Bonjour Garden Intermark Kuala Lumpur

| |

Baru-baru ini bertempat di Intermark Tower, Jalan Tun Razak telah diadakan perasmian Bonjour Garden cawangan terbaru. Ini adalah kali pertama saya ke Intermark Tower. Jika sebelum ini saya lebih suka ke Bonjour Garden Kota Damansara. Memandangkan Bonjour Garden dibuka di Intermark Tower, ia amat mudah bagi saya yang suka menggunakan perkhidmatan awam dan sering berada di Kuala Lumpur. Hehehe.

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-28

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-9

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-39

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-43

Kafe Gaya Hidup dalam taman Bonjour Garden yang terbaru di ibu kota telah dilancarkan oleh Chef Matsubara. Ia menjadikan kafe ke-5 yang dibuka sejak kafe pertama memulakan perniagaan di Kota Damansara pada tahun 2011.

Bonjour Garden adalah bakeri dan kafe dengan konsep gaya hidup dalam taman dan inspirasi masakan ala Perancis. Menyajikan makanan sihat dan kreatif dari bakeri asli Perancis tetapi dibuat dengan kemahiran Jepun dan bahan dari Jepun. Memiliki suasan kafe yang indah dan selesa. Anda boleh menjamu selera dengan santai. Disini terdapat lebih 100 jenis makanan disediakan, meliputi pelbagai makanan konfeksi, pastri dan sajian utama yang pasti dapat menambat selera anda. 80 jenis bakeri, 40 jenis sajian utama dan 30 jenis kek istimewa.

Menggunakan bahan terbaik yang diperolehi dari seluruh dunia, kami berusaha untuk menyajikan produk yang tiada tandingan kepada pelanggan. Produk kami disediakan oleh kakitangan bakeri kami sendiri dan dibuat setiap hari dengan menggunakan bahan yang terbaik dan mengikut resepi tradisional yang tidak ditelan zaman menggunakan cara moden.

Kami menggunakan bahan semula jadi tanpa pengawet, bermutu tingggi dan paling sihat dalam pembuatan makanan konfeksi. Diantaranya adalah Tepung Torigoe dari Kyushu Jepun, Yis daripada Kismis California, Mentega dari gred A.O.P dari Perancis. – Chef Matsubara

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-1

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-3

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-5

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-14

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-16

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-22

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-23

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-24

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-25

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-26

Bakeri Utama dan Paling LARIS!

Bonjour Garden menawarkan aneka makanan bakeri dan pastri Perancis. Konsep menunya tertumpu kepada 3 elemen utama iaitu Sihat, Kreatif dan Chef Jepun. Manakala mengilhamkan 5 makanan bakeri utama iaitu Caramel Cheese Raisin, Ciabatta, Croissant, Campagne, Cranberry Cheese.

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-31

Croissant – RM 2.50

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-36

Pain de Campagne – RM 5.80

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-29

Caramel Cheese Raisin – RM 2.80

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-32

 

Levain Cranberry Cheese – RM 18.20

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-34

Ciabatta –  RM 6.00

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-50

 

 

Dari kiri Chef Darren Chin (Pengurus) dari Malaysia, Chef Yukichi Matsubara (Pengarah Urusan) dari Jepun, Chef Shigeru Hashizume (Chef  Pastri) dari Jepun.

Bonjour Garden Intermark, Kota Damansara dan Bukit Jelutong adalah bakeri dan kafe menjamu selera sepenuhnya. Manakala dua lagi cawangan di Mutiara Damansara dan Valencia Sierramas adalahh kiosk segera untuk pesanana bawa pulang.

Bagaimana ingin ke Bonjour Garden Intermark?

Menggunakan pengankutan awam lebih mudah.

Putra LRT KJ Line – Stesyen Ampang Park.

Jalan kaki menuju ke jejambat yang disediakan. 

Bonjour-Garden-Intermark-Kuala-Lumpur-51

Bonjour Garden Intermark
Lot LC01-08,
Intermark Mall,
The Intermark,
No 348 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
03-2181-1822
8 am – 10 pm
 

www.facebook.com/bonjourgarden

www.bonjourgarden.com

Previous

Beli Dan Terbang Bersama Saudi Gold

Pelancaran Pentax K-3

Next

2 thoughts on “Bonjour Garden Intermark Kuala Lumpur”

    • G Tower belakang LRT Ampang Park tu je. Naik eskalator dan jalan sikit sampai la ke Intermark. Hehehehe. Abang man, roti yang kita rebut malam tu menjadi iagauan ruby sampai ke hari ni. Sedap sangat!

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.