Sunsilk Webisod Hijabku Gayaku

Masih ingat lagi peraduan pencarian 10 peragawati dan 10 pereka fesyen bagi Sunsilk Hijabku Gayaku yang berakhir pada 31 Julai 2013 yang lalu?

Setelah memilih 10 peragawati dan 10 pereka fesyen, kini mereka akan bersaing bagi mendapat tempat ke pentas IFF

Sunsilk-Hijabku-Gayaku-2

10 Peragawati

Nurlaily Binti Mahmud
Nur Amalina Binti Ismail
Arlina Erwany
Nurul Syifa @ Siti Aishah Binti Ahmarofi
Nur Syaqilla Binti Mustaffa
Aina Wahida Binti Amran
Nik Nur Effah Binti Che Naf
Madihah Amirah Binti Mohd Roshdy
Noraimy Binti Razali
Nur Aliah Binti Mohd Shamsuddin

Sunsilk-Hijabku-Gayaku-3

10 Pereka Fesyen

Muhammad Abid Bin Shamsuddin
Chen Siew Chin
Umi Amirah Zahra Binti Zaidi
Muhammad Ridzuan Bin Alias
Mohd Hazuan Bin Hussin
Kelvin Tan Khai Wen
Muhamad Zharin Hariz Bin Mat Mazelan
Putera Muhammad Nabil Bin Hazmee
Mohd Ridzuan Bin Mohd Tamsir
Nur Syafiqah Binti Suhaimi

Untuk terpilih ke pentas IFF bukanlah mudah, mereka perlu melakukan beberapa tugasan yang dalam masa yang sama dapat menarik perhatian para juri dengan cara peragaan model dan rekaan fesyen yang mengikut tema yang diberikan.

Sunsilk Webisod Hijabku Gayaku akan mula ditayangkan di saluran Youtube Sunsilk Malaysia pada setiap hari Isnin bermula 1 November 2013 hingga 2 December 2013.

Webisod yang berlangsung selama 5 minggu ini akan di hos oleh Diana Amir yang juga seorang selebriti Muslimah di Malaysia.

Sunsilk Hijabku Gayaku merupakan satu rancangan realiti yang mempaparkan tentang cabaran yang dilalui oleh 10 pereka fesyen yang terpilih bagi menyiapkan rekaan untuk diperagakan oleh 10 model yang bertanding dipentas peragaan berprestij iaitu Islamic Fashion Festival (IFF). Pelbagai jenis tugasan perlu dilaksanakan oleh para pereka dan model dalam usaha unutk memenangi hadiah pertama sebanyak RM5, 000 beserta paparan eksklusif di majalah untuk seorang pereka fesyen dan seorang model. Pereka fesyen yang berjaya juga mendapat latihan praktikal dibawah pereka fesyen terkenal iaitu Rico Rinaldi selama sebulan.

Untuk pengetahuan, Episod 1 telah pun disiarkan di www.youtube.com/user/SunsilkMY dan merupakan episod permulaan dan pengenalan program kepada penonton. Cabaran yang perlu disahut 10 pereka fesyen pada episod ini adalah mencabut undi warna tema dan perlu menggabungkan warna hijau sebagai elemen Sunsilk Clean & Fresh. Mereka juga perlu melakar dan menggabungkan elemen London, Paris, New York dan juga Kuala Lumpur kedalam satu rekaan bagi wanita berhijab, dalam cabaran ini para pereka fesyen dibantuoleh juri/mentor mereka iaitu Hatta Dolmat (Pereka Fesyen).

Episod kedua pula para pereka dibawa ke Jakel Kuala Lumpur dan diberi RM500 untuk membeli material dalam masa 1 jam sahaja! Episod 2 ini dah pun disiarkan. Jadi kepada yang masih belum menonton lagi episode ini , anda boleh menontonnya di http://www.youtube.com/sunsilkmy.

Episod ketiga pula merupakan episod imuniti dimana mereka diberi cabaran dan pereka yang memenangi cabaran ni boleh memilih model sendiri dan tentukan model model untuk pereka lain. Ini pastinya memberi kelebihan kepada pemenang cabaran kerana diberikan peluang untuk memilih model sendiri bagi menggayakan rekaannya di pentas IFF.

Untuk mengetahui apa yg berlaku seterusnya, ikuti perjalanan mereka menerusi 5 webisod ini, dimana pelbagai tugasan dan cabaran perlu dihadapi oleh para pereka fesyen dan model yang bertanding bagi mempersiapkan diri untuk bertanding dipentas berprestij Islamic Fashion Festival (IFF). Ikuti persaingan pereka fesyen & model dalam memenangi hadiah pertama sebanyak RM5, 000 beserta paparan eksklusif di majalah untuk seorang pereka fesyen dan seorang model dalam rancangan realiti ini.

Saksikan 5 Webisod Sunsilk Hijabku Gayaku di

www.youtube.com/user/SunsilkMY

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.