Pregnancy 101 : Persediaan Barang Keperluan Baby Dengan Lebih Jimat Di Jualan Murah

Hah, bila bercerita bab jualan murah. Memang megelejat ibu-ibu semua kan. Hahahaha. Kita semua sedia maklum, barang-barang keperluan sewaktu hamil sehinggalah sudah bersalin memerlukan kita keluar lebih sedikit wang. Sebab dah bertambah saiz badan dan bakal menerima ahli baru dalam keluarga. Sebab tu kena pandai pengurusan kewangan agar kita lebih bersedia untuk masa akan datang.

Anak adalah rezeki dari Allah s.w.t, jangan pula kita rasa terbeban kerana keperluan mereka. Kita boleh rancang, Allah s.w.t buka laluan untuk beri rezeki zuriat. Manfaatkan rezeki yang kita dapat dan jangan  sesekali aniaya baby ini kerana masalah kewangan.

Sewaktu saya telah disahkan mengandung, perasaan excited nak beli barang baby memang membuak-buak. Sampai ke kedai pakaian baby belek-belek tapi letak balik. Sebab tidak tahu jantina. Hahaha. Bila dah tahu jantina, belek-belek kemudian letak balik juga sebab tidak pasti saiz. Rata-rata kawan yang sudah memiliki anak menasihatkan beli saiz besar sikit dari newborn kerana baby cepat membesar. Ahhh memang tidak sanggup nak beli kalau macam ni. Rugi je nanti kalau baru pakai beberapa kali dah sendat. Sian baby dan sian poket ibu. Miahahaha.

Untuk pakaian, ruby beli tak banyak. Tak reti sangat nak agak saiz badan baby. Beli yang mana sesuai untuk cuaca di Malaysia je. Hehehe.

Baby-Cloth-1

Semua pakaian ni dibeli di jualan murah di F.O.S Kids, Baby Kiko, Mothercare dan Expo. Beli baby jumpsuit je. 🙂

Memandangkan ruby concern sangat bab pakaian, so ruby beralih kepada keperluan lain untuk baby. Macam pampers, baby wipes, mandian, breast pump, stokin, towel, baby carrier, baby car seat dan katil bayi. Itu je. hehehe.

Stroller baby tiada dalam list kerana ruby rasa tidak diperlukan. Dah bincang dengan suami, bahawa kami akan gilir-gilir carry baby. Lagi satu saya ni pelupa kalau bawa troli ni semua. Mudah lepaskan troli untuk cari barang-barang runcit atau shopping. Situasi ni agak bahaya, so better semuanya attach kat badan. Baby carrier just enough. Hehehe. Secure!

First expo yang Ruby join untuk cari barang-barang keperluan baby adalah di Pureen Stock Clearance di Petaling Jaya pada 1 Dec 2013. Hehehe. Mesti uols nak tahu apa yang Ruby borong. Hehehehe.

1. Baby wipes

Pureen-Stock-Clearance-Promotion-Haul-7

Pureen Baby Wipes (150’s (Jar)+150’s (Refill)) – RM 18

Pureen-Stock-Clearance-Promotion-Haul-6

Pureen Baby Wipes (150’s (Refill) x 2) – RM 14

Pureen-Stock-Clearance-Promotion-Haul-5

Pureen Baby Wipes (100’s x 2) – RM 9

Pureen-Stock-Clearance-Promotion-Haul-4

Pureen Baby Wipes (30’s x 2) x 3 – RM 9

Motif beli baby wipes berlambak macam ni? Hahahaha. Yelah baby kan kejap-kejap kencing dan berak. Ruby dah le kerap travel. So, baby wipes yang kecil-kecil ni boleh la dibawa kemana-mana. Mudah. Hehehehe.

2. Maternity Pad

Pureen-Stock-Clearance-Promotion-Haul-8

Pureen Madame Maternity Pad (20’s RM 9 x 4) –  RM 36.

Sebelum beli brand ni, garu kepala juga mencari Maternity Pads. Jumpa jenama Kotex dan Intimate tetapi tidak faham fungsinya. Ada tali bagai semua tu kan. Lepas tu kebiasaanya pad ni selalu guna yang ada wings. Tapi kebanyakan Maternity Pad tiada sayap. Okaylah tiada sayap kan, tapi bertali tu macam mana pula nak guna. Saiz panjang macam pad overnight. Hmmm. So bermulalah diskusi ibu-ibu di facebook. Ramai diantara mereka rekemen Pureen Madame ni. Selesa kata mereka. So ruby pun borong lah! ahahahaha!

3. Newborn Pampers

Pureen-Stock-Clearance-Promotion-Haul-17

Pureen Dry 5 Premium Saiz S – RM 24

Actually saja-saja je tengok pampers ni, tapi dalam masa yang sama mencari juga mana yang ok kan. Hahahaha! Beli je la.

4. Disposable Underwear

Pureen-Stock-Clearance-Promotion-Haul-2

Pureen Travo Maternity Disposable Underwear (5’s RM 4 x 15) – RM 60

Ramai dikalangan kita wanita hamil susah nak cari seluar dalam pakai buang. Serius memang susah! Farmasi yang biasa ruby pergi seperti Watson’s dan Guardian juga tiada saiz besar. XL macam saiz M. Punggung kecil bebenor. Sedia maklumlah dah dapat title maternity ni kan. Saiz dah mengembang. So, memang kena cari disposable underwear sampai dapat! Ruby jumpa Pureen Travo Maternity Disposable Underwear ni pun dah kira bersyukur. Hahaha. Siap tunjuk sampel lagi. Ditarik-tarik spender ni untuk tunjukkan kebesaran maksimum. Hahaha. Tengok besor, terus borong. RM 4 untuk 5 helai dalam 1 paket. Mana lagi nak cari??? Oh ya spender ni akan digunakan sewaktu lepas bersalin dan berpantang. 🙂

5. Baby Cotsheet

Pureen-Stock-Clearance-Promotion-Haul-3

Baby Cotsheet – RM 14

Baby Cotsheet ni alas untuk baby lepas mandi dan sewaktu tukar pampers baby berak kencing kata suami ku. Hahaha. Yeke?? Hehehehe.

Pureen-Stock-Clearance-Promotion-Haul-12

Pureen-Stock-Clearance-Promotion-Haul-13

Pureen-Stock-Clearance-Promotion-Haul-11

Suasana di kebiasaan lokasi jualan murah. Ramai orang, kaunter juruwang banyak dan barang-barang lebih murah dari harga di pasaraya. 🙂

Pureen-Stock-Clearance-Promotion-Haul-9

Pureen-Stock-Clearance-Promotion-Haul-16

Okay mak buyung dah setel beli barang. Boleh la kemas-kemas barang baby dan mummy. Hehehe. Moknyer saya. hmmm..

xoxo!

3 comments on “Pregnancy 101 : Persediaan Barang Keperluan Baby Dengan Lebih Jimat Di Jualan Murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge