Cincin Khat Jawi Dari Anggun Klasik Hadiah Ulangtahun Perkahwinan

Alhamdulillah genap 1 tahun bergelar suami isteri pada 11 November 2013. Errkkk lamanya baru kongsi dekat blog. Hahahahaha. Surprise! Inilah cerita Cincin Anggun Klasik. 🙂

Sebenarnya ruby tak tahu nak beri apa kepada suami, selain masak sedap, urut-urut kaki, bagi dia main game XBOX sampai tengah malam atau keluar dinner? Hmmm.. Memandangkan tengah sarat hamil, hasrat nak berjalan memang tidak ada. Hahahaha.

Pada bulan May 2013 saya telah diumumkan sebagai pemenang bagi peraduan LIKE & SHARE di Facebook Anggung Klasik. Hahaha. Macam tidak percaya je. Lihatlah wahai lelaki, seorang wanita merancang untuk mencari hadiah tanda penghargaan kepada suami punyalah lama. Siap masuk peraduan lagi tu. Kahkahkahkah. Alhamdulillah rezeki dari Allah s.w.t.

Maka bermulalah sesi soal jawab tentang saiz cincin. Serius ruby tak tahu saiz cincin suami sebab sebelum ni beli cincin nikah dia main sarung je mana-mana yang dia berkenan. Lepas tu beli dan keluar dari kedai. Hmm.. Mudahnya!!

Ingat dah selesai pasal saiz je? Warna batu Zirkonia juga memeningkan kepala ruby. Suami cakap dia suka batu warna kuning. Masa tu lalu di kedai emas. Ruby tengok tangan dia yang gelap tu dan match dengan batu warna kuning tu memang tidak la kan!! So nak mudah dan nampak kemas serta elegan ruby minta batu sama dengan cincin selebriti Irma Hasmie. Hahaha.

Cincin-AnggunKlasik-2

Cincin-AnggunKlasik-1
Gambar ini agak berbeza warna batunya kerana saya ingin fokus kepada ukiran jawi halus tu. Nampak tak??
Nama sebelah kanan jawi : naim
Nama sebelah kiri jawi : ruby
Tarikh di sebelah dalam : 25 Dzulhijjah 1433 H
Nama penuh disebelah luar jawi : saiful naim
Saiz : 19
Batu : Biru
 
Cincin-AnggunKlasik

Tadaa cantik tak? Hehehehe. 🙂

Dapatkan cincin khat jawi dari Anggun Klasik. Yang ruby punya RM 700 sebentuk. Harga mungkin berbeza mengikut saiz, jenis batu, jenis khat jawi, lokasi ukiran khat jawi dan material.

Baca penulisan blog yang lalu?? http://ruby.my/2012/08/cincin-perkahwinan-ukiran-tulisan-khat-jawi-dari-anggun-klasik

Ingin menempah Cincin Khat Jawi dari Anggun Klasik sila hubungi En Zulfa.

Alamat :
Anggun Klasik
Jalan Kristal 7/68D, 40000 Shah Alam, Malaysia
 
Email :
anggunklasik@gmail.com
zulfa.khairi@gmail.com
 
SMS / Whatsapp / Wechat / Call:
012-9602339 (Zulfa)
 
www.anggunklasik.com
www.facebook.com/myAnggunklasik
 
xoxo!
 
sign5

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.