Celcom First Dan Samsung Galaxy Note 3 Rose Gold

Bersempena dengan Tahun Baru Cina dan meraikan tahun kuda mengikut kalendar zodiak Cina. Celcom First memulakan tahun baru dengan memberi tawaran istimewa telefon pintar terkini dari Samsung iaitu Samsung GALAXY Note 3 Rose Gold. Rekaan yang elegan dengan 5.7 inci HD screen dan pastinya S pen memudahkan kerja seharian anda.

Samsung Note 3 Rose Gold In WhiteSamsung GALAXY Note 3 Rose Gold – Putih

Samsung Note 3 Rose Gold In Black

Samsung GALAXY Note 3 Rose Gold – Hitam

Ingin memiliki Samsung GALAXY Note 3 Rose Gold? Hitam atau Putih terserah kepada anda, tetapi ruby suka warna putih! Hehehehe.

Beli Samsung GALAXY Note 3 Rose Gold, anda akan mendapat sarung Moschino PERCUMA yang bernilai RM 189

Moschino_Case

Beli Samsung GALAXY Note 3 Rose Gold dan daftar mana-mana plan Celcom First mPro, anda akan berpeluang membeli Samsung GALAXY Gear bewarna Orange dengan harga hanya RM 288 sahaja

Galaxy Gear Orange

Seperti anda sedia maklum, Celcom First sentiasa menjadi telco yang pertama membuat tawaran telefon pintar terkini dan mendahului rangkaian telco lain di Malaysia. Yang paling istimewa tiap pembelian dari Celcom First pasti akan membuat anda tersenyum.

Mungkin anda mendapat potongan harga apabila menjadi pembeli terawal? Mendapat hadiah gadget sampingan? Semua ini biasa bagi kami sebagai pelanggan Celcom. Memiliki telefon pintar canggih pun tidak berbaloi jika tidak menggunakan telco yang mempunyai liputan meluas seluruh pelusuk bumi Malaysia ini iaitu dari Celcom.

Pengalaman Ruby bersama Celcom First sememangnya best sebab setelah bertahun guna prepaid dan postpaid telco lain, kini baru la lega setelah menggunakan Celcom First. Ruby adalah pelanggan Celcom First mPro Plus bermula October 2013. Walaupun baru menggunakannya, ruby puas hati dan dah tidak runsing seperti dulu. Yelah, ruby kan blogger tegar. Travel sana sini, sempena Visit Malaysia 2014 lagi la banyak tempat ruby nak travel. Ruby travel bukannya untuk bersantai tetapi lebih kepada komitmen kerja sebagai blogger sepenuh masa. Semua lokasi yang ruby pergi pastinya dibawah tajaan mana-mana agensi perlancongan yang menginginkan ruby kemaskini secara langsung media sosial selama berhari-hari menyertai trip anjuran mereka. Kerja berat ni tau. Hehehehe.

Tipulah sebelum menggunakan Celcom First mPro Plus ruby tidak melenting dengan telco lain. Kalau anda follow twitter ruby pasti nampak soalan-soalan panas seperti “kenapa di negeri ini coverage tiada dan etc etc”. Hehehe. Sebagai pengguna, kita tidak tahu prestasi setiap liputan telco di setiap negeri di Malaysia. Bukannya kita akan ke tempat itu selalu pun. Kebanyakan kita melanggan mana-mana telco adalah kerana liputan telco itu ada dikawasan rumah anda.

Jika anda pulang ke kampung sekali setahun pada waktu perayaan atau seperti ruby yang travel di sekitar Malaysia dan liputan pula tiada, boleh ke anda bertahan tanpa menggunakan telefon pintar? Bagi ruby, ruby tidak boleh tahan tanpa telefon pintar dan tiada liputan telco kerana ini adalah kerja ruby. Telefon pintar wajib ada liputan telco yang bagus tanpa perlu pengguna buat research bagai. Buatnya kalau client cakap, “okay ruby next month you fly ke Sabah untuk cover festival”. hah takkan la ruby nak beli simkad baru dari telco lain dan swap ke telefon pintar yang dah ada macam-macam data tu??

Telefon pintar inilah tempat ruby bekerja, malah tiap malam ia menjadi WiFi Hotspot pula untuk digunakan oleh laptop. Jika anda memiliki telefon pintar seperti Samsung Galaxy Note 3 Rose Gold pilih la telco yang terbaik kerana dengan telco yang liputannya meluas, baru la anda boleh menggunakan fungsi-fungsi telefon tersebut dengan lebih baik. Zaman sekarang internet dimana-mana sahaja. Telefon anda juga perlu kan ia. Cukup-cukuplah bergantung kepada WiFi FREE dari Starbucks tu. Hahaha. Di starbucks pun high traffic user tau. Langgan Celcom First dan anda dapat buat apa sahaja. Kerja pun cepat dan jimat masa.

Kalau anda aktif social media seperti facebook, twitter, instagram, keek, blog, youtube, forumer dan etc. Celcom First mPro Plus adalah yang terbaik. Sebab apa?? Sebab ruby gunakan plan tu. Hahahaha!

Untuk mendaftar Celcom First dan menadapatkan Samsung Galaxy Note 3 Rose Gold, pergi ke kedai Celcom Blue Cube di seluruh negara dari sekarang sehingga 28 Februari 2014.

http://bit.ly/1i6o3FR

sign5

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.