ENCHANTEUR Paris Serum dan Losyen Badan

Cuaca di Malaysia sering tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana masih musim tengkujuh. Tetapi walau sering hujan atau terdedah kepada cahaya matahari, losyen penjagaan badan wajib dipakai agar kulit terjaga dan tidak mendapat sebarang iritasi.

Enchanteur-Paris-Body-Serum-and-Body-Lotion-Nelydia-Senrose

Baru-baru ini ruby tertarik dengan Iklan TV ENCHANTEUR Paris Losyen Badan dari selebriti terkenal iaitu Nelydia Senrose. Tambahan pula kali ini ENCHANTEUR Paris telah mengeluarkan produk baru iaitu Serum Badan All-In-One Whitening dengan SPF24.

Ruby sangat menggemarkan losyen badan. Untuk mendapatkan losyen yang serasi dengan kulit dan gaya hidup, pastinya kita kena mencuba dan mencuba. Bila dah jumpa losyen yang sesuai, teruskan penggunaan agar ruby dapat hasil yang diinginkan. Bukan mudah untuk memiliki kulit gebu mulus selembut sutera pada usia begini. Hahaha.

Sebagai wanita, losyen badan memang tidak boleh dipisahkan. Selepas mandi wajib pakai di seluruh badan. Tahukah anda urutan losyen badan selepas mandi memberikan keselesaan dan kulit anda akan menjadi lebih anjal?

Ruby telah mencuba pelbagai jenis losyen dan ENCHANTEUR Paris All-In-One Body Serum SPF24 adalah pilihan hati ruby. Aroma yang nyaman, cepat meresap dan memiliki SPF tinggi sesuai dengan gaya hidup ruby. Wajib pakai waktu pagi selepas mandi dan sewaktu kulit terasa kering. ruby menyapu losyen agar dapat melalui aktiviti seharian dengan lebih bersemangat. Paling penting adalah orang sekeliling dapat merasa aura positif kita. 🙂

Enchanteur-Paris-Body-Serum-and-Body-Lotion-3 Enchanteur-Paris-Body-Serum-and-Body-Lotion-4 Enchanteur-Paris-Body-Serum-and-Body-Lotion-1

Enchanteur-Paris-Body-Serum-and-Body-Lotion-13

ENCHANTEUR Paris All-In-One Whitening SPF24++ Body Serum RM19.90 (275ml)
ENCHANTEUR Paris Triple Whitening Body Lotion – RM14.90 (300ml)
ENCHANTEUR Paris Firm & Repair Body Lotion – RM14.90 (300ml)
ENCHANTEUR Paris Light & Fresh Body Lotion – RM14.90 (300ml)

Enchanteur-Paris-Body-Serum-and-Body-Lotion-8

ENCHANTEUR Paris All-In-One Whitening SPF24++ Body Serum RM11.50 (135ml)
ENCHANTEUR Paris Triple Whitening Body Lotion – RM 8.90 (150ml)
ENCHANTEUR Paris Firm & Repair Body Lotion – RM 8.90 (150ml)
ENCHANTEUR Paris Light & Fresh Body Lotion – RM 8.90 (150ml)

Enchanteur-Paris-Body-Serum-and-Body-Lotion-6 Enchanteur-Paris-Body-Serum-and-Body-Lotion-7

Ulasan Produk ENCHANTEUR Paris Serum dan Losyen Badan

 

ENCHANTEUR Paris kali ini telah menghasilkan 4 jenis losyen dan serum badan yang baru. Inovasi keempat-empat losyen terdiri dari intipati berbeza iaitu Sakura, Aloe Vera, Licorice, Vitamin B3 dan Micro Collagen. Apa yang sama bagi keempat-empat losyen ini adalah tekstur berasaskan air, mudah meresap ke dalam kulit dan tidak melekit.

Serum Badan ENCHANTEUR Paris All-In-One Whitening dengan SPF24++

Enchanteur-Paris-Body-Serum-All-In-One-Whitening-SPF24

Teskstur serum ni pekat sedikit tetapi apabila sudah disapu ia meresap baik ke dalam kulit. Melembabkan kulit sepanjang hari. ENCHANTEUR Paris All-In-One Whitening dengan SPF24++ melindungi kulit daripada bahaya sinar UVA dan UVB. Bagi melindungi kulit daripada tona gelap, pati Licorice akan bertindak mencerah dan sekatakan tona kulit malah ia melembabkan kulit selama 24 jam. Satu serum, pelbagai manfaat. Sebagai pengguna, kita juga perlu tahu mengenai “Hyaluronic Hydration”, ia mempunyai ciri-ciri kandungan yang mengekal tempoh penghidratan selama 24 jam. Ianya adalah satu bahan yang biasanya terkandung dalam produk kecantikan tetapi sekarang ia digunakan dalam serum badan.

Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Triple Whitening

Enchanteur-Paris-Body-Lotion-Triple-Whitening

Losyen ini memiliki 3 bahan pencerahan berformulasi mencerahkan kulit tiga kali ganda. Tekstur berasaskan air dan mudah meresap. Ia sangat sesuai untuk disapukan di bahagian – bahagian tertentu pada badan yang lebih gelap dari bahagian lain terutamanya  lutut, siku, celah peha, bawah ketiak dan dibelakang leher.  Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Triple Whitening mempunyai intipati Sakura, Licorice dan Vitamin B3 yang bertindak serentak bagi menyekat pembentukan melanin bagi mencegah pigmentasi.

Losyen badan ENCHANTEUR Paris Light & Fresh

Enchanteur-Paris-Body-Lotion-Light-And-Fresh

Bagi yang memiliki kulit kering atau sering mengelupas. Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Light & Fresh adalah losyen yang sesuai untuk masalah seperti itu. Cuaca panas sering membuat badan dehidrasi. Akibat daripada itu, kulit akan mnunjukkan tanda-tanda kekeringan. Dengan pati Aloe Vera yang terkenal dengan melindung dan memberi kelembapan. Kulit anda akan memiliki manfaat kulit cerah, segar dan lembap sepanjang hari walaupun seharian sibuk dengan aktiviti luaran yang padat. Losyen ini sangat segar dan tidak melekit.

Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Firm & Repair

Enchanteur-Paris-Body-Lotion-Firm-And-Repair

Losyen ini membantu memperbaiki keanjalan kulit dan merawat kulit rosak dalam satu malam. Tetapi ia bukanlah losyen yang dikhaskan kepada sesetengah peringkat umur. Bila dengar Firm & Repair mesti ingat losyen ini khas untuk mereka yang berumur 50-an. Hehehe. Takkanlah dah meningkat usia baru nak jaga kulit kan. Lebih baik mulakan dari sekarang. Masih belum terlambat. Gaya hidup yang sibuk dan penuh tekanan serta kurang tidur membuatkan kita semua terdedah kepada penuaan kulit pra matang yang mengakibatkan kulit kelihatan kusam dan kendur sebelum usia.  Memiliki Micro Collagen dan Swiss Edelweiss, Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Firm & Repair membantu memperkuat dan memperkaya tisu badan dan melindungi kulit daripada radikal bebas akibat sinaran UV.

Giveaway ENCHANTEUR Paris Body Serum & Body Lotion

Pastinya anda teruja dengan ulasan dan pengalaman ruby menggunakan ENCHANTEUR Paris Serum dan Losyen Badan. Kali ini ruby ingin memberi Giveaway Produk ENCHANTEUR Paris kepada 3 komentar yang bertuah. Tiap dari anda akan mendapat sebotol Enchanteur Paris Losyen saiz 150ml. 🙂

Caranya mudah sahaja.

1. Follow Instagram @rubydotmy

2. Follow Twitter @rubydotmy

3. LIKE Facebook Blog Ruby.MY

4. Nantikan pengumuman untuk Giveaway di media sosial @rubydotmy pada tarikh berikut 19 Feb, 21 Feb, 24 Feb dan 27 Feb 2014 pada jam 12 tengahari.

5. Jawapan anda perlu diisi di ruang komen di blog ini dengan mengkongsikan “Bagaimana ENCHANTEUR Paris dapat menyerikan hari anda” tidak lebih dari 20 patah perkataan.

6. Setelah menjawab soalan, tweet perkataan ini “Saya ingin menang Produk ENCHANTEUR Paris Serum dan Losyen Badan dari @rubydotmy #EnchanteurMY

7. 27 Feb 2014 pengumuman pemenang. 🙂

8. Giveaway terbuka kepada semua yang berada di Malaysia sahaja.

Rangkaian produk penjagaan badan ENCHANTEUR Paris boleh didapati disemua pasaraya, pasaraya hyper dan farmasi utama. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web ENCHANTEUR di www.enchanteur.com.my ataupun layari laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

xoxo!

sign5

9 thoughts on “ENCHANTEUR Paris Serum dan Losyen Badan”

  1. Enchanteur Paris dapat menyerikan hari saya kerana losyen ini memahami keperluan kulit bagi wanita yang berkerjaya seperti saya

  2. Enchanteur Paris dapat menyerikan hari saya sebab is boleh melembutkan kulit saya yang kering. Selain itu, kulit saya rasa segar and lembut sepanjang hari setelah saya meggunakan ENCHANTEUR PARIS.

  3. “Bagaimana ENCHANTEUR Paris dapat menyerikan hari saya kerana losyen ini membantu memperbaiki keanjalan kulit & merawat kulit rosak dalam 1 malam. Lagipun dapat memberi kelembapan pada kulit saya

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.