Tune Hotels “Taste The World” Dengan Kadar Bilik Serendah RM20 Satu Malam

Kumpulan hotel antarabangsa Tune Hotels hari ini melancarkan kempen percutian ‘Taste The World’ yang menawarkan kadar bilik serendah RM20 satu malam untuk hotel-hotelnya di Malaysia.

Kadar-kadar menarik juga ditawarkan untuk Tune Hotel terpilih di Indonesia yang bermula hanya dari 68.000 Rupiah; Thailand 599 Baht; Filipina PHP 788; UK 49 Pound Sterling; Australia A$ 55; India 399 Rupee; dan Jepun 3,030 Yen.

Kadar-kadar promosi ini boleh didapati secara eksklusif untuk tempahan online di www.tunehotels.com bermula Ahad ini 24 November sehingga 1 Disember 2013. Bilik-bilik dengan kadar promosi ini adalah untuk penginapan dari bulai Julai sehingga September 2014.

Kini terdapat 38 buah Tune Hotel yang sedia menerima tempahan bilik di lapan negara termasuk 11 di Malaysia, 8 di Filipina, 7 di Indonesia, 5 di UK, 4 di Thailand, 1 di Australia, 1 di India dan 1 di Jepun.

Shireen-Jasin-Manager-Of-Tune-Hotel-Downtown-Kuala-Lumpur-And-Mr-Kishore-Suppiah-Tune Hotels-Country-Manager-For-Malaysia-And-Mr-Anwar-Ali-Jumahboy-Tune-Hotels-Director-Of-Hotel-OperationsDari kiri Shireen Jasin – Manager of Tune Hotel Downtown KL, En Kishore Suppiah – Tune Hotel Country Manager for Malaysia, Anwar Ali Jumabhoy – Tune Hotels Director of Hotel Operations dan Tune Hotel Downtown KL Staff.

Pengarah Operasi Tune Hotels En. Anwar Ali Jumabhoy berkata: “Di Malaysia, kempen percutian ‘Taste The World’ ini amat bertepatan dengan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2014 tidak lama lagi. Lebih lima juta tamu telah menginap di seluruh rangkaian Tune Hotels dan kami berharap lebih ramai pelancong dan pelawat dapat menikmati penginapan berkualiti tinggi pada harga amat berpatutan di hotel-hotel kami di Malaysia, sambil mengalami sendiri kepelbagaian budaya dan makanan kita.”

Kempen percutian bertema ‘Taste The World’ ini lebih kepada usaha untuk para tetamu menikmati keistimewaan negara kita. Kebanyakan pelancong hadir ke Malaysia amat sukakan makanan dan budaya, dengan cara itu Tune Hotels berhasrat memberi kadar penginapan yang jimat dalam masa yang sama pelancong dapat berbelanja lebih untuk mencuba makanan dari mana-mana restoran atau warung di tempat tersebut.

Taste The World bukanlah bermaksud penginapan anda disertakan dengan makanan, tetapi lebih kepada kemudahan untuk anda mengembara. Pastinya ini adalah berita gembira kepada pengembara solo mahupun bekeluarga. 🙂

Betapa pentingnya juadah tempatan sesebuah negara dalam menjadikan pengalaman percutian yang menarik. Dengan menawarkan kadar-kadar penginapan yang sangat istimewa kami ingin mengajak para tamu untuk sama-sama menikmati juadah tempatan terbaik di Asia, Australia dan juga UK.

Tune-Hotel-Downtown-KL

Anwar hari ini melancarkan kempen percutian ‘Taste The World’ di Tune Hotel Downtown Kuala Lumpur iaitu hotel sulung kumpulan tersebut yang dibuka pada 2007. Hotel tersebut menjalani pengubahsuaian pada tahun lepas dan kini berwajah baru dengan rekabentuk jenama Tune Hotels yang lebih segar dan ceria. Sejak bulan Jun 2013, ia telah menambah sebanyak 100 bilik lagi dengan pembukaan sayap barunya yang terletak bersebelahan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara.

Tune Hotel Downtown Kuala Lumpur kini menawarkan 275 bilik yang terdiri daripada bilik double, twin dan single.

Tune-Hotel-Downtown-KL-Lobby

Tune-Hotel-Downtown-KL-Double-Room-Interior

Tune-Hotel-Downtown-KL-Single-Room-Interior-3

Tune-Hotel-Downtown-KL-Single-Room-Interior-2

Tune-Hotel-Downtown-KL-Single-Room-Interior-4

Tune Hotels menawarkan penginapan bertaraf antarabangsa dengan bilik yang selesa lagi bersih, kawalan keselamatan 24 jam dan paling utama, lokasi yang strategik berhampiran dengan pelbagai tarikan di pusat bandaraya.

Tune Hotels merupakan peneraju konsep penginapan pakai-bayar yang kini amat popular dalam kalangan pelancong dan pelawat di seluruh dunia. Menerusi konsep ini, tamu hanya membayar kadar asas untuk bilik dan boleh memilih perkhidmatan yang diperlukan sahaja seperti pendingin hawa, tuala, internet dan televisyen. Dengan itu  tamu bukan sahaja dapat menjimatkan belanja malah mengurangkan pembaziran dan menyelamatkan alam sekitar.

Tune Hotels menyediakan penginapan berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa dengan fokus terhadap keperluan-keperluan utama tanpa kemudahan-kemudahan yang jarang digunakan oleh tamu seperti kolam renang, fasiliti korporat dan gimnasium. Tanpa kemudahan yang mahal dan memerlukan penyelenggaraan teliti ini, Tune Hotels dapat membuat penjimatan dan seterusnya berkongsi dengan pengguna dengan menawarkan kadar-kadar istimewa.

Tune Hotels adalah sebahagian daripada Tune Group, konglomerat pernaigaan gaya hidup yang diasaskan bersama oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Dato’ Kamarudin Meranun yang masing-masing merupakan CEO Kumpulan dan Pengerusi Eksekutif AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia.

www.facebook.com/tunehotels

www.twitter.com/tunehotels

www.tunehotels.com

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

7 thoughts on “Tune Hotels “Taste The World” Dengan Kadar Bilik Serendah RM20 Satu Malam

    Hasnul Mutawif

    (September 6, 2014 - 1:09 pm)

    Boleh tahan juga kemudahan tune hotels.

    Rate bilik pun murah kalau tempah awl
    Hasnul Mutawif´s last blog post ..Hukum Umrah Tidak Wajib Pergi ?My Profile

    hazman aka species1980

    (November 28, 2013 - 4:38 pm)

    Dapat la cuci mata kejap tengok awek tune hotels ….ekekekeke

      Ruby

      (December 3, 2013 - 12:15 pm)

      Awekkkkkk.. hahahahaah..

    Amran

    (November 23, 2013 - 10:55 pm)

    Memang murah giler.. Tapi biasanya harga tu akan bertambah ikut keperluan kita. Yang tak perlu kita tak payah la ambik kan..

      Ruby

      (November 25, 2013 - 9:36 pm)

      Amran, betul tu. Konsep dia macam tulah. Lagi pun kebanyakan gi travel tak selalu stay dlm bilik je. Hehehehe.

    anuar

    (November 22, 2013 - 8:53 pm)

    Betul ke boleh dapat RM20 semalam… agak2 siap dengan katil dan kemudahan lain untuk harga RM20 semalam tu? Atau sekadar bilik kosong sahaja. .

      Ruby

      (November 22, 2013 - 9:00 pm)

      Anuar oi… mana ada bilik kosong kat tune hotel. Tengok la gambar dan video akak pasang tuuuuu.. adeh ko ni..

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.