The Hunger Games : Catching Fire

The Hunger Games: Catching Fire adalah filem pengembaraan sains fiksyen Amerika berdasarkan novel penulisan Suzanne Collins. Catching Fire adalah sambungan kedua dalam The Hunger Games trilogi. The Hunger Games filem dihasilkan dan diedarkan oleh Lionsgate yang diarah oleh pengarah filem Francis Lawrence dan screenplay oleh Simon Beaufoy dan Michael Arndt.

Capitol-Portraits-The-Hunger-Games-Catching-Fire

Setelah kejayaan Katniss Everdeen dan Peeta Mellark pada The Hunger Games ke-74, mereka telah menjadi idola kepada semua District dan telah membuat President Snow tidak senang duduk. Kehidupan Katniss dipantau dan tiap gerak geri diperhatikan bagi membuat semua District merusuh. Dalam masa yang sama, President Snow mengugut Katniss supaya berhenti berlakon bahawa beliau bercinta dengan Peeta agar setiap District tidak membantah apa sahaja suruhan Capitol atau keluarga dan orang tersayang akan dibunuh.

The-Hunger-Games-Catching-Fire

Untuk membuatkan President Snow tidak menganggu Katniss dan Peeta, mereka telah mengumumkan hasrat ingin berkahwin. Dalam masa yang sama President Snow mengumumkan adanya The Hunger Games ke-75. The Hunger Games ke-75 adalah siri Quarter Quell, dimana para survivor dan pemenang sebelum ini akan dikumpulkan kembali bagi mewakili District masing-masing. Kemarahan Katniss membuak-buak dan macam-macam cara President Snow lakukan supaya Katniss melakukan perkara yang akan membuatkan District marah dan tidak menyokong Katniss dan beralih kepada asal iaitu terus menjadi hamba Capitol.

Banyak adengan menarik di dalam filem The Hunger Games : Catching Fire. Detik sedih pun banyak juga. Tapi part paling saya suka bila Katniss menggayakan wedding dress yang diberi oleh President Snow dan diubah suai oleh Capitol Designer Cinna. Hehehehe. Terbaik lah dari wedding dress bertukar ke Mockingjay dress siap berkepak lagi. TROLL untuk President Snow.

The-Hunger-Games-Catching-Fire-The-Wedding-Dress

The-Hunger-Games-Catching-Fire-Cinna-Dress

The-Hunger-Games-Catching-Fire-The-Mockingjay-Dress

The Hunger Games: Catching Fire untuk 75th Quarter Quell cara permainannya amat berbeza. Nasib baik ada Haymitch yang sering bantu memberi sokongan dan tips. Kali ini mereka perlu bersekutu dengan beberapa District agar dapat terus hidup.

The-Hunger-Games-Catching-Fire-Arena

 The Hunger Games: Catching Fire – Arena baru.

Arena baru yang banyak sangat halangan. Ada bom, litar pintas, gas beracun, monyet ganas, tsunami, banjir berdarah dan yang paling penting air bersih tiada. Bergolek-golek mereka ni berlari dan jatuh. Susah sangat!

Para Pelakon The Hunger Games : Catching Fire

Jennifer Lawrence as Katniss Everdeen
Josh Hutcherson as Peeta Mellark
Liam Hemsworth as Gale Hawthorne
Woody Harrelson as Haymitch Abernathy
Elizabeth Banks as Effie Trinket
Lenny Kravitz as Cinna
Philip Seymour Hoffman as Plutarch Heavensbee
Jeffrey Wright as Beetee
Stanley Tucci as Caesar Flickerman
Donald Sutherland as President Coriolanus Snow
Toby Jones as Claudius Templesmith
Sam Claflin as Finnick Odair
Jena Malone as Johanna Mason
Lynn Cohen as Mags
Amanda Plummer as Wiress
Meta Golding as Enobaria
Bruno Gunn as Brutus
Alan Ritchson as Gloss
Stephanie Leigh Schlund as Cashmere
E. Roger Mitchell as Chaff
Maria Howell as Seeder
Elena Sanchez as Cecelia
Bobby Jordan as Blight
John Casino as Woof
Willow Shields as Primrose “Prim” Everdeen
Paula Malcomson as Mrs. Everdeen
Patrick St. Esprit as Romulus Thread
Stef Dawson as Annie Cresta

The-Hunger-Games-Catching-Fire-Quarter-Quell Wiress, Beetee, Mags, Johanna, Finnick, Katniss, Peeta, Cashmere, Gloss, Enobaria & Brutus

District 1 : Gloss & Cashmere (Pasangan adik beradik – jahat dan ganas)
District 2 : Enobaria & Brutus (Terkenal dengan gigi tajam supaya dapat gigit leher musuh)
District 3 : Wiress & Beetee (Genius dan pandai dalam bab sains. Mahir dalam teknologi)
District 4 : Mags & Finnick (Pasangan yang paling epik dalam filem ini. Orang tua pun masuk The Hunger Games tau)
District 5 : Mati awal
District 6 : The Morphlings (Mati awal)
District 7 : Johanna & Blght (Johanna ni memang tidak suka President Snow,bersekutu bersama Katniss. Suka watak dia. Hehehehe)
District 8 : Cecilia & Woof 
District 9 : Mati awal
District 10 : Mati awal
District 11 : Seeder & Chaff
District 12 : Katniss & Peeta

Keseluruhan filem ini best, cuma ending dia kena tunggu sambungan filem seterusnya. Hehehehe. Katniss, Haymitc, Finnick dan Plutarch Heavensbee (the Head Gamemaker) rupanya dah bersekutu. Cuma Katniss tidak diberitahu kerana President Snow awasi dia 24 hour. So lepas Katniss dah jahanamkan Arena, sebelum tu sempat si Johanna hapuskan tracker dekat tangan Katniss. Sambungan The Hunger Games pada 2015 iaitu The Hunger Games: Mockingjay pula. Selamat menonton!

www.facebook.com/TheHungerGamesMovie

 

8 thoughts on “The Hunger Games : Catching Fire”

  1. Dah tengok 1 & 2 – lamanya nak tunggu yg ke-3! Ingatkan keluar tahun ni… 😀 Hoffman dah takda – agaknya apa akan jadi dgn watak Plutarch?

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.