Hamleys Malaysia

Kini mainan terunggul di dunia telah dibuka di Malaysia! Yay! Cawangan pertama Hamleys dibuka kepada orang ramai di 1Utama bermula pada 30 November 2013. Selama lebih 250 tahun, kedai mainan terkemuka di Dunia, Hamleys dari London akan membawa kegembiraan dan pengalaman yang ajaib kepada kanak-kanak pada semua peringkat umur.

Hamleys-Malaysia-1Utama-25

Hamleys-Malaysia-1Utama-22

Hamleys-Malaysia-1Utama-26

Hamleys-Malaysia-1Utama-27

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Ludendo, Encik Rudolph Hidalgo, Ketua Pegawai Eksekutif Hamleys, Encik Gudjon Reynisson, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia, Encik Ray Kyles hadir bersama-sama dengan Pengerusi GRV Toy Store Sdn Bhd, Dato ‘Ishak bin Osman, Pengarah GRV Toy Store Sdn Bhd, Encik Kim Manaf, dan Cik Noor Azlin turut hadir untuk merasmikan kedai Hamleys yang pertama di Malaysia.

Sejarah menarik Hamleys bermula dengan William Hamley, yang berbangsa Cornishman dari Bodmin, England. Pada tahun 1760, kedai Hamleys yang pertama telah dibuka di Holborn, London dan pada tahun 1881, ia berpindah ke Regent Street. Kini, gedung utama Hamleys di London mempunyai lebih daripada 40,000 jenis mainan di kesemua tujuh tingkat gedungnya!

Sebagai sebuah jenama yang dipercayai di seluruh dunia, Hamleys memupuk kesetiaan pelanggan dan pertumbuhan jenama melalui pendekatan yang unik dalam strateginya yang merangkumi hiburan, demonstrasi mainan, reka bentuk kedai yang berwarna-warni dan menarik digabungkan dengan mainan hebat jenama Hamleys itu sendiri. Berjuta-juta keluarga yang masuk melalui pintu Hamleys disambut oleh patung beruang Hamley dan Hattie, dapat menonton persembahan boneka atau mengambil bahagian di dalam silap mata. Inilah cara Hamleys yang ingin memastikan pelanggan-pelanggannya mengalami sendiri hiburan  yang unik.

Hamleys-Malaysia-1Utama-7

Hamleys-Malaysia-1Utama-6

Hamleys-Malaysia-1Utama-5

Hamleys-Malaysia-1Utama-3

Hamleys-Malaysia-1Utama-2

Hamleys-Malaysia-1Utama-1

Hamleys-Malaysia-1Utama-4

Hamleys-Malaysia-1Utama-20

Hamleys-Malaysia-1Utama-30

Hamleys-Malaysia-1Utama-19

Hamleys-Malaysia-1Utama-33

Hamleys-Malaysia-1Utama-34

Hamleys-Malaysia-1Utama-31

Hamleys-Malaysia-1Utama-29

Hamleys-Malaysia-1Utama-32

Hamleys-Malaysia-1Utama-35

Hamleys-Malaysia-1Utama-36

Hamleys-Malaysia-1Utama-38

Hamleys-Malaysia-1Utama-39

Hamleys-Malaysia-1Utama-43

Permainan kanak-kanak yang terdapat di kedai tersebut bukan hanya untuk generasi muda, tetapi juga untuk pengumpul dan penggemar permainan tradisional yang moden seperti set kereta api, anak patung Barbie dan permainan papan di Hamleys. Ini akan menggalakkan kanak-kanak untuk bermain bersama-sama dan mengembangkan lagi sifat-sifat kepimpinan, penyelesaian masalah dan mewujudkan ikatan yang lebih kukuh antara keluarga melalui penyertaan dan pembelajaran dengan permainan-permainan tersebut.

Pada 2013, Hamleys mula melangkah jauh dari kedai mainannya di London. Kini, Hamleys merupakan jenama global dan mempunyai 30 buah kedai di 12 buah negara dan wilayah termasuk India, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Scandinavia. 

Di samping memberi pengalaman dalam kedai yang unik dan menyeronokkan kepada pelanggan, populariti kedai mainan Hamleys juga disumbang oleh komitmen mereka terhadap keselamatan mainan. Semua mainannya berfungsi dan diuji di makmal untuk memastikan yang mainan Hamleys mematuhi Arahan Keselamatan Mainan. Tanpa mengira lokasi, kesemua mainan Hamleys yang dijual di luar Eropah perlu mematuhi keperluan antarabangsa yang sama.

Pembekal mainan Hamleys mesti bersetuju dan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Majlis Antarabangsa Industri Mainan (ICTI). Ini adalah langkah yang diambil oleh Hamleys dalam memenuhi komitmen mereka terhadap mempromosi piawaian keselamatan mainan dan memenuhi tanggungjawab sosial seperti kepekaan terhadap alam sekitar, undang-undang pekerjaan yang saksama dan keselamatan di tempat kerja.

Sebagai ahli Persatuan Hobi dan Mainan British (BTHA), Hamleys memastikan yang pembungkusan dan pelabelan adalah mengikut fakta, tepat dan mematuhi semua undang-undang yang berkaitan. BTHA ditubuhkan pada tahun 1944 sebagai mewakili kepentingan pengeluar mainan British dan untuk meningkatkan lagi amalan piawaian dalam industri. Selaras dengan itu, Hamleys mengutamakan perlindungan terhadap permainan mereka semasa dalam perjalanan sentiasa terjaga bagi memastikan ia kekal baik apabila tiba di destinasinya. Jika keadaan membenarkan, Hamleys akan menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk pembungkusan bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Hamleys melakukan pertimbangan yang halus dalam pemilihan pembekal mereka. Semua pembekal perlu mengekalkan Sistem Pengurusan Kualiti yang sesuai (ISO9001 atau seumpamanya) agar berupaya membekalkan produk-produk, secara konsisten,  yang mematuhi semua undang-undang yang berkaitan, arahan, piawaian dan dasar-dasar bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. 

Permainan Hamleys yang diperbuat daripada kayu adalah dari jenis kayu yang diluluskan oleh FSC (Majlis Pemeliharaan Hutan) pada waktu dan di tempat yang mungkin.

Kedai Hamleys di luar UK dan Ireland, dikendalikan oleh rakan-rakan francais dengan dibantu oleh pusat Hamleys UK. Bantuan yang diberikan termasuk pembangunan kedai, latihan untuk kakitangan dan pemilihan produk bagi memastikan pengalaman Hamleys dirasai penduduk tempatan, keseronokan yang dijamin, permainan berkualiti dan memori indah untuk dikenang.

GRV Toy Store (GRV), rakan kongsi Hamleys di Malaysia, mensasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya lima kedai mainan Hamleys dalam masa lima tahun akan datang. “Kami teruja kerana akhirnya Hamleys akan dibuka di Malaysia dan kami yakin jenama tersebut akan terus berkembang. Kami amat gembira dengan minat yang ditunjukkan oleh pusat membeli-belah terhadap Hamleys dan akan terus bekerjasama dengan pemilik pusat membeli belah untuk memastikan yang kita dapat membawa pengalaman Hamleys kepada rakyat Malaysia di seluruh Negara,” kata Pengarah GRV Toy Store (GRV), Cik Noor Azlin.  Pengarah GRV Toy Store, Encik Kim Manaf pula menambah, “Setiap hari adalah hari yang ajaib di Hamleys dan kami mahu pelanggan sentiasa teruja dengan pelbagai aktiviti, pertandingan, watak dan lawatan dunia hiburan. Jika pelanggan kerap melawati kedai Hamleys, anda pasti tidak akan terlepas apa-apa acara yang diadakan!”

Hamleys-Malaysia-1Utama-41

Hamleys-Malaysia-1Utama-21

Hamleys-Malaysia-1Utama-18

Hamleys-Malaysia-1Utama-13

Hamleys-Malaysia-1Utama-10

Hamleys-Malaysia-1Utama-8

Hamleys-Malaysia-1Utama-9

Hamleys-Malaysia-1Utama-11

Hamleys-Malaysia-1Utama-15

Hamleys-Malaysia-1Utama-14

Saya yang dewasa ni pun gembira kerana banyak kenangan manis sewaktu kanak-kanak muncul diingatan dan imaginasi menjadi lebih kreatif sewaktu di sini. Namakan apa sahaja mainan yang anda inginkan. Semuanya tersedia!

Jenis-jenis mainan yang terdapat di Hamleys adalah seni & kraf, aksi, binaan, anak patung,  alatan permainan luar, prasekolah,  dan kenderaan. Jenama-jenama yang terdapat di Hamleys adalah dari jenama Hamleys sendiri, Marvel, Star Wars, Transformers, Nerf, Hotwheels, Max Steel, Disney Planes, Disney Princess, Megablocks, Sylvanian Families, My Little Pony, Littlest Pet Shop, Baby Alive, Monster High, Barbie, Teenage Mutant Ninja Turtle, Playskool, Fisher Price, Furby, Leap Frog, Thomas & Friends, Tomica, Play-doh, Hornby, Hasbro Gaming, Upin & Ipin dan banyak lagi. 

Bersempena dengan pembukaan kedai utama Hamleys yang pertama di Malaysia dengan keluasan lebih daripada 20,478 kaki persegi, 500 pelanggan pertama akan menerima permainan kad Angry Bird bernilai RM20.90. Pada hari pembukaan, karektor Ben 10 Bloxx akan menemui pelanggan-pelanggan dan persampelan popcorn percuma. Kita akan mengadakan banyak tawaran sempena pembukaan kedai, antaranya: Untuk setiap pembelian Transformer Beast Hunter Deluxe (RM59.90) pelanggan akan menerima Best Hunter Legion (RM24.90) secara percuma dan untuk setiap pembelian Playskool Step Start Walk & Ride (RM149.90) akan menerima Spiderman Vehicle (RM59.90) secara percuma.

Hamleys-Malaysia-1Utama-42

Hamleys-Malaysia-1Utama-44

Hamleys 1Utama
Lot F319,
Tingkat 1,
1Utama Shopping Mall,
No 1,
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
  
10 pagi – 10 malam setiap hari.

www.facebook.com/hamleysmalaysia

www.hamleys.com

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “Hamleys Malaysia

    hazman aka species1980

    (December 4, 2013 - 7:19 pm)

    Alaa…. aritu masa pegi wonder food tak perasan pulak ada kedai nie… ataupun baru lagi bukak yea

      Ruby

      (December 5, 2013 - 10:11 am)

      Abang man, baru lagi le buka. masa food wonder mana ada lagi. hehehe.

    saiful

    (December 1, 2013 - 7:21 pm)

    best masuk kedai ni. saya terpegun tengok mainan yang best-best. teringat diri ini kecik balik. hahaha

      Ruby

      (December 1, 2013 - 11:32 pm)

      Best kan. Rasa kembali ke zaman kanak-kanak yang suatu ketika dulu mana ada kedai macam ni. Untung la bebudak zaman sekarang. Hamleys dari London dah ada kat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.