Asam Laksa Peranakan Jonker88 Melaka

      5 Ulasan pada Asam Laksa Peranakan Jonker88 Melaka

Bagi penggemar laksa seperti saya, memang saya suka mencuba Laksa di setiap negeri di Malaysia. Kebiasaannya makan Laksa Perak buatan mak. Hahahaha.

Gurau je, actually setiap negeri di Malaysia ni ada pelbagai jenis laksa. Perbezaan ketara dari penggunaan jenis ikan dan cara masakan. Kali ini jom kita cuba Laksa dari Melaka. Yummeh!

Peranakan adalah istilah yang digunakan bagi keturunan lewat 15 dan abad ke-16 pendatang Cina ke kepulauan Malaya. Ahli-ahli komuniti ini terdapat di Melaka, Malaysia. Gelaran yang biasa kita dengar adalah Baba Nyonya yang bermaksud Nyonya adalah istilah untuk wanita dan Baba untuk lelaki.

Kebanyakan menu makanan di Restoran Jonker88 terdapat gelaran Baba Nyinya. Walaubagaimana pun Peranakan Cina ni lebih selesa digelar peranakan dari dipanggil Baba Nyonya kerana gelaran Baba Nyonya lebih kepada penggunaan di dalam ahl keluarga masing-masing. 🙂

Asam-Laksa-Peranakan-Melaka-8 Asam-Laksa-Peranakan-Melaka-22 Asam-Laksa-Peranakan-Melaka-30 Asam-Laksa-Peranakan-Melaka-25

Sewaktu ruby ke Restoran Jonker88 ni, ruby datang bersama rombongan C1MTA (Celebrating 1Malaysia Truly Asia) team bersempena dengan tahun melawat Malaysia 2014. Hehehehe. Kami buat food review disini. Macam-macam kami nak cuba makan, tetapi restoran ni terlalu sibuk. Maka kami order cepat-cepat dan cari tempat duduk. Nak dapatkan tempat duduk pun kena tunggu. Rata-rata pelanggan di sini pun memahami. Mereka makan rilek-rilek sehingga habis dan bangun. Takda nak melepak lama-lama.

Asam-Laksa-Peranakan-Melaka-20 Asam-Laksa-Peranakan-Melaka-3

Nyonya Asam Laksa Sour Spicy – RM 6.00

Saya mencuba Nyonya Asam Laksa Sour Spicy. Kuah Asam Laksa ni pedas masam yang serasi. Bezanya Asam Laksa Melaka dengan  negeri lain adalah kuahnya ada santan. Hehehe. Laksa yang digunakan adalah laksa basah. Sedap sangat. Selain itu terdapat bebola ikan besar, fucuk, telur rebus separuh dan udang satu ekor.

Asam-Laksa-Peranakan-Melaka-12  Baba Ais Kacang – RM 3.00

Baba Ais Kacang seperti ais kacang yang biasa kita makan, yang membezakannya adalah gula yang digunakan adalah gula melaka bukan gula merah yang biasa tu ya. Manis gula melaka ni berbeza kerana terasa kemanisan manis pekat yang tidak membuatkan anda berkata ewwwww..

Asam-Laksa-Peranakan-Melaka-14 Asam-Laksa-Peranakan-Melaka-17 Asam-Laksa-Peranakan-Melaka-11   Asam-Laksa-Peranakan-Jonker88-Melaka-32 Asam-Laksa-Peranakan-Jonker88-Melaka-31

Makan bersama www.gayatravel.com.my

Lokasi Restoran Jonker88

Jonker-88-Maps

No. 88, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka, Malaysia, 75200 Melaka

www.jonker88.com

www.facebook.com/jonker88

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 comments on “Asam Laksa Peranakan Jonker88 Melaka

    1. Ruby Post author

      Akubiomed pergi Jonker waktu malam minggu sesak giler.. hahaha. tapi gambar ekspresi muka penduduk tempatan di pasar memang best lah. even ambil gambar tengah sesak tu pun mereka bagi laluan. mereka dah biasa dengan pelancong dari dalam negara atau pun luar negara. hehehe.

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge