Pregnancy 101 : Persediaan Hospital Bag Bersalin

Kebiasaanya persediaan hospital bag bersalin ni disediakan oleh ibu hamil pada kehamilan bulan ke berapa? Ruby ada dengar yang dah ready seawal kehamilan berusia 6 bulan. Hehehehe. Awal betul tu. Tapi kalau ibu hamil tu sibuk bekerja, pada usia kehamilan 6 bulan kalau bag dah tersedia di dalam kereta ok kot. Sebab simptom pelupa sewaktu hamil memang tidak boleh dielakkan. hahahaha.

Ada juga pendapat sediakan hospital bag bersalin ni bila usia kehamilan sudah 7 bulan keatas. Sebab 7 bulan ni baby dah fully develop dan risau jika ada risiko kelahiran pra-matang. So bila hospital bag bersalin dah tersedia pada waktu kecemasan begini takda la suami kelam kabut kan. Paham-paham la apa la sangat yang lelaki tahu apa keperluan dalam hospital bag bersalin tu. Mereka la nak kena memandu, mereka la yang kena sediakan bag? Hah mau bergaduh plak karang. Hahahaha.

Jadi sediakanlah hospital bag bersalin agar anda boleh menyambut kelahiran baby dengan ikatan kegembiraan. Takmo masam-masam k.

Perkara perlu ada dalam hospital bag bersalin ni ruby tanya dengan kawan-kawan di facebook. Mereka dah bersalin, dah beranak pinak. So, persediaan bag lebih teratur. Hehehe.

Pureen-Stock-Clearance-Promotion-Haul-8

1. Maternity Pad

2. Disposable Underwear

3. Nursing Bra

4. Kain Batik

5. Sweater

6. Set mandian (Ubat gigi, Berus gigi, Pencuci muka, Shower gel, Shampoo)

7. Set alat solek (Bedak dan lip balm je kot. hahahaha)

8. 1 set pakaian untuk daftar keluar (seluar mudah sarung, baju berbutang, sweater, tudung, anak tudung, pakaian dalam)

9. Baju baby

10. Pampers baby

11. Baby Wipes

12. Stokin

13. Kurma & Air Zam Zam (untuk tahnik)

14. Tuala Ibu

15. Tuala Baby

16. Mandian Baby

17. Bedung Baby

18. Selipar

Pureen-Stock-Clearance-Promotion-Haul-17

Dah 18 barang uols bawa dalam satu bag macam balik kampung. Miahahaha. Ingin ruby ingatkan disini bahawa bukan satu bag boleh dibawa masuk ke dewan bersalin ya. Sementara uols nak bersalin tu, suami yang menemani masuk ke dewan bersalin pasti blur-blur mana nak letak hospital bag bersalin sementara nak bagi sokongan padu sewaktu uols push push. hehehe.

Nak letak bag dekat kaunter nurse kalau dekat hospital kerajaan mereka totally sibuk, jangan nak berharap mereka jagakan bag pula. Lebih elok anda bawa seorang rakan atau adik beradik yang boleh diharap utk jagakan bag. Instead letakkan bag di dalam kereta. Kita bukannya selalu bernasib baik dapat parking berdekatan dengan wad bersalin. Wuwuwu.

4 perkara wajib dibawa masa ke dewan bersalin bagi anda yang bersalin di hospital kerajaan. Asingkan siap-siap, sebab bila nurse announce je “suami kepada Ruby ikut masuk dewan bersalin bersama  4 barang”. Hah mau panik at the disco suami. Hahaha. So mudahkan lah si suami tu, bagi tau “nanti abang keluarkan bag plastik warna biru dan pegang siap-siap”. Baru la dia rilek sikit. Dah le uols tengah sakit nak bersalin, tengok muka suami panik pula. Maka mungkin uols turun dari katil gi buka zip bag utk ambil barang. Sure kena sound setepek dua ngan nurse yang suami tak boleh diharap. Sendu la uols nanti. Mood dah ke laut waktu bersalin. 🙁

1. Baju baby

2. Pampers baby

3. Bedung Baby

4. Tuala Baby

Kalau bersalin di hospital swasta, katil dah awal-awal dapat kan. Boleh la simpan barang kat almari berkunci tu dulu. Barang-barang yang perlu bawa ke dewan bersalin rasanya tidak perlu bawa apa-apa. Semua tersedia. Hehehehe.

Hospital Bag Bersalin ni uols simpan je dekat bonet kereta, tidak kira lah mana tempat anda bersalin. Pastikan semua dah ada dan jangan di alih kemana-mana ya. In case kalau dah nak bersalin sangat mungkin hospital kerajaan lagi dekat, kenalah de tour ke sana. Hospital Swasta dah tak sempat dah. Melainkan dah cuti awal-awal dan tak kemana-mana yang jauh dari hospital swasta yang uols dah booking. 🙂

Excited nak tunggu baby lahir. Yay!

xoxo!

8 comments on “Pregnancy 101 : Persediaan Hospital Bag Bersalin

  1. Siti Syamim

    Haha.. akak.. nnti dah bersalin nanti jgn lupe ajak kitorg g ospital.. nak jugak tgk baby akak.. bkannye sesape.. anak sedara juga.. ????

    Reply
  2. akubiomed

    Nasihat saya lampin pakai buang tidak perlu beli mahal kerana bayi kerap buang air. Jenama Pureen pun sudah memadai. Najis sedikit pun sudah perlu tukar lampin pakai buang. Tisu basah banyak membantu kerja membersihkan najis. Diapers rush cream perlu ada dibimbangi ada alahan kulit disebabkan penggunaan lampin pakai buang. Bedak untuk bayi tidak digalakkan buat masa ini. Pelapik kertas untuk ibu bersalin perlu ada kalau rancang bersalin di hospital kerajaan kerana darah nifas.

    Reply
    1. Ruby Post author

      Main bedal je beli pampers. Hahaha. Sebab murah kat expo. Baby wipes ruby ada beli banyak. Yang pelapik kertas tu amende? Mana nak cari? Hahahaha.

      Reply
      1. akubiomed

        Koperasi hospital ada jual. Ada 2 jenis yang murah dan mahal. Kalau murah macam kertas minyak balut nasi lemak. Digunakan supaya kebocoran darah nifas tidak terkena cadar katil hospital.

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge