama-Wonder-Food-Adventure-31

1Utama-Wonder-Food-Adventure-32

1Utama-Wonder-Food-Adventure-33

1Utama-Wonder-Food-Adventure-34

Cendol Mangkuk RM 4.50

Ulasan : Cendol di Mr Cendol sangat unik. Kerana kisaran ais yang sangat halus. Semangkuk besar dan dipenuhi dengan kacang merah yang besar-besar juga. Santan pun cukup lemak. Gula merah pelanggan isi sendiri. Mungkin ada yang tidak gemar manis boleh lah kawal sendiri berapa banyak gula. Gula merah Mr Cendol sangat pekat, jangan isi banyak-banyak ya. Hehehehe.

Mr. Cendol
Contact No : 03-7726 8010
Lot/Location : LGK109 / Lower Ground Floor Promenade

Eat & Happy Yong Tau Foo

 

1Utama-Wonder-Food-Adventure-35

1Utama-Wonder-Food-Adventure-36

Saya dah tidak mampu nak makan lagi, urggghh full dah perut! Huwaaa..

So di restoran Eat & Happy Yong Tau Foo saya tengok je mereka ni makan. Hahahaha.

Eat & Happy Yong Tau Foo
Contact No : 03-7726 8010
Lot/Location : LGK115 / Lower Ground Floor

Oyster King

 

1Utama-Wonder-Food-Adventure-42

1Utama-Wonder-Food-Adventure-43

Lala Fried Rice – Rm 7.50

Ulasan : Inilah nasi goreng berasaskan seafood yang paling best! Saya sukakannya walaupun perut dah kenyang. Sedap sangat. Lala pun banyak. Nasi goreng lala dimasak kurang minyak dan banyak sayuran. Nyum Nyum!

Oyster King
Contact No : 03-7880 2688
Lot/Location : LGK113 / Lower Ground Floor Promenade

SS2 Goreng Pisang

 

1Utama-Wonder-Food-Adventure-50

1Utama-Wonder-Food-Adventure-51

SS2 Goreng Pisang memang terkenal, dapat 1 pisang goreng dan kuih bakul. Hehehehe. Sedap juga sebab tepung dia rangup. Pisang yang digunakan adalah pisang raja. Harga saya tidak pasti pula berapa. Hahahaha. Sebab owner kiosk bagi je apa saya nak. Hehehe. 🙂

SS2 Goreng Pisang
Lot/Location : LGK112 / Lower Ground Floor Promenade

Alhamdulillah selesai 1Utama Wonder Food Adventure! Dari jam 11 pagi hingga 3 petang saya ambil masa untuk membesarkan badan. Hehehehe. 11 Restoran Halal dan 4 Restoran Non Halal berjaya saya dapatkan cop. Bila tengok balik cop penuh dalam passport macam seronok je kan. Hahahaha.

Ruby jadi mak ayam pegang passport anak-anak. Total 8 passport ruby pegang, mereka sibuk amik gambar dan selfie, pastu blur passport tak bagi lagi. Jadi lambat tokey kedai nak masak. Hahaha. Meh semua bagi passport kat mak. Mak pergi tiap 15 restoran untuk ambil cop dan order makanan untuk 8 orang. Hahaha. Senang keje. Bila tokey cakap you can take anything, suruh anak-anak beratur dan pilih. Miahahahaa.. Beres! Rombongan adalah dari blogger-blogger yang lama dan baru kenal. Hehehe. Abang Man, Kifly, Lily, Madi, Suzai, Dyat, Alyza dan Ruby!

1Utama-Wonder-Food-Adventure-55

Selamat menjamu selera di 1Utama! 1Utama Wonder Food bermula dari 4 November 2013 hingga 24 November 2013. Anda boleh menyertai kempen ini dengan menjadi 50 pemenang mingguan untuk mendapatkan RM 100 ONECard Shopping Voucher apabila anda menjamu selera dengan penggunaan minima RM 100 di mana-mana cawangan ONECard Food & Baverage. Nak tahu restoran mana yang menggunakan ONECard, anda boleh lihat di hadapan lantai pintu masuk rrestoran. Ada Sticker ONECard. Hehehe. Bawa semua ahli keluarga makan bersama ya. RM 100 keatas dah qualified. 🙂

Good Luck!

www.1utama.com.my

www.onecard.com.my

www.facebook.com/1Utama

www.facebook.com/ButterflyProjectMalaysia

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

13 thoughts on “1Utama Wonder Food Adventure

    Zil

    (September 19, 2014 - 9:14 pm)

    Asalamualaikum…Bisou bake shop tak halal kan? Saya check xde dalam senari halal Jakimhttp://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia

    Sizzling Suzai

    (November 29, 2013 - 1:03 pm)

    harr baru harini dpt MNGOMEN ni! haha alooh kak mane de comelnyer?!! huduh lahhh dh la muke excited gler pastu trkangkang plak dudok nyerr cehh “=.= haha btw smoga kt brtemu lg ok iAllah 🙂 kak mcm nk mek gmbo yg nonHalal tu t sy credit akk k…

      Ruby

      (December 3, 2013 - 12:16 pm)

      Silakan Suzai, ehehehehe. eh comel la macam tu, bukan senang nak ada gambar candid tengah makan. hahaha.

        Sizzling Suzai

        (December 3, 2013 - 12:35 pm)

        ok sy dh paste tau kat blog sy nun…n credit ur blog for sho! tq ! ^^

          Ruby

          (December 5, 2013 - 10:14 am)

          Tq Suzai. 🙂

    hazman aka species1980

    (November 28, 2013 - 4:43 pm)

    Harap diorang bukan kat shopping complex yang lain….. PAVILLION ker ? EMPIRE SUBANG ker ? janji ala-ala FOOD TRAIL…. keh3x

      Ruby

      (December 3, 2013 - 12:15 pm)

      Betul tu, buat macam ni memang best. Pastu rombongan cik Kiah kann.. Senang. Hehehehe.

    hafizrahim

    (November 21, 2013 - 6:51 pm)

    adoyai..sedap pulak tengok makanan2 tu..haish..

      Ruby

      (November 21, 2013 - 8:33 pm)

      Hahahaha.. memang sedap Hafiz, sampai dah tak muat perut. 🙂

    Alyza Fisol

    (November 21, 2013 - 6:19 pm)

    hari yg mengenyangkan…sampaikan dinner tak makan sangat….

    paling best, join rombongan cik kiah serang restoran…hehehe… (^_^)

      Ruby

      (November 21, 2013 - 8:34 pm)

      Alyza, hahahaah. huyoh sampai malam tak makan sebab dah full dari siang. bekalan pun ada banyak dibawa pulang kan. Best giler.. hehehe. Butterfly Malaysia patut buat lagi aktiviti mcm ni. hehehe.

    yana Yassin

    (November 21, 2013 - 5:21 pm)

    Meriah nyaaa,… tetiba teringnnak makan tau foo faa

      Ruby

      (November 21, 2013 - 8:38 pm)

      Yana, meriah bebenor.. elok sangat pergi ramai. Banya giler makanan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.