MyPass “Malaysia Travel Companion”

Beberapa minggu yang lalu saya berkesempatan menggunakan MyPass dalam masa satu hari. Hanya dengan kad MyPass saya boleh melakukan pelbagai aktiviti. Dari menaiki pengangkutan awam, ke restoran untuk makan dan meneroka bandar Kuala Lumpur. Dari 7.30 pagi hingga 12 tengah malam. Satu pengalaman yang menakjubkan. Terima kasih MyPass Malaysia dan Gaya Travel.

KL Sentral –> KLIA –> MyPass Hub –> OTWC –> CIMB BDC –> KL Sentral –> Touch ‘n Go Hub –> Mid Valley –> Ayam Penyet-AP –> KL Sentral –> Pasar Seni –> Central Market –> Wau Tradisi –> HOHO –> Menara KL –> HOHO –> LOT 10 –> BB Monorail –> IMBI Monorail –> Jojoba Spa –>IMBI Monorail –> BB Monorail –> Teeq Brasserie

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-1
Diantara Blogger yang join, Eka, Kid, Lily dan Bella. 🙂

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-4

Bersempena dengan tahun melawat Malaysia 2014 #vmy2014, masih tidak terlewat kita sebagai blogger untuk berkongsi informasi pelancongan kepada semua pembaca. Walaupun penulisan di dalam Bahasa Melayu, anda boleh google translate dengan mudah bagi mereka yang ingin bacaan di dalam bahasa Inggeris.

MYPass adalah kad prabayar dan diskaun yang dikeluarkan oleh Touch ‘n Go, yang membekalkan perkhidmatan e-pembayaran di Malaysia. MYPass boleh digunakan untuk membayar produk dan perkhidmatan di mana-mana outlet yang memaparkan tanda logo Touch ‘n Go. Ini termasuk pengangkutan awam Kuala Lumpur, plaza tol seluruh Malaysia, kedai-kedai runcit, F & B, taman tema dan banyak lagi.

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-5

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-Card

Anda boleh miliki kad MyPass bernilai RM 38 dimana-mana kaunter MyPass Hub. Sebagai contoh saya membeli Kad MyPass di MyPass Hub di KLIA. Kemudian saya tambah nilai RM 70. Jumlah keseluruhan RM 108. Baki nilai kad MyPass saya adalah RM 80 kerana telah ditambah dengan rm 10 nilai sedia ada di dalam Kad MyPass.

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-MyPass-Hub-KLIA

Kad MyPass boleh ditambah nilai dari serendah RM10 dan sehingga maksimum RM1, 500 di cawangan hub Touch ‘n Go, stesen transit, stesen minyak dan kedai runcit terpilih.

Cawangan MyPass & Touch ‘n Go Hub :

KL International Airport (KLIA)
Lot 13, Departure Level
Main Terminal Building
Kuala Lumpur International Airport 64000 Selangor
 
KL Sentral Hall
Lot 17 Departure Hall
Level 1 KL City Air Terminal
KL Sentral Station
 
The Sphere
Unit G-6, Ground Floor
The Sphere
No. 1, Avenue 1
Bangsar South
No. 8, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur
 
Johor Bahru
Wisma Nufri, No. 12D
Jalan Yahya Al-Datar
Johor Bahru, Johor
 
Low Cost Carrier Terminal (LCCT)
Lot LCPC11, Public Concourse,
Low Cost Carrier Terminal
Kuala Lumpur International Airport
64000 Selangor

Kad MYPass juga dilengkapi dengan baucar diskaun – hanya tunjukkan kad MyPass bersama-sama dengan baucar untuk menikmati diskaun dan faedah eksklusif lain.

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-3

Sebelum MyPass diperkenalkan, saya adalah pengguna tegar Touch ‘n Go. Boleh dikatakan ia adalah keperluan. Sebagai blogger yang sering travel, wajib memiliki sekeping kad Touch ‘n Go dan SmartTag. Sekarang, saya hanya perlu masukkan kad MyPass saya di dalam SmartTAG bagi menggandakan lagi penggunaannya. Yay! Mudah dengan satu kad MyPass macam-macam boleh buat.

Tahukah anda Touch ‘n Go ada menyediakan perkhidmatan “Photocard” bagi mereka yang ingin kad Touch ‘n Go mereka tersemat abadi gambar anda? Hanya dengan RM 20 anda boleh miliki kad Touch ‘n Go seperti kami.

