Pregnancy 101 : Tummy Phone Untuk Bayi Dalam Kandungan

Siapa waktu hamil suka bercakap dengan bayi dalam kandungan? Ruby waktu awal-awal disahkan hamil memang rajin bercakap dengan bayi dalam kandungan. Tidak kira waktu lah. Nak keluar berjalan, memandu, sebelum makan, sebelum tidur. Mesti bercakap dengan baby. Bukanlah gila ke apa ke. Dah jadi kebiasaan bila ruby bercakap dengan dia, dia akan bagi tindak balas. Seperti ada pergerakan dalam rahim dan tendangan manja tu ke. Hahahaha.

PRUmychild-tummy-phone

Pada bulan september 2013 lalu, Prudential telah berbesar hati memberi PrumyChild Tummy Phone kepada mana-mana ibu yang sedang hamil. Syaratnya beri gambar anda sedang hamil atau gambar 2d scan baby. Prudential tidak meletakkan syarat ketat seperti penyertaan terbuka kepada pelanggan Insuran PrumyChild atau Prudential. Malah mereka menaja expo baby November lalu dengan memberi lagi PrumyChild TummyPhone.

Ruby memang cari tummy phone sebab nak bagi baby dengar bacaan surah-surah Al-Quran dan teringin nak tahu apa reaksi baby.

PRUmychild-tummy-phone-1

Seronok sangat bila memiliki Tummy Phone ni. Siap ada manual tentang jumlah kelantangan bunyi lagi. Dalam rahim ni bunyi ibarat surround speaker yang kalau kita duduk di dalam bilik tanpa buka tingkap atau pintu. Memang berdengung la kalau volum kuat sangat dalam rahim ni. Kesian baby. Hehehe.

Kempen pemberian PrumyChild Tummy Phone sudah tamat. Nasib baik sempat join. Alhamdulillah.

www.prumychild.com.my

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.