Cinderella 2013

cinderella-filem-2013

Cinderella ini terbitan daripada Excellent pictures arahan Ahmad Idham. Filem ini adalah terbitan yang ke 11 Excellent Pictures. Menurut Ahmad Idham, beliau memang mahu menerbitkan filem ini. Jadi kita berpeluang menyaksikan sebuah kisah cinta ini sekali lagi.

Dahulu tajuk Cinderella dahulu pernah ‘top’ di kaca televisyen pada tahun 1998 dengan pelakon mantap Ahmad Idham dan Haliza Misbun. Jom kita baca sinopsis drama ini dulu ye.

Ia mengisahkan Nurul yang terpaksa menyembunyikan kekayaann yang dimilikinya untuk menjaga kepentingan pihak lain termasuk suaminya.

Nurul memiliki kekayaan yang diwarisi oleh bapanya. Selepas kamatian bapanya, dia tinggal bersama keluarga tiri yang ingin membolot harta tersebut. Dalam satu kejadian dia bertemu Salman.

Salman bekerja di New Zealand di sebuah syarikat milik ibu kandung Nurul yang membawa diri dan meninggal dirinya sejak kecil. Dia berjaya dalam perniagaan di New Zealand.

Setelah berkahwin dengan Salman, Nurul terpaksa berlagak sebagai orang gaji kerana tidak mahu Salman kehilangan hak penjagaan ke atas anaknya dari perkahwinan terdahulu.

Dia sanggup berlagak sebagai pembantu kerana hasratnya ingin mencari ibu kandung yang berada di sana. Setelah ke sana dia mengetahui yang Salman bekerja di syarikat milik ibunya.”

Anda jangan terpedaya dengan sinopsis ini kerana filem Cinderella ini lain daripada yang original, walaupun mengekalkan nama watak yang sama. Filem ini membawa kehidupan yang sedih, gembira, persahabatan dan yang penting hubungan kekeluargaan yang utuh walaupun terdapat pelbagai rintangan.

Filem Cinderella ini berjaya di lakonkan oleh Nelydia Senrose sebagai Nurul dan Fizo Omar sebagai Salman. Kisah ini berlainan sedikit daripada original, kali ini mengisahkan Nurul seorang gadis kampung yang tinggal bersama keluarga tirinya. Sewaktu hujan lebat abang tirinya cuba merogol Nurul, Nurul lari sehingga sampai khemah Salman meminta pertolongan. Disebabkan cuaca hujan yang lebat Salman dan Nurul berada di dalam khemah sepanjang malam lalu menimbulkan fitnah. Pada waktu pagi, Salman dan Nurul di serbu oleh jabatan agama, dengan tidak mempunyai pilihan lain Salman terpaksa mengawini Nurul. Salman begitu kecewa dan marah semasa mengangkat nikah.

Jadi apakah kesudahan kisah Cinderella ini, adakah Nurul dapat kebahagian daripada Salman atau Nurul di herdik dan dihina kerana perbuatan abang tirinya yang tidak bermoral??? Jom saksikan ‘trailer’ dan beberapa gambar disebalik tabir filem ini.

Cinderella-2013-7 Cinderella-2013-12 Cinderella-2013-18 Cinderella-2013-3 Cinderella-2013-15 Cinderella-2013-13
Bagi peminat cerita cinta, anda mesti tonton filem ini banyak pengajran yang boleh kita jadikan pengajaran dalam hidup. Sebagai manusia kita tidak pernah tidak melakukan kesalahan dan dalam hidup ini tidak semestinya tidak ada sinar harapan. Ingat lah dan yakin segala yang terjadi adalah kehendak tuhan.

 

8 thoughts on “Cinderella 2013”

  1. ceta ni masa zaman sekolah lg suka giler..sagup tugu lpas lik sekolh yerlaa dulu tkde intenet sesagt..apatah lg duk ceruk kg..cedih..bila lg diorg nk tayang lg

  2. alahai susah yer nnk tgok online ..jom mintk abg ahmad idham softcopy huhuuu…tesen yer..da la tahun lpas tk sempat..hari raya pun tk sempat..naper laa…ni gara2 tkut kes cetak rompak..

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.