Pelancaran Pentax K-3

| |

Ricoh Imaging Co. kini tampil dengan lensa terbaiknya di pelancaran Pentax K-3. Ricoh Imaging Co. memperkenalkan siri DSLR terbarunya, Pentax K-3 yang diperincikan dengan fungsi simulator anti-aliasing – inovasi hebat yang dicipta khusus untuk K3.

Ia semestinya berita baik kepada jurugambar professional dan peminat dunia fotografi yang ingin mengurangkan kesan beralun pada imej secara efektif tanpa perlu memasang penapis optikal anti-aliasing pada kamera.Inovasi canggih itu member pilihan kepada pengguna sama ada menggunakan penapis atau tidak sewaktu merakam pemandangan dan objek.

Mr. Takashi Arai, Mr. Ryota Shimamoto, Mr. Jeffrey Ng & Ms. Rissa Chan

Mr. Takashi Arai (Pengurus Produk), Mr. Ryota Shimamoto (Pengurus Jualan Ricoh Imaging Co. Japan Malaysia), Mr. Jeffrey Ng & Ms. Rissa Chan

Pengurus Produk, Takashi Arai, berkata Pentax siri K mempamerkan paparan imej yang lebih efektif dengan 24mp megapixel dan sensitiviti ISO 51200 terunggul. Pentax K-3 lebih baik daripada produk hi speed continuous shooting lain dengan kuasa 8.3fps dan tentunya, fungsi simulator anti-aliasing memenuhi kehendak pencinta dunia fotografi.

K3_18135_bg5_front

K3_bg5_back

Harga Pentax K-3 Body Only Kit – RM 4,099.00

K-3 turut dilengkapi sensor imej terbaru APS-C-size CMOS (23.5mm x 15.6 mm). Ciri itu turut digabung dengan engin memproses imej PRIME III – yang melonjakkan kemampuan pemprosesan imej sekaligus mengurangkan bunyi bising secara efisyen. Hasilnya, kualiti gambar berkualiti tinggi walau dalam suasana terlalu terang.

Models holding Pentax K-3

Di majlis sama, penerbit majalah DSLR, KL Yeam yang sering tampil hebat dengan karya fotografi hitam putih turut memberikan tutorial produk.

Yeam dikenali kerana kepakarannya merakam foto studio dan jalanan, selain turut digelar jurugambar berjiwa lasak yang sentiasa meneroka aspek fotografi di luar kebiasaan. Penceritaannya secara bersahaja menghidupkan suasana sepanjang sesi penerangan yang cukup teknikal itu.

Yeam menyentuh mengenai monitor LCD mudah lihat 3.2 inci dengan anggaran 1,037,000 dot (dalam nisbah 3:2) dan kaca tempered pada panel depan sebagai jaminan ketahanan.

Begitu juga dengan binaan dipanggil air-gapless di mana tiada ruang udara antar alapisan LCD, mampu mengurangkan kesan pantul balik dan penyebaran cahaya yang menjadi penyebab gambar kabur sewaktu penggambaran luar bangunan. K-3 turut dilengkapi kemudahan tayangan imej yang kelihatan „hidup? sewaktu gambar diulang tengok.

 

Ricoh turut mengumumkan penawaran K-3 Edisi Perak Premium, terhad sebanyak 2,000 unit di seluruh dunia. Dikemaskan badan dan pemegang berwarna perak, siri edisi terhad yang menyerlah ini dikatakan pelengkap lensa versi perak edisi terhad yang direka khusus untuk menjelaskan imej kabur.

Pentax-K3-body-with-D-BG5-Silver

Pentax-K3-Silver-Pre-Order

Harga Pentax K-3 body kit with Pentax D-BG5 Battery Grip (Silver Limited Edition) – RM 5,199.00

Apa ada dalam kotak kamera?

– Pentax K-3 body kit (SILVER LIMITED EDITION)
– Pentax D-BG5 Battery Grip (SILVER LIMITED EDITION)
– Neck Strap (LIMITED EDITION)
– Li-Ion Battery D-LI90
– Eyecup FS
– Finder Cap ME
– PC Socket Cap
– Battery Charger Kit K-BC90
– Hotshoe Cover FK
– Body Mount Cover
– Focusing Screen MF-60 Frame Matte
– Software CD-ROM S-SW140

* HD Pentax DA 15mm F4 tidak termasuk di dalam pakej ini.

www.facebook.com/RicohMalaysiaOfficial

www.facebook.com/PentaxMalaysia

www.ricoh.com.my

www.pentax2u.com

Previous

Bonjour Garden Intermark Kuala Lumpur

The Hunger Games : Catching Fire

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.