Syaratnya adalah, anda boleh beri apa sahaja gambar yang tidak memiliki copyright dari mana-mana pihak. Sebagai contoh gambar yang tidak diterima adalah gambar poster celebrity, kartun animasi dan yang seumpamanya. 🙂

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-Touch-N-Go-PhotoCard

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-10

Jom ikuti pengembaraan saya dengan MyPass “Malaysia Travel Companion”. Dimana ada Logo Touch ‘n Go disitu anda boleh gunakan MyPass dengan bergaya. 

Penggunaan Kad MyPass di Plaza TOL di Malaysia.

Saya memiliki Touch ‘n Go sewaktu saya sekolah menengah kerana mudah untuk saya ke pusat tuisyen yang memerlukan saya menaiki pengangkutan awam. Manakala saya mula memiliki SmartTAG pada tahun 2005, sewaktu saya lulus cemerlang ujian memandu. Hehehehe. Lulus je ujian, terus pergi plaza tol untuk beli SmartTAG yang ketika tu bernilai RM 120. Disebabkan mahal, saya jaga elok-elok sehingga kini. Kini SmartTAG saya dah ada teman baru iaitu MyPass. 🙂

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-SmartTAG-Toll-Lane
Dengan SmartTAG anda tidak perlu turunkan tingkap kereta, pandu lalu sahaja. Hehehe.

SmartTAG adalah singkatan bahasa melayu “Sistem Membayar Automatik Rangkaian Tol,” atau bermaksud automatik Sistem Pembayaran Rangkaian TolIa adalah kombinasi dengan Touch ‘n Go untuk membenarkan pengguna untuk membayar tol dengan pandu-laju tanpa perlu buka tingkap kereta.

SmartTAG menghantar maklumat antara Touch ‘n Go dan sistem tol melalui inframerah di lorong khusus. Sistem ini boleh mengesan kenderaan secepat 40 milisaat dan pemprosesan kenderaan adalah 4 kali lebih cepat daripada lorong tunai.

Jika lorong Smart TAG tiada dan hanya lorong Touch n’ Go sahaja ada. Di plaza tol tersebut pengguna boleh mengambil Touch ‘n Go daripada SmartTAG dan menggunakannya juga. Cuma kena turunkan tingkap ye. hehehe.

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-Touch-N-Go-Toll-Lane
Di lorong Touch ‘n Go anda perlu turunkan tingkap kereta dan sentuh kad MyPass anda seperti gambar di atas.

Penggunaan Kad MyPass Untuk Pengangkutan Awam

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-12

Pengangkutan awam di Malaysia sangat mudah dan mesra pelancong. Ini kerana lokasinya yang stratergik. Setiap stesen pengangkutan awam berhubung diantara satu sama lain walaupun berbeza transit. Gunakan Kad MyPass anda untuk lebih pantas dan elakkan dari beratur panjang. 

Sebagai contoh jika anda ingin ke KLIA dari Wangsa Maju.

Wangsa Maju (Kelana Jaya Line KJ3) –> KL Sentral (Kelana Jaya Line KJ15) : RM 2.30

www.jp.myrapid.com.my

KL Sentral (KLIA Ekspres) –> KLIA (KLIA Ekspres) : RM 35

www.kliaekspres.com

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-Putra-LRT
Kelana Jaya Line
MyPass-Malaysia-Travel-Companion-KLIA-Ekspres
KLIA Ekspres

Contoh ke dua, Jika anda ingin ke Mid Valley dari KL Sentral.

KL Sentral –> Mid Valley (KTM Komuter) : RM 1

www.ktmkomuter.com.my

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-KTM-Komuter-KL-Sentral

Contoh ke tiga pula dari Bukit Bintang ke Berjaya Time Square.

Bukit Bintang (KL Monorail MR6) –>IMBI (KL Monorail MR5) : RM 1.20

www.myrapid.com.my

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-11
Mas Eka dari MQTV Bandung pertama kali menaiki KL Monorail.

Selain fokus penggunaan Kad MyPass di plaza tol dan pengangkutan awam. Salah satu fungsi lain Kad MyPass adalah membeli belah. Macam debit kad gitu. Sebab saya tidak memiliki kad kredit, jadi saya lebih suka tambah nilai di dalam kad dan guna ikut nilai yang ada. Limit nilai Kad MyPass adalah sehingga RM 1,500.

