Air Ketuban Pecah

      4 Ulasan pada Air Ketuban Pecah

Disaat ruby menulis coretan ini, ruby sedang melihat si kecil sedang tidur. Hari ini baru ruby berkesempatan berkongsi pengalaman ruby bersalin. Terasa serik ingin mengandung lagi juga ada. Hahaha. Tetapi bila berpantang dan melihat anak kecil di sebelah, rasa bahagia pula ada anak. Anak dari kasih sayang ibu ayah. Ruby sangat excited nak tahu bagaimana Allah s.w.t campur rupa paras anak dengan wajah pasangan kita. Perasaan sangat dirahmati, bahagia dan macam-macam semua ada. Hehehe.

Tipulah kalau ruby tidak sedih kerana kelahiran pra matang. Bagi masyarakat di Malaysia memang jarang ilmu pra matang ni mereka tahu. Apa yang mereka tahu kalau kelahiran pra matang pasti gaya hidup si ibu yang bermasalah. Merokok? Minum arak? Pemakanan? Penyakit sampingan? Tetapi jika Allah s.w.t telah tetapkan bahawa ruby lahirkan bayi pra matang yang cukup sifat, tiada masalah kesihatan dan yang paling penting bayi itu dilahirkan secara normal. Alhamdulillah.

Selama hari ini yang anda semua nampak ruby aktif berjalan tu pun bukannya ruby buat apa pun. Berjalan melihat dunia ciptaan Allah s.w.t. Banyak relax sebenarnya tetapi dari gambar yang ruby kemaskini di laman sosial membuatkan ramai tertipu. Hahahahaha. Waktu hamil ni, jangan la melepek je kat rumah boleh depress. Huhu.

Cerita air ketuban pecah awal sewaktu kandungan;; 32 minggu ni bermula pada 9 hb January 2014. Sedang makan tengahari jam 11 pagi. Makan tengahari ke tu? Kahkahkahkah. Dah selesai makan, nak pergi basuh tangan. Belum sempat berjalan dari kerusi air mencurah-curah keluar dari bawah. Eh aku kencing dalam seluar ke? Pergi toilet, apsal banyak lg air ni. Kemudian cepat-cepat cuci dan pakai maternity pad madame pureen tu.

Perasaan cuak gila. Yela ruby baru 32 minggu hamil. Tak ke gila nak bersalin hari ni. Nak menangis ke nak happy ni pun tak tahu la. Kemudian telefon suami yang di tempat kerja. Bergegas dia balik ke rumah. Dalam 12 tengahari mcm tu dah sampai. Terus kami ke Hospital Selayang. Hmmm. Bercerita pasal hospital ni, ruby ingat nak bersalin kat swasta iaitu Al-Islam Specialist Hospital atau Full Paying Payment Scheme Hospital Selayang. Memandangkan terbersalin awal, kita ikut je flow apa yang doktor dah aturkan..

Sesampai di hospital jam 12.35 tengahari. Husband pula dah risau sampaikan bag hospital dia lupa bawa sekali. Kata dia takpa la nanti dia turun ambil. Bila masuk kat tempat untuk doktor dan nurse cek bukaan dah mereka minta ruby pakai kain sarung. Ahhh sudah. mana suami ku ini.. Kesian pula dia turun ke parking kereta untuk ambil bag pula.

Memandangkan ayah mertua dan mak mertua bekerja dalam sektor kedoktoran. cewaahh. makanya suami ni asik bertelefon tanya itu ini. Risau betul.

Ruby pula di dalam bilik untuk cek bukaan semua tu mana boleh suami masuk, sebab ibu-ibu lain yang nak bersalin pun ada juga. Ruby diminta pakai kain sarung dan tanggalkan seluar dalam. Memang berjurai air keluar. Ahh memang situasi yang menakutkan. Disebabkan ini kelahiran pertama dan awal 2 bulan. Maka kena interview dengan doktor pelatih. Dah macam cerita Dr House tu. Satu team datang. Hahahaha.

Papanicolaou test

Sebelum nak cek bukaan, doktor guna alat yang kita guna untuk ujian pap smear tu. Untuk ambil sampel cecair. Kemudian baru mereka cek bukaan. Dah 1 cm. Ruby automatik tercakap “hah!”. Ya Allah aku nak bersalin dah ke. Lepas tu pergi ke bilik lain untuk scan perut. Tengok baby ok, air ketuban ok dan posisi baby pun kepala memang dah kat bawah. Doktor berharap ruby tidak bersalin lagi, kalau boleh nak bersalin masa usia kandungan 36 minggu ke. Jika boleh hold, Alhamdulillah. Kesian kat baby sebenarnya. Kita tidak tahu apa komplikasi lain. Hmmm.

Panjang cerita ni, hehehe.. Okaylah nanti ruby sambung cerita pengalaman seterusnya ya.. Nak susukan Adam..

P/S : Niat ruby ingin berkongsi pengalaman dan ilmu kelahiran pramatang, tidak bermaksud untuk menakutkan mana-mana pihak atau membuat anda annoying dengan pengalaman ruby. Sharing is caring. 

Part 1 : Air Ketuban Pecah

Part 2 : Rawatan Tocolytic Dan Suntikan Dexamethasone

Part 3 : Kelahiran Pramatang

sign5

4 comments on “Air Ketuban Pecah

  1. Pingback: Rawatan Tocolytic Dan Suntikan Dexamethasone - Ruby.My

  2. Pingback: Kelahiran Pramatang - Ruby.My

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge