Lawak Ke Der 3

      No Comments on Lawak Ke Der 3

LKD-blog

4 Disember 2013, bertempat di Istana Budaya, siri lawak top Malaysia telah berlangsung iaitu Lawak Ke Der 3.  Kali ini dibintangi oleh Nabil, kumpulan Jambu, Douglas Lim dan Harith Iskandar. Lawak Ke Der ini berlangsung dari 4 Disember 2013 hingga 8 Disember 2013. Kali ini beberapa pelawak lama seperti Nabil dan Harith Iskandar di kekalkan. Menurut Hans Isaac selaku pengarah ingin kelainan pada siri baru ini dengan menampilkan Jambu dan Douglas Lim. Menurutnya lagi, kelainan ini mampu memberi nafas baru terhadap penigisian setiap lawak yang ditampilkan.

Lawak-Ke-Der-3-6 Lawak-Ke-Der-3-4

Sebelum tirai pementasan dibuka, lagu kebangsaan dinyanyikan bersama. Seperti biasa Nabil akan membuat ‘opening act’ pembukaan tirai Lawak Ke Der 3 dengan nyanyian komedinya. Nabil juga merupakan pengacara bagi teater ini. Lawak nabil tetap tidak mengecewakan walaupun sedikit sebanyak ada kesilapan, dia tetap bangkit dengan idea baru.

Lawak-Ke-Der-3-9

Setelah melayan lawak dari Nabil, beralih pula kepada Kumpulan Jambu. Bagi sesiapa yang sedia maklum dengan lawak jambu yang tahap ‘International’ mesti tidak menghampakan. Jambu juga perlu lebih kreatif untuk membuat lawak-lawak baru kerana pementasan di Istana Budaya di anggap sesuatu yang berprestij tinggi. Apa-apa pun Jambu tetap hebat di mata peminatnya.

Kini tiba giliran Douglas Lim, seorang pelawak lama yang jarang-jarang nampak di kaca televisyen, ini pertama kalinya Douglas beraksi di pentas Istana Budaya untuk Lawak Ke Der 3. Walaupun pada mulanya gugup, Douglas mampu memberi lawak-lawak yang bagus pada malam itu. Pengalaman dan kegigihan membuat Douglas bersinar di pentas Istana Budaya. Nama Douglas Lim kini berada di hati setiap penonton Lawak Ke Der 3. Saya paling suka lawak-lawak Douglas Lim yang bersahaja dan dekat dengan gaya hidup budaya kita. 🙂

Akhir sekali giliran Harith Iskandar. Dengan gaya yang cool keluar ke pentas, memberikan satu impak yang di tunggu-tunggukan sepanjang pementasan Lawak Ke Der 3. Lawak Harith Iskandar tetap tidak menjemukan para penonton, ada sahaja Harith mencuit hati penontonnya dengan lawak-lawak sinikalnya.

Lawak-Ke-Der-3-11

Di bawah adalah lampiran mengenai tarikh pementasan, harga tiket dan tempat duduk di dalam Istana Budaya.

Lawak-Ke-Der-3-1

Lawak-Ke-Der-3-3

Suasana di dalam Istana Budaya sebelum pementasan bermula. Harus di ingat tidak boleh tangkap gambar dan rekod kecuali yang berkenaan di dalam Istana Budaya.

Lawak-Ke-Der-3-5 Lawak-Ke-Der-3-8 Lawak-Ke-Der-3-7

Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberikan peluang Ruby.MY untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3. Kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti apabila tiket-tiket habis dijual. Ramai yang frust sebab tak dapat atau tak sempat nak tengok. Berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE. Kini anda boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan. Lama tu!

Kali ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE. Bercakap mengenai peluang, ini ada satu lagi peluang yang mesti direbut oleh pelanggan Celcom. Sertailah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari!

Caranya mudah. Mulai 7 Disember hingga 27 Disember 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan. Nak tahu tahu lebih? Layari laman web ESCAPE

Apa itu ESCAPE?
 
ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja.
Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.
Pilih sahaja yang mana anda mahu.
Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan!
Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta).
Termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.
Teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua.
Tonton menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama.
Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda.

• Henti & sambung tayangan • Pelbagai peranti • Bila-bila masa, di mana-mana jua

www.ESCnow.com

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.