Penggunaan Kad MyPass di Restoran

Makanan dan minuman memang tidak boleh dipisahkan. Lagi-lagi berada di Malaysia. Inilah negara syurga makanan! Semuanya ada di Malaysia 🙂

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-Old-Town-White-Coffee
Sarapan Pagi di Old Town White Coffee
OLD TOWN Kaya And Butter Toast (Single) – RM 1.90
OLDTOWN Nasi Lemak with Sambal Sotong – RM 9.90
OLDTOWN Enriched Chocolate Freezy – RM 9.50
OLDTOWN White Coffee – RM 3.50

PERCUMA Old Town White Coffee (Hot/Cold) dengan mana-mana pembelian utama menu ala carte nasi dan mee.

www.mypass.com.my/otwc

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-Ayam-Penyet-AP
Lunch di Ayam Penyet-AP
Ayam Penyet
Ice Lemon Tea 
RM 15.60++

Berbelanja RM30 dan ke atas dan dapatkan diskaun RM5

www.mypass.com.my/ayampenyetAP

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-Teeq-Brasserie
Dinner di Teeq Brasserie
Butter Milk Shrimp
Mushroom Soup
Chicken Dream Maryland
Fruit Salad
Orange Juice
RM 80++

Nikmati 20% diskaun ke atas menu a-la-carte

http://www.mypass.com.my/TeeqBrasse

Penggunaan Kad MyPass di Tempat-Tempat Menarik Sekitar Kuala Lumpur

Central Market terkenal dengan gedung seni kerana terdapat pelbagai barangan tradisional di sini. Jika anda ingin mencari kostum tradisi atau cenderahati. Central Market adalah tempatnya. 🙂

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-Wau-Tradisi-Central-Market

Di Wau Tradisi, pelbagai barangan tradisional terdapat disini. Beli apa sahaja barang di kedai ini, anda akan dapat 10% diskaun. 🙂

www.mypass.com.my/wautradisi

Ingin meninjau bandar Kuala Lumpur? Anda boleh menaiki KL HOP-ON HOP-OFF City Bus Tour bila-bila masa. Saya dan rakan-rakan menaiki bas HOHO dari Central Market (HOHO 9) ke Menara Kuala Lumpur (HOHO 2). Ambil masa dalm 1 jam 30 minit. 🙂

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-KL-Hop-On-Hop-Off

Tunjukkan kad MyPass anda di kaunter tiket dan enjoy 20% diskaun untuk Day Ride atau Night Ride.

Warganegara Malaysia

Ticket Type: MyKAD ADULT TICKET
Price: RM19.00 Validity: 24 Hours
Price: RM32.00 Validity: 48 Hours
 
Ticket Type: MyKAD CHILD, STUDENT & DISABLE TICKET
Price: RM12.00 Validity: 24 Hours
Price: RM20.00 Validity: 48 Hours
For MyKad @ MyKid holder
For 5 to 12 years old

Pelancong Asing

Ticket Type: STANDARD ADULT TICKET
Price: RM45.00 Validity: 24 Hours
Price: RM79.00 Validity: 48 Hours
 
Ticket Type: CHILD, STUDENT & DISABLE TICKET
Price: RM24.00 Validity: 24 Hours
Price: RM43.00 Validity: 48 Hours
For 5 to 12 years old

www.mypass.com.my/hoho

Dapat meninjau kota Kuala Lumpur dari Menara Kuala Lumpur Open Desk dan Observation Deck memang menakjubkan. Indah sungguh Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Bangga dan besyukur berada di sini. Hehehe. Bukannya selalu ada kesempatan nak ke Menara Kuala Lumpur, kekangan masa sememangnya jadi isu untuk saya. Patutlah masa sekolah selalu je ada trip ke Menara Kuala Lumpur. Bila dah dewasa, saya ke Menara Kuala Lumpur jika ada jemputan majlis perkahwinan sahaja. Hehehehe.

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-Menara-KL-Observation-Deck
Observation Desk KL Tower
MyPass-Malaysia-Travel-Companion-Menara-KL-Open-Deck
Open Desk KL Tower

Dengan MyPass anda boleh enjoy 10% Off untuk single tiket ke Observation Deck,
Family Package and Combo Package.

Tiket Observation Deck :

Warganegara Malaysia

Dewasa : RM 29
Kanak-Kanak : RM 19

Pelancong Asing

Dewasa : RM 49
Kanak-Kanak : RM 29

www.menarakl.com.my

www.mypass.com.my/menaraKL

Manjakan diri anda bersama Jojoba SPA setelah seharian penat berjalan. 🙂

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-Jojoba-Spa

Nikmati urutan dan diskaun dengan Jojoba Touch (60mins) at RM68 ++ per pax an RM128 ++ per 2 pax. Harga asal (RM149.80 per pax dan RM299 for 2 pax)

www.mypass.com.my/jojobaSPA

Seharian berjalan dan menikmati semua yang terdapat di Kota Kuala Lumpur rasa macam kembali muda remaja pula. Tidak sangka masa berlalu dengan pantas. Macam-macam yang tersedia di Malaysia. Dapatkan kad MyPass jika anda ingin travel bergaya seperti saya. 🙂

Jika ada kawan anda dari luar negara ingin bercuti ke Malaysia. Pastikan setibanya mereka di KLIA, mereka menukar wang asing di cawangan CIMB Bureau De Change KLIA dan membeli kad MyPass di MyPass Hub. Beli kad MyPass dan terus tambah nilai agar mudah perjalanan mereka.

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-CIMB-BDC
Mr Yap Hock Seng, CIMB Vice President Retail Forex & Consumer Sales and Distribution, Mr Bosco Wellington Caldeira, CIMB Director of Retail Forex & Consumer Sales and Distribution, Mr Danny Loh, CIMB Manager of Bureau De Change

Setelah membeli kad MyPass, register Kad MyPass dan e-statement agar anda boleh lihat segala transaksi dari kad MyPass anda.

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-2

Anda akan menerima email pendaftaran yang telah berjaya di daftarkan.

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-Touch-N-Go-E-Statement

Setelah mereka ingin pulang ke negara masing-masing pastikan mereka telah mengambil baki kad MyPass di MyPass Hub KLIA agar lebihan wang mereka dipulangkan.

MyPass-Malaysia-Travel-Companion-Refund-Form

Kad MyPass mereka boleh bawa pulang ke negara masing-masing agar menjadi souvenir dari Malaysia. Hehehe. Jika kembali bercuti ke Malaysia, kad MyPass boleh digunakan lagi. Kad MyPass ini kekal aktif dalam masa 2 tahun. 🙂

Untuk lebih informasi dan pertanyaan, anda boleh salurkan pertanyaan ke facebook dan twitter MyPass Malaysia. Mereka sangat friendly!

www.mypass.com.my

www.facebook.com/mypassmalaysia

www.twitter.com/mypassmalaysia

www.gayatravel.com.my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

10 thoughts on “MyPass “Malaysia Travel Companion”

    Mazni Azmi

    (September 8, 2014 - 10:26 am)

    Kalau macam tu semua toch and go patut convert automatik pada mycard.

    Senang kan.

    Memang murah.. dapat diskaun rm5 untuk pmeblian rm30 di restoran tu..

    Pergi kl tower pun dapat diskaun. wah untungnya

    Boleh jimat banyak. Lebih lebih lagi kalau pergi dengan keluarga
    Mazni Azmi´s last blog post ..Shawl Halfmoon Labuh Helwa Untuk Puan IzanMy Profile

    akubiomed

    (November 7, 2013 - 10:21 pm)

    Bagus ada sistem kad yang bersepadu. Semuanya mudah. Harap akan ada satu sistem autodebit ke dalam akaun bank pengguna seperti digunakan di UK. Tidak perlu lagi bawa kad.

      Ruby

      (November 8, 2013 - 1:02 pm)

      Akubiomed > Ruby ada 20 kad TNG dan ada usulkan pertanyaan, boleh tak nak transfer semua baki ke dalam satu kad sahaja. Prosedur macam tu nampak mudah kan? Tapi hakikatnya kad TNG ini transaksi di dalam kad sahaja. Sebab tu bila kita guna di tol dan public transport sekejap je sekali touch dah boleh jalan. Jika TNG link dengan akaun bank, sure masa kita guna TNG di tol ambil masa 5 – 10 minit untuk bank luluskan dan paparkan baki semasa. Hahahaha. Masa tu lorong tunai lagi relevan digunakan. hehehe. Mungkin lepas ni dalam satu kad MyPass boleh memiliki dua akaun di dalam kad. Satu akaun utk TNG dan satu lagi more kepada debit kad yg link ke akaun bank. Biar merchant guna machine swipe macam kredit card dan utk kegunaan public transport n TNG kita guna yang seperti sedia ada iaitu Touch ‘n Go! Hehehe.

    Sunshine Kelly

    (November 6, 2013 - 6:30 pm)

    wahhh… best nyer dapat MyPass macam name card. shakido ni chop 2 kerusi ahhh 😛

    taufulou

    (November 6, 2013 - 5:57 pm)

    wow.. such a long post!

    its a good start. . hopefully the system is fully running for next year visit 2014 that brings more convenient to travelers.

      Ruby

      (November 7, 2013 - 11:59 am)

      Taufulou > long post special for you. Hahahaha! Yes it is very convenient using MyPass expecially when travel around Kuala Lumpur City. Public Transport or even shopping semua boleh. But kena ada TNG logo le kan. 🙂

    KiD

    (November 6, 2013 - 4:20 pm)

    Waaahhhh… banyak juga kelebihan myPass!